backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Elak Penyakit Berjangkit, Ini Cara Untuk Kekal Selamat Semasa Dikelilingi Haiwan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2022

    Elak Penyakit Berjangkit, Ini Cara Untuk Kekal Selamat Semasa Dikelilingi Haiwan

    Haiwan yang tampak ramah atau tidak berbahaya turut boleh mengancam keselamatan dan nyawa. Tidak kiralah haiwan peliharaan mahupun haiwan liar, ia boleh sama ada menggigit, mencakar, menendang atau mencederakan anda, walaupun anda tidak melakukan apa-apa yang mengancamnya.

    Serangan yang dilakukan itu adalah kerana rasa takut dan merasakan manusia mengancam keselamatan serta akan mengganggu anak-anaknya.

    Jadi, anda perlu tahu bagaimana untuk kekal selamat semasa dikelilingi haiwan peliharaan mahupun haiwan liar.

    Mengapa? Ini kerana terdapat sesetengah penyakit atau jangkitan yang boleh membuatkan haiwan bertindak agresif terhadap manusia walaupun sebelum ini ia adalah haiwan yang jinak.

    Jadi, elakkan diri daripada memberi makan kepada haiwan yang tidak anda kenali.

    Peraturan am ketika berada di sekeliling haiwan

    • Jauhi dan elakkan daripada mengganggu ketika ia sedang makan atau tidur
    • Jika haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing, minta dahulu izin daripada tuan empunya haiwan sebelum memegangnya
    • Bergerak perlahan-lahan dan bercakap dengan nada yang rendah agar tidak mengejutkan haiwan
    • Jangan ganggu ibu haiwan yang sedang bersama anak-anaknya
    • Biar dan lepaskan binatang liar. Jika binatang liar mesra kepada anda, ia kemungkinan sakit dan mungkin boleh membuatkan anda juga sakit
    • Sentiasa peka tentang apa yang anda pegang dan pijak semasa berada di luar rumah
    • Jangan ganggu haiwan atau menggunakan haiwan untuk menakutkan orang lain
    • Jangan meletakkan jari anda di dalam sangkar

    haiwan peliharaan

    Haiwan peliharaan anjing dan kucing

    Kedua haiwan ini boleh membawa virus rabies.

    Rabies adalah penyakit virus yang disebabkan oleh gigitan dan cakaran daripada haiwan yang dijangkiti.

    Walaupun pada hakikatnya setiap haiwan mamalia mempunyai risiko sebagai pembawa rabies, namun anjing merupakan penyebab utama bagi kematian yang disebabkan virus ini.

    Jika anda digigit atau dicakar, segera basuh luka dengan sabun serta air dan dapatkan rawatan perubatan selepas itu. Rabies boleh menyebabkan maut jika suntikan rabies tidak diberikan kepada mangsa.

    Vaksin rabies disyorkan kepada:

    • Mereka yang tinggal di kawasan yang terancam
    • Mereka yang terlibat dengan aktiviti luar dan berhubung dengan haiwan
    • Mereka yang tinggal di kawasan berbahaya
    • Kanak-kanak yang bermain dengan haiwan

    Jika anda merasakan diri anda atau anak-anak anda mungkin dalam senarai, sila rujuk kepada doktor anda atau klinik yang berhampiran.

    Walaupun anda sudah mendapatkan suntikan rabies, namun segera mendapatkan vaksin secepat mungkin sekiranya anda bersentuhan dengan haiwan berisiko tinggi.

    haiwan peliharaan

    Monyet dan kera

    Monyet boleh menyebarkan rabies dan membawa penyakit berjangkit seperti Ebola, dan virus seperti virus herpes B, dan tuberkulosis.

    Jangan memberi makan atau menyentuh monyet jika destinasi yang anda pergi terdapat monyet.

    Haiwan liar kelawar

    Kelawar juga boleh membawa rabies. Jika anda mendapati terdapat kelawar dalam bilik anda selepas bangun, sila berjumpa doktor.

    Gigitan kelawar mungkin kecil tetapi beracun, dan boleh membawa penyakit seperti deman Marburg. Elakkan daripada pergi melawat gua-gua dan lombong yang terdapat sarang kelawar.

    Rodent

    Ia seperti tikus dan merupakan antara perumah semula jadi pelbagai penyakit melalui gigitan, cakaran, air kencing, najis, dan kutu.

    Hindari tempat yang kelihatan seperti habitat tikus dan jangan sentuh apa-apa yang mungkin dijangkiti air kencing atau najis haiwan ini.

    Haiwan liar ular

    Berikut adalah lima tip untuk menghindari ular:

    • Jangan berkaki ayam di atas rumput, terutamanya pada waktu malam
    • Sentiasa perhatikan laluan atau jalan anda
    • Sentiasa gunakan lampu suluh ketika berjalan pada waktu malam
    • Sentiasa memakai kasut tebal apabila berjalan melalui semak
    • Apabila berdepan dengan ular, jangan panik. Kekal bertenang, jangan bergerak dan jangan cuba menyentuhnya. Tunggu sehingga ia berlalu pergi

    Sekiranya anda bersentuhan dengan apa-apa haiwan semasa bercuti atau berjalan dan jatuh sakit selepas itu, pastikan anda memberi tahu doktor anda tentang perkara tersebut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan