Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pada ketika ini, ramai dalam kalangan kita yang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutama sekali sewaktu keluar dari rumah.
Tidak kiralah ketika mahu menaiki pengangkutan awam, pergi ke pasar raya atau mengisi minyak kereta, pasti setiap individu akan cuba untuk mengurangkan sebarang sentuhan yang tidak perlu bagi meminimumkan risiko jangkitan wabak COVID-19.
Apabila kita pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan dapur, mungkin kita pernah terfikir beberapa persoalan seperti berikut:
Ikuti jawapannya di bawah ini. Sebelum itu, ketahui bilangan semasa kes COVID-19 di Malaysia melalui statistik berikut.
[covid_19]
Terdapat beberapa cadangan atau idea agar mencuci sayuran melalui penggunaan sabun terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.
Malah, ada juga yang mencadangkan agar sayur-sayuran yang dibeli itu direndam terlebih dahulu dalam air bersabun dan mencucinya dengan menggunakan sabun selama 20 saat.
Menurut Profesor Benjamin Chapman, Pakar Keselamatan Makanan yang berkhidmat di North Carolina State University, terdapat isu ketoksikan yang mungkin berlaku jika kita berbuat seperti sedemikian.
Artikel berkaitan:
Profesor Benjamin berkata, sekiranya kita mencuci sayuran bersama penggunaan sabun seperti kaedah tersebut, ia akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan pada tubuh seperti iritasi gastrousus ringan selain rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit perut.
Beliau juga menekankan sayur-sayuran atau buah-buahan mempunyai banyak liang-liang kecil yang boleh menyerap sabun, yang kemudiannya memberikan kesan buruk pada tubuh individu yang memakannya.
Walaupun anda rasa seperti anda patut mencuci sayuran dengan penggunaan sabun sebagai langkah berjaga-jaga, ia seolah-olah satu perkara yang sia-sia.
Ini kerana, tidak terdapat sebarang bukti yang menyatakan mencuci sayuran dengan menggunakan sabun boleh membunuh atau menghapuskan virus COVID-19 ini dengan sepenuhnya. Begitu juga dengan virus-virus yang lain.
Artikel berkaitan:
Cara terbaik adalah dengan mencuci sayuran atau buah-buahan yang telah dibeli di pasar raya dengan menggunakan air mengalir yang bersih seperti air paip di rumah anda.
Anda mungkin tidak percaya dengan tindakan ini, tetapi ia benar-benar dilakukan oleh sesetengah daripada kita yang merasakan bahawa barangan yang dibeli turut perlu dikuarantinkan terlebih dahulu.
Ia mungkin belum lagi berlaku di Malaysia, tetapi adalah lebih baik untuk kami mengingatkan anda terlebih dahulu sebelum ia mula menjadi satu trend.
Walaupun ada kajian yang menyatakan virus COVID-19 boleh bertahan hidup pada permukaan kadbod selama 24 jam dan pada plastik dan barang keluli selama 72 jam, tapi amalan mengkuarantinkan makanan ini sememangnya tidak perlu.
Menurut Profesor Benjamin lagi, tidak terdapat bukti bahawa makanan seperti sayuran atau pembungkus makanan menjadi alat pengangkut atau ejen penyebar bagi jangkitan virus ini.
Video berikut memaparkan bagaimana virus ini boleh tersebar.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/
Cuba fikirkan, adakah anda akan mengkuarantinkan kesemua barangan dapur anda termasuklah barangan mudah rosak seperti susu, daging, aiskrim dan sayuran?
Virus COVID-19 sememangnya tidak aktif pada suhu bilik dan boleh bertahan hidup selama beberapa jam, namun cara seperti ini tidak perlu.
Ini kerana, jika anda menganggap bahawa kesemua barangan perlu dikuarantin, secara tidak langsung anda telah menganggap kesemua barangan yang anda beli telah tercemar dengan virus COVID-19.
Adakah anda terfikir, selamatkah tangan anda daripada jangkitan virus tersebut saat di mana anda memilih, membelek, membeli dan membawa kesemua barangan tersebut ke rumah anda?
Jika makanan tersebut dikuarantin, maka anda juga lebih patut untuk dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan sayur-sayuran tersebut.
Mungkin anda mahu mengkurantinkan barangan yang dibeli agar ia lebih selamat, namun anda lupa, barangan anda boleh menjadi rosak dan ia lebih banyak memberikan kesan buruk jika anda makan makanan yang telah rosak atau tercemar dengan bakteria.
Anda mungkin berfikir bahawa mencuci sayuran melalui penggunaan sabun adalah kaedah terbaik untuk elakkan jangkitan virus.
Namun, perkara yang sepatutnya anda lakukan atau beri keutamaan adalah, tidak berada terlalu lama di pasar raya tersebut dan sentiasa jaga jarak anda dengan individu lain.
Artikel berkaitan:
Adalah satu perkara yang sia-sia jika anda beria-ria mencuci sayuran sejurus pulang ke rumah, namun pada ketika anda membelinya, anda berebut-rebut atau berpusu-pusu dengan individu lain dengan pelbagai sentuhan fizikal.
Bukan sayur yang membawa pulang virus ke rumah, tetapi diri anda sendiri. Jaga jarak anda adalah kunci utama dalam memutuskan rantaian jangkitan. Begitu juga dengan lockdown atau kuarantin.
Ketahui perbezaannya di bawah ini.
Selain itu, kerap cuci tangan anda selepas pulang dari pasar raya atau tempat-tempat awam. Sediakan sebotol hand sanitizer dalam kereta anda dan gunakannya sebaik sahaja anda masuk ke dalam kereta selepas membeli barangan.
Artikel berkaitan:
Jika tiada hand sanitizer, cuci tangan anda dengan menggunakan sabun dan air bersih setelah sampai ke rumah. Ia adalah cara membersihkan tangan yang lebih berkesan bagi mencegah penularan virus COVID-19.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen