backup og meta

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/03/2024

    MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

    Tahukah anda, jangkitan HPV (human papillomavirus) sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa melibatkan aktiviti seksual!

    Untuk tempoh masa yang lama, doktor berpendapat dengan mengamalkan seks selamat dan mengikuti pemeriksaan kesihatan berkala sudah cukup untuk mencegah penyakit kelamin (STD).

    Namun, menurut penyelidikan baru yang diterbitkan dalam jurnal Sexual Health, HPV dapat disebarkan bukan hanya dengan aktiviti seksual, malah memegang barangan yang dicemari virus ini sudah cukup untuk menjangkiti anda.

    Penyelidikan tersebut telah menganalisis 51 kajian mengenai penularan HPV, dan para penyelidik menyedari virus itu turut dijumpai di saluran kelamin pada wanita perawan sebanyak 51%.

    Perkara ini membuat mereka bertanya, bagaimana seseorang boleh dijangkiti HPV tanpa terlibat dengan aktiviti seksual?

    Sekiranya anda juga mempunyai persoalan yang sama, teruskan membaca ya!

    Apa itu HPV?

    Untuk pengetahuan anda, HPV adalah singkatan daripada human papilloma virus iaitu nama sejenis virus yang banyak dikaitkan dengan ketuat kelamin dan kanser.

    Virus ini boleh tersebar dari satu individu kepada individu lain menerusi penetrasi zakar ke dalam faraj atau sebarang aktiviti seks yang lain seperti seks anal mahupun seks oral.

    Jangan terkeliru kerana ia adalah berbeza sama sekali dengan HIV yang menyebabkan AIDS dan HSV yang mengakibatkan herpes.

    Apa yang membimbangkan adalah penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas menjadikannya sangat sukar untuk dikesan terutamanya pada peringakat awal.

    Disebabkan ia adalah antara STD yang paling kerap berlaku, cara mencegahnya yang paling utama adalah dengan mengambil vaksin HPV pada usia muda.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi dan ia sangat berkait rapat dengan faktor risiko berikut:

    berapa kali seks untuk seminggu

    • Menghisap rokok
    • Mengambil alkohol
    • Cenderung untuk berganti pasangan
    • Berjantina lelaki
    • Sering melakukan seks oral atau seks anal
    • Sering berciuman atau berkucupan bibir bersama pasangan

    Dijangkiti HPV tanpa aktiviti seksual, bolehkah?

    Seperti yang anda sedia maklum, jangkitan HPV mampu berlaku dengan mudah melalui hubungan seksual, seperti seks faraj, dubur dan oral.

    Tetapi ia juga boleh berlaku jika virus HPV bersentuhan dengan selaput lendir atau cairan tubuh seperti mulut, bibir, dubur dan bahagian alat kelamin.

    Kondom, apabila digunakan dengan betul, dapat mengurangkan risiko penularan HPV. Pun begitu, ia masih tidak memberikan perlindungan 100% terhadap virus ini.

    Berbalik kepada persoalan utama yang hendak dibincangkan, adakah mustahil untuk dijangkiti HPV tanpa melakukan hubungan intim?

    Jawapannya, virus ini tidak hanya dapat disebarkan melalui aktiviti seksual yang melibatkan cairan tubuh, tetapi sentuhan kulit ke kulit dan menyentuh barangan tercemar juga sudah cukup untuk menjangkiti anda!

    Sebagai contoh, anda berpotensi untuk dijangkiti virus HPV sekiranya anda duduk atau memegang tempat individu yang dijangkiti, dan ia boleh berlaku di gim, kedai makan malah di klinik!

    Cara mengurangkan risiko jangkitan?

    kondom tersekat dalam faraj

    Walaupun masih tiada bukti bagaimana HPV boleh berjangkit, dengan penggunaan kondom atau dental dam (lapisan lateks nipis yang elastik) secara konsisten dan betul semasa melakukan hubungan intim atau seks oral, pastinya peluang dijangkiti akan berkurangan.

    Berikut adalah antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks ini:

    • Mengambil suntikan vaksinasi HPV. Pada ketika ini, vaksin ini diberikan oleh kementerian kesihatan secara percuma untuk remaja perempuan yang berusia 13 tahun. Wanita selain pada usia ini boleh mengambilnya di fasiliti kesihatan kerjaan atau swasta.
    • Melakukan hubungan seksual yang selamat. Gunakan kondom dan elakkan bertukar-tukar pasangan.
    • Melakukan ujian saringan secara berkala. Wanita berusia 20 hingga 65 tahun disarankan untuk mendapatkan ujian saringan pap semear 3 tahun sekali.

    Antara rawatan penyakit HPV

    Disebabkan virus yang menyebabkan penyakit ini muncul selepas masa yang sangat lama akibat inkubasi, maka rawatan bagi jangkitan HPV adalah bergantung kepada jenis penyakit:

    • Ketuat: Cara paling mudah untuk merawat ketuat adalah dengan menyapu bahan krim yang telah dipreskripsi oleh doktor. Bagi merawat ketuat yang keras, anda juga boleh menggunakan rawatan haba (penyejukan) untuk menghilangkannya. Namun ketahuilah bahawa kondisi ini mungkin akan bertahan selama beberapa bulan semasa menerima rawatan
    • Kanser: Doktor akan memberi rawatan bergantung kepada tahap tumor, status serta kondisi kesihatan seseorang pesakit. Bagi  kanser, anda perlu diperiksa dengan lebih kerap bagi mengelakkan risiko penyakit menjadi lebih teruk. Untuk mengelakkan ketuat berlaku dengan lebih teruk pula, ia perlu dibuang dengan teknik pembekuan, pembedahan atau penyuntikan ubatan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan