backup og meta

Cuba Lihat Bentuk Badan Anda, Epal @ Pir? Ini Maksud Bagi Setiap 5 Jenis Bentuk Badan Manusia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/07/2022

    Cuba Lihat Bentuk Badan Anda, Epal @ Pir? Ini Maksud Bagi Setiap 5 Jenis Bentuk Badan Manusia

    Bentuk badan manusia mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Namun, tidak ramai yang mengambil berat mengenai bentuk badan ideal bagi manusia.

    Ada yang mempunyai jenis bentuk badan ‘epal’, dan ada juga disebut sebagai bentuk badan ‘pir’.

    Apakah perbezaannya, dan apakah maksud di sebalik setiap jenis bentuk badan manusia ini. 

    Variasi bentuk badan manusia

    Terdapat beberapa perkara yang boleh menentukan bentuk badan manusia.

    Antaranya ialah faktor jantina, umur, genetik dan juga gaya hidup yang diamalkan.

    Ada sesetengah orang yang makan banyak, tetapi susah untuk mengalami kenaikan berat badan.

    Ada yang hanya makan sedikit, tetapi mudah untuk bertambah berat badan.

    Ini ialah contoh bagaimana beberapa faktor boleh mempengaruhi bentuk badan seseorang individu.

    Secara umumnya, bentuk badan manusia boleh dikelaskan mengikut beberapa jenis bentuk badan tertentu.

    Antara kategori-kategori bentuk badan manusia ialah bentuk badan epal, pir, jam pasir, segi tiga terbalik dan juga pembaris. Manakah bentuk badan ideal bagi manusia?

    Ikuti penerangan ringkas di bawah ini.

    Bentuk badan ideal: Bentuk pembaris (ruler)

    bentuk badan ideal

    Ia disebut sebagai bentuk badan pembaris disebabkan bentuk badan yang kelihatan sekata tanpa sebarang bentuk melengkung yang jelas.

    Saiz bagi bahagian dada dan juga pinggang juga adalah sama.

    Anda tidak semestinya seorang yang kurus untuk memiliki bentuk badan jenis ini.

    Ada juga mereka yang obes mempunyai bentuk badan pembaris ini.

    Namun, kebanyakan daripada mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini mempunyai masalah kekurangan berat badan.

    Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini, anda berisiko tinggi untuk mempunyai masalah berkaitan tekanan, haid dan juga kehamilan.

    Bentuk badan yang kurus tidak semestinya menandakan anda sentiasa sihat.

    Memandangkan anda agak sukar untuk mengalami peningkatan berat badan, anda masih perlu menjaga dan mengawal pemakanan anda setiap hari. 

    Bentuk badan ideal: Bentuk segi tiga terbalik (inverted triangle)

    Bagi bentuk badan ideal ini, seseorang itu mempunyai bahagian bahu atau dada yang lebih besar atau lebar.

    Bahagian pinggang dan juga pinggul pula lebih kecil berbanding bahagian bahu.

    Ada yang menyatakan bahawa, saiz dada yang lebih besar mungkin menyebabkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

    Namun, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Ini kerana, untuk menentukan risiko mendapat kanser payudara, anda perlu memeriksa ketumpatan payudara anda.

    Payudara yang lebih tumpat boleh merisikokan anda untuk mendapat kanser payudara.

    Ini kerana, ia mempunyai kandungan tisu penghubung yang lebih banyak berbanding tisu berlemak. 

    Bentuk badan ideal: Bentuk jam pasir (hourglass)

    Seperti namanya, ia bermaksud bentuk badan yang mempunyai bentuk seperti jam pasir.

    Lemak badan berada secara sekata antara bahagian tubuh sebelah atas dan juga sebelah bawah.

    Saiz pinggang pula adalah kecil dan kelihatan cantik. Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini, agak sukar untuk menentukan secara fizikal sama ada anda mengalami kenaikan berat badan atau tidak.

    Anda perlu kerap menimbang berat badan anda untuk menentukan sama ada tergolong dalam kalangan obes atau tidak.

    Makan makanan yang rendah lemak dan tinggi serat untuk memastikan kelangsungan kesihatan tubuh yang berpanjangan. 

    bentuk badan ideal

    Bentuk badan manusia: Bentuk buah pir (pear)

    Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini, saiz bahu dan juga dada lebih kecil berbanding bahagian pinggul dan juga pinggang.

    Ada kajian menyatakan bahawa, lemak yang berada lebih banyak di bahagian punggung dan juga pinggang boleh mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit jantung.

    Namun, ada juga kajian yang menunjukkan hasil dapatan yang sebaliknya.

    Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, adalah lebih baik untuk menghilangkan lemak badan di mana-mana bahagian tubuh sekalipun.

    Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari. Ini kerana, lemak di tubuh bahagian bawah lebih sukar untuk disingkirkan berbanding lemak di bahagian atas. 

    Bentuk badan manusia: Bentuk buah epal (apple)

    bentuk badan ideal

    Kaum lelaki lebih kerap mempunyai bentuk badan seperti buah epal ini.

    Bagi bentuk badan manusia ini, bahagian badan atau abdomen kelihatan lebih bulat selain mempunyai saiz pinggang yang lebih besar.

    Ini disebabkan pengumpulan lemak yang lebih tertumpu di bahagian badan sahaja.

    Bentuk badan seperti ini mempunyai risiko kesihatan yang paling tinggi berbanding bentuk tubuh ideal yang lain.

    Pinggang yang lebih besar dan lebar mungkin menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit berkaitan jantung.

    Selain itu, anda juga berisiko untuk mengalami penyakit kardiovaskular, diabetes dan juga kanser.

    Anda perlu mengurangkan berat badan dengan segera dengan melakukan senaman dan mengamalkan diet yang sihat.

    Makan lebih banyak buah-buahan, sayuran dan juga protein tanpa lemak. 

    [health_tool_article id=”32121″]

    Anda berada dalam kategori yang mana?

    Kini anda telah mengetahui lima jenis bentuk badan ideal dan tidak ideal.

    Anda rasa, bentuk badan anda berada dalam jenis yang mana? Epal, pir, pembaris, jam pasir atau segi tiga terbalik?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan