Orang kata, ada beberapa petua untuk mengetahui sama ada seorang gadis itu masih dara ataupun tidak. Menurut petua orang lama, kita boleh lihat ‘tanda-tanda ada dara’ pada hidung, pipi atau punggung para gadis. Tetapi, benarkah ada perbezaan dara dan tiada dara pada seseorang wanita? Apa perbezaan dara dan tidak? Apa tanda dara sudah pecah atau selaput dara koyak?
Dalam sesetengah kepercayaan, berdarah pada malam pertama merupakan salah satu tanda bahawa wanita yang dikahwini benar-benar masih dara. Walau bagaimanapun, kepercayaan ini bukanlah 100% benar.
Selaput dara boleh terkoyak disebabkan pelbagai perkara. Malah, ada juga wanita yang lahir tanpa selaput dara!
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai perbezaan dara dan tiada dara – apa yang fakta dan apa yang auta.
Sebagai lelaki (atau wanita sendiri), jangan cepat percaya apa yang anda baca di laman sosial. Mungkin semua itu auta semata-mata!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Adakah perbezaan dara dan tiada dara?
Apa perbezaan dara dan tidak? Apa tanda dara sudah pecah atau selaput dara koyak?
Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa tidak ada sesiapapun yang boleh menguji sama ada anda mempunyai dara atau tidak.
Walaupun dengan pemeriksaan, doktor tidak boleh menentukan sama ada anda masih dara atau pernah melakukan hubungan seks. Jadi, ia hampir mustahil untuk menentukan perbezaan faraj dara dan tiada dara!
Jika doktor pun tidak boleh menentukan sama ada seorang wanita itu mempunyai dara atau tidak, apatah lagi orang biasa!
Di bawah, kami akan jelaskan mengenai fakta dan mitos yang menyelubungi ‘dara’ dan keperawanan seorang wanita. Kebanyakan kepercayaan di bawah adalah karut tanpa sebarang bukti saintifik untuk menyokongnya.
Antara mitos tersebut ialah:
Mitos 1: Selaput dara koyak merupakan satu-satunya tanda keperawanan wanita
Semua orang mempunyai anggota badan yang berbeza bentuk. Contohnya, kita semua mempunyai hidung, mata, mulut dan bentuk badan yang berbeza.
Sama jugalah dengan selaput dara seorang wanita. Setiap wanita mempunyai selaput dara yang berbeza bentuk dan keanjalannya. Jadi, tidak semua wanita akan mempunyai pengalaman yang sama ketika pertama kali melakukan hubungan seks.
Mitos 2: Boleh lihat pada Miss V untuk tentukan perbezaan dara dan tiada dara
Kenyataan ini juga adalah palsu. Selaput dara merupakan satu tisu yang mengelilingi vagina. Ia tidak akan menutup bukaan vagina. Jika tidak, mustahil untuk seorang wanita datang haid!
Keadaan selaput dara koyak seseorang sering dikaitkan dengan kadar aktiviti seksual seorang wanita. Katanya, jika selaput dara pecah, itu bermaksud wanita tersebut sudah tidak ada dara.
Hakikatnya, selaput dara seorang wanita sangat lembut dan elastik. Ia juga tidak akan menutup bukaan vagina.
Ada juga tip yang mengatakan bahawa bentuk punggung seorang wanita boleh menandakan keperawanan seseorang. Kononnya, punggung yang telah disentuh lebih lebar dan besar.
Jangan cepat percaya! Keperawanan seorang wanita tidak boleh dilihat secara fizikal.
Mana tahu, gadis tersebut mungkin mempunyai rutin senaman sendiri yang menyebabkan punggung mereka nampak menarik dan lebih anjal!
Mitos 3: Gadis yang masih dara PASTI akan berdarah pada malam pertama
Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, dara boleh pecah tanpa sebarang sebab. Semuanya bergantung kepada ketebalan dan keanjalan selaput dara masing-masing.
Tambah lagi, bukan semua wanita akan mengalami pendarahan pada malam pertama. Kebanyakannya tidak akan berdarah langsung!
Kentut vagina juga kadangkala dikaitkan dengan ketiadaan dara. Buat pengetahuan semua, kentut vagina merupakan sesuatu yang sangat normal.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan tidak boleh digunakan sebagai cara untuk kenal pasti perbezaan dara dan tiada dara!
Mitos 4: Pasangan anda boleh tentukan perbezaan dara dan tiada dara
Ini juga adalah mitos semata-mata. Mustahil untuk kita tentukan dara seorang wanita hanya dengan melihat bentuk badan ataupun vagina wanita itu sendiri.
Malah, vagina yang ‘ketat’ juga bukanlah penentu sama ada seorang wanita itu adalah perawan atau tidak. Semua ini bergantung kepada kekerapan senaman yang dilakukan oleh wanita tersebut.
Mitos 5: Wanita boleh ‘rasa’ jika pecah dara
Kenyataan ini juga adalah palsu. Wanita sendiri tidak tahu bila dara mereka pecah. Malah, jika mereka aktif bersukan, mereka mungkin boleh ‘pecah dara’ tanpa sedar.
Malah, selaput dara yang terkoyak juga tidak akan menyebabkan sebarang simptom. Oleh sebab itu, wanita tidak akan menyedarinya jika ia pecah di luar kawalan mereka.
Kepercayaan karut lain mengenai perbezaan dara dan tiada dara
Selain kepercayaan perbezaan dara dan tiada dara yang kami terangkan di atas, ada banyak lagi ‘tip’ lain yang kononnya boleh dipraktikkan untuk menentukan sama ada seorang wanita itu masih dara atau tidak:
- Leher lebih ajal. Kononnya, wanita yang masih dara mempunyai leher yang lebih anjal dan bebas kedutan. Semua orang mempunyai garis halus pada kulit masing-masing. Ia tidak dapat menentukan sama ada seorang wanita itu masih dara atau tidak.
- Mempunyai dahi yang licin. Selalunya, wanita yang mempunyai dahi licin mempunyai kulit yang sihat secara semula jadi atau mengamalkan rutin skincare yang mantap. Kelicinan dahi seseorang tidak ada kaitan dengan dara ya!
- Hidung yang merah. Gadis yang tidak suci dikatakan mempunyai hidung yang ‘kurang merah’. Hmm, mungkinkah mereka lupa pakai sunscreen?
Jangan mudah percaya tentang cara-cara untuk mengesan perbezaan faraj dara dan tiada dara pada seorang wanita.
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]