Kini, terdapat banyak penyakit autoimun yang sudah dikenali oleh masyarakat kita. Antaranya ialah penyakit lupus, sejenis penyakit autoimun yang boleh menyerang pelbagai organ dalam tubuh kita. Apa itu penyakit lupus?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kini, terdapat banyak penyakit autoimun yang sudah dikenali oleh masyarakat kita. Antaranya ialah penyakit lupus, sejenis penyakit autoimun yang boleh menyerang pelbagai organ dalam tubuh kita. Apa itu penyakit lupus?
Artikel ini akan membincangkan tentang penyakit ini secara keseluruhan, dari sudut punca, faktor risiko, tanda-tanda dan gejala serta rawatannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Anda pasti tertanya apa itu penyakit lupus. Penyakit lupus (SLE) ialah penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan anda menyerang sel-sel dan organ tubuh anda sendiri.
Ia boleh menyebabkan keradangan yang ringan sehingga tahap serius, dan merangkumi pelbagai jenis organ seperti kulit, sendi, buah pinggang, otak, jantung, paru-paru dan sel darah sendiri.
Terdapat 2 jenis penyakit lupus iaitu:
Kajian menunjukkan penyakit ini sering dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki, iaitu wanita sebanyak 90% manakala 10% ialah lelaki dan kanak-kanak.
Selain itu, 90% daripada jumlah wanita yang didiagnosis merupakan wanita lingkungan umur reproduktif iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Penyakit ini banyak dijumpai dalam kalangan masyarakat Afrika-Amerika, Hispanik dan Asia-Amerika.
Di negara kita, lebih daripada 10,000 orang telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun dahulu. Akan tetapi, masih ramai penghidap SLE yang belum disahkan dan menerima rawatan selanjutnya.
Sehingga kini, masih ramai saintis yang belum menjumpai punca utama penyakit SLE. Namun, ramai yang percaya penyakit ini merupakan kombinasi masalah genetik dan juga persekitaran.
Seseorang yang mempunyai warisan genetik untuk lupus berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini jika terdedah kepada persekitaran yang boleh mencetusnya.
Pencetus penyakit SLE termasuklah:
Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan lupus aktif dalam tubuh seseorang yang mempunyai genetik tersebut. Tanda utama yang boleh dilihat ialah masalah kulit ruam yang sensitif terhadap cahaya matahari.
Mengalami jangkitan kuman di mana-mana organ tubuh boleh menyebabkan lupus aktif buat kali pertama atau pengulangan dalam sesetengah kes.
Lupus boleh berlaku disebabkan oleh beberapa jenis ubat seperti ubat darah tinggi, ubat epilepsi dan antibiotik. Keadaan ini dinamakan drug-induced lupus.
Biasanya penghidap akan menjadi lebih baik selepas berhenti mengambil ubat tersebut.
Walaupun jarang berlaku, simptom boleh berterusan dalam sesetengah individu meskipun pengambilan ubat telah dihentikan.
Tanda dan gejala boleh bermula secara tiba-tiba atau berkembang secara perlahan, boleh menjadi ringan atau teruk dan sama ada sementara atau kekal.
Selalunya, simptom lupus hanyalah ringan sahaja. Jika penghidap mengalami episod suar, simptom akan bertambah teruk tetapi hanya untuk sementara.
Tanda dan gejala lupus bergantung kepada organ badan yang terlibat, tetapi kebiasaannya ialah:
Oleh sebab lupus ialah sejenis penyakit autoimun, ia boleh menyerang mana-mana bahagian tubuh anda. Jika tidak dirawat segera, keadaan boleh menjadi teruk seperti kegagalan organ dan membawa maut.
Antara komplikasi penyakit lupus ialah:
Anda sudah tahu apa itu penyakit lupus, tetapi bagaimana pula dengan rawatannya? Penyakit ini selalunya dirawat berdasarkan tanda dan gejala yang muncul. Anda haruslah berunding dengan doktor mengenai rawatan yang sesuai untuk tahap penyakit anda.
Antara ubat-ubatan yang digunakan ialah:
Anda boleh mencegah lupus daripada menjadi lebih teruk dengan:
Kini anda telah tahu apa itu penyakit lupus.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen