11 Perkara Tentang Faraj Yang Ramai Wanita TIDAK SEDAR Sampai Salah Penjagaan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bercakap tentang faraj wanita, biasanya merangkumi tentang keputihan, kekeringan dan sebagainya. Tetapi mungkinkah terdapat fakta mengenai kemaluan wanita yang tidak anda ketahui?

Fakta tentang faraj wanita yang perlu anda tahu

Dr. Jen Gunter, seorang pakar OB/GYN di Kanada telah menjadi pakar rujukan di internet bagi perihal berkaitan wanita.

Dalam buku terbaru tulisan beliau, The Vagina Bible, doktor pakar yang berasal dari Winnipeg, San Francisco ini berkongsi beberapa perkara tentang faraj yang mungkin tidak diketahui selama ini.

Fakta tentang faraj #1 Kemaluan wanita sebenarnya dipanggil vulva

Bahagian kemaluan wanita yang sering dipanggil “faraj” atau “vagina” ini sebenarnya dikenali sebagai vulva.

Manakala bahagian yang dinamakan sebagai vagina adalah bahagian dalamnya. Jadi selama ini ramai yang tersalah sangka, bukan?

Bahagian antara vulva dan vagina pula dipanggil sebagai vestibule. Kini anda sudah mengetahui istilah yang betul, bukan? Jadi pastikan anak anda juga mempelajari mengenainya.

Fakta tentang vagina #2 Saiz vagina

Saiz vagina tiada kaitan dengan saiz bentuk badan anda. Kedalaman vagina berbeza bagi setiap individu. 

Fakta tentang faraj #3 Tiada istilah G-spot

kemaluan wanita

Beberapa kajian mendapati tiada apa di antara uretra, kelentit (klitoris) atau dinding vagina yang disebut sebagai G-spot.

Jika anda tidak mengalami orgasma tanpa rangsangan pada klitoris, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Dan jika anda boleh mengalaminya tanpa rangsangan pada klitoris juga ia tidak membawa sebarang pengertian yang istimewa.

Fakta tentang vagina #4 Pakaian dalam berenda bukan punca jangkitan yis

Ramai yang percaya jika pakai seluar dalam yang mempunyai renda, ia akan menyebabkan jangkitan yis. Namun, ia sebenarnya satu tanggapan yang salah!

Fakta tentang faraj #5 Mencuci sendiri

Mungkin ramai tidak tahu – vagina sebenarnya ada keupayaan untuk mencuci dirinya sendiri.

Tetapi hakikatnya, ramai individu wanita memilih untuk melakukan douching (meruang), memasukkan tisu, pengewapan, menggunakan deodoran suppositories dan semburan wangian untuk mencucinya!

Tindakan sebegini amat tidak diperlukan dan mendatangkan risiko bahaya, sekali gus menjadikan anda mudah terdedah kepada bakteria vaginosis.

Pelincir untuk seks

Ada wanita berasakan ia adalah salah jika mereka memerlukan sesuatu sebagai pelincir (lube) ketika melakukan seks.

Ia sebenarnya salah sama sekali. Hakikatnya terdapat sebab mengapa vagina anda kering, sama ada disebabkan oleh penyusuan, pemakaian alat kawalan kelahiran, foreplay yang tidak mencukupi atau mungkin menopaus. 

Jadi anda tidak perlu berasa malu jika anda perlu menggunakan pelincir ketika melakukan seks. Anda juga tidak harus menghakimi mana-mana individu yang menggunakan pelincir.

Namun, jika anda sedang berusaha untuk hamil, pastikan pelincir yang anda gunakan tidak mengandungi spermicide. 

Mempunyai fungsi

Adakah anda tahu fungsi bulu pada kemaluan atau bulu ari-ari?

Ia bertujuan untuk melindungi vulva dengan memberikan pelindungan fizikal, memerangkap kotoran dan serpihan mikroskopik serta membantu mengekalkan kelembapan. Untuk pengetahuan anda, kulit pada bahagian vulva mempunyai kadar kelembapan yang tinggi.

Pilihan rawatan

Masalah kesakitan pada vagina boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, sama ada disebabkan oleh hubungan seks yang dilakukan atau kekejangan otot pada lantai pelvik.

Walau bagaimanapun, jika anda berasa sakit pada bahagian tersebut, anda tidak perlu mendiamkan diri dan terus menahan kesakitan.

Penjagaan faraj wanita

Apa yang disenaraikan di atas mungkin perkara-perkara yang pertama kali anda ketahui atau anda sebenarnya seorang pakar yang sudah lama mengetahuinya. Tetapi bagaimana pula dengan aspek penjagaan faraj?

Ujian STD

Anda disarankan untuk berjumpa doktor anda secara teratur untuk menguji sel yang tidak normal dan STD (penyakit kelamin) walaupun anda menggunakan perlindungan ketika melakukan hubungan seks dan monogami.

Beberapa jenis STD dan beberapa penyakit menular adalah tanpa simptom, jadi dengan hanya mengandaikan bahawa anda sihat tanpa mendapatkan pemeriksaan kesihatan boleh membawa kepada penyakit keradangan pelvik.

faraj wanita

Tukar tampon, pad

Anda perlu menukar tampon dan tuala wanita sebelum ia penuh dengan darah haid. Anda dicadangkan untuk menukarnya setiap 4 hingga 6 jam, tetapi ia berbeza mengikut individu.

Elak menggunakan tampon pada ketika tempoh haid anda sedikit untuk mengelakkan sindrom kejutan toksik.

Dari depan ke belakang

Basuh bahagian intim anda dari depan ke bahagian belakang selepas membuang air sama ada kencing atau air besar untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

Lakukan dengan berhati-hati dan bersih untuk memastikan tiada baki kekotoran yang tertinggal. Lapkan vagina dan dubur anda menggunakan tisu tandas lembut, putih yang tidak mengandungi bahan pewarna atau bahan kimia berbahaya.

Akhir kata

Banyak fakta dan mitos mengenai faraj yang sering dicampur adukkan dalam kehidupan seharian kita.

Jadi sebelum anda melakukan sesuatu terhadap bahagian intim anda itu, pastikan anda mendapatkan pengesahan daripada doktor pakar bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Guna Asid Borik Untuk Rawat Masalah Jangkitan Faraj, Biar Betul? Selamat Ke?

Asid borik digunakan untuk merawat jangkitan faraj? Biar betul? Jika kalian berminat untuk ketahui jawapannya, ikuti kupasan ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

Sekiranya kalian fikir faraj hanya akan basah ketika mengalami syahwat, anda silap! Mari ikuti 'kelas kesihatan' faraj ini bersama kami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Jangkitan kulat pada kemaluan amat menjengkelkan! Bukan saja gatal dan menyakitkan, malah ia boleh mengganggu aktiviti di ranjang dengan pasangan tercinta.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 25/01/2021 . 3 minit bacaan

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Pernahkah anda dan pasangan cuba tahan air mani daripada keluar ketika seks? Sebelum lakukannya lagi, ketahui ada kesan sampingan atau tidak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

spotting coklat

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
zakar dan faraj

Tahi Palat Boleh Terjadi Pada Lelaki @ Wanita – Ini Cara Membersihkannya, Barulah Selesa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
mewarnakan

Bulu Kemaluan Pun Boleh Beruban, Tapi Selamat Ke Jika Ingin Warnakan Bulu Ari-ari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
pelincir faraj

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan