backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pertama Kali Bersetubuh, Lelaki Dan Wanita Perlu Tahu Bagaimana Pecah Dara Berlaku!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada seminggu lalu

Pertama Kali Bersetubuh, Lelaki Dan Wanita Perlu Tahu Bagaimana Pecah Dara Berlaku!

Siapa sahaja yang tidak rasa gemuruh di saat pertama kali melakukan hubungan intim bersama pasangan. Akan muncul banyak persoalan di minda seperti ‘bagaimana pecah dara boleh berlaku’.

Sebentar, anda juga tidak tahu bagaimana pecah dara boleh berlaku? Jom baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual , sila dapatkannya di sini.

Maksud selaput dara wanita yang sebenar!

Buat anda yang masih belum tahu, dara (hymen) itu adalah sejenis selaput yang wujud di dalam lubang pembukaan faraj wanita dengan bentuk dan saiz berbeza bergantung pada individu.

Sehingga kini, pakar masih tidak dapat menentukan apa fungsi biologi sebenar selaput ini. Pun begitu, majoriti masyarakat percaya bahawa ia boleh jadi tanda jika wanita pernah melakukan hubungan intim.

Sebenarnya, perkara ini tidak benar sama sekali.

Anda perlu tahu bahawa dara pecah boleh terjadi dalam banyak situasi selain hubungan intim seperti:

  • kemalangan
  • kecederaan akibat aktiviti lasak
  • ada juga wanita yang lahir tanpa selaput ini

Bermakna, kita semua tidak boleh sesekali menilai dan menjatuh hukum pada wanita hanya jika selaput dara koyak atau hilang. Ia adalah sesuatu yang sensitif malah subjektif untuk dibicarakan.

Namun demikian, memang betul bahawa hubungan intim itu adalah salah satu punca bagaimana selaput dara koyak. Peristiwa ini mungkin akan terjadi pada malam pertama anda serta pasangan.

bagaimana pecah dara boleh berlaku
Kepercayaan karut wanita tiada dara.

Bagaimana pecah dara boleh berlaku?

Di saat pertama kali menjalani hubungan intim bersama pasangan, perempuan yang lahir dengan anatomi faraj normal akan mengalami dara pecah akibat tusukan atau dayungan zakar.

Dalam masa sama, adakah dara boleh pecah guna jari? Jawapannya adalah ya jika perbuatan itu dilakukan dengan dalam dan kasar!

Ketika ini juga, mungkin akan berlaku pendarahan pada faraj semasa dan selepas berhubungan. Namun, keadaan ini juga berbeza bergantung pada wanita bahkan ada yang langsung tidak berdarah.

“Setiap wanita itu memiliki bentuk serta saiz selaput dara yang berbeza dan ini boleh jadi penentu sama ada darah yang keluar itu adalah sedikit, sederhana atau banyak,” jelas Pakar Seksual, Reena Liberman.

Dalam pada itu, anda dan pasangan tidak boleh fokus tentang bagaimana pecah dara boleh berlaku sahaja kerana ada banyak lagi perkara lain yang anda kena tahu ketika malam pertama.

bagaimana pecah dara boleh berlaku
Keluar darah tanda pecah dara.

Apa lagi perkara yang anda kena tahu?

Jangan hanya fokus pada bagaimana selaput dara koyak! Berikut apa yang anda kena tahu:

Hubungan pertama kali akan rasa sakit?

Persoalan ini pasti pernah atau masih bermain di fikiran terutama orang perempuan. Hakikatnya, ramai wanita yang mungkin khuatir jika hubungan pertama kali itu menyakitkan buat mereka.

Sebenarnya, mungkin ya. Ini bukan sahaja akibat daripada dara pecah malah juga angkara kurang pengalaman dalam perihal hubungan lantas membuatkan ia dilakukan dengan cara yang salah.

Punca utama penetrasi zakar itu sakit adalah kerana faraj kering dan mungkin berkaitan dengan bagaimana pecah dara boleh berlaku akibat selaput dara koyak. Lama-kelamaan, anda akan biasa.

Hubungan pertama kali tiada puncak klimaks?

Bukan itu sahaja, kebanyakan wanita juga cenderung untuk tidak rasa ‘puas’ pada malam pertama. Ini sudah tentu berkaitan dengan faktor di mana anda dan pasangan kurang pengalaman.

Menurut Pakar Sakit Puan, Susan Ernst, perempuan agak sukar mencapai orgasme ketika pertama kali hubungan intim kerana mereka masih belum terbiasa dengan interaksi intim tersebut.

Dalam erti kata lebih mudah, puncak klimaks wanita mampu dicapai pada hubungan intim akan datang.

bagaimana pecah dara boleh berlaku
Aktiviti seksual suami dan isteri.

Perlukah menggunakan alat kontraseptif?

Penggunaan alat kontraseptif sangat penting dalam usaha untuk anda dan pasangan merancang keluarga. Selain itu, alat ini turut menyediakan fungsi lain yakni mampu mengelakkan sebarang penyakit jangkitan kelamin (STD).

Ya, alat-alat kontraseptif seperti kondom tidak kira untuk lelaki atau wanita mempunyai kelebihan ini. Jadi, mungkin wajar untuk anda menggunakan ia jika khuatir dengan risiko STD.

Pastikan hubungan atas dasar suka sama suka!

Akhir sekali, perkara anda perlu fokus selain bagaimana pecah dara boleh berlaku adalah pastikan hubungan yang bakal dibuat itu atas dasar suka sama suka dan bukan paksaan atau ugutan.

Fakta

Persoalan yang paling akhir, bolehkah selaput dara dikembalikan? Jawapannya, tidak!

Tanyakan pada pasangan anda sama ada sudah bersedia atau tidak untuk melakukan hubungan intim sebelum memulakannya. Jika tidak, sila tunggu atau pujuk sehingga ‘lampu hijau’ menyala.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan