backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Malu Tengok 'Bumper' Menggeleber? 5 Tip Ini Bantu Wanita Dapatkan Punggung Menawan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 23/05/2022

    Malu Tengok 'Bumper' Menggeleber? 5 Tip Ini Bantu Wanita Dapatkan Punggung Menawan!

    Punggung yang montok dan anjal bukan sahaja sedap dipandang. Ia juga melindungi sendi-sendi, mengurang atau mencegah masalah sakit belakang, bahkan, mengatur kitaran haid anda! Jadi, apakah cara menaikkan punggung yang jatuh?

    Otot punggung yang lebih kuat dikatakan bagus untuk pivotal actions badan seperti; memanjangkan pinggul, mencondongkan pelvis ke belakang, memutar dan mengayunkan kaki ke sisi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

    Cara-cara menaikkan punggung yang jatuh

    #1 Diet

    Apabila anda makan lebih banyak kalori daripada yang diperlukan oleh badan untuk tenaga, tubuh bakal menyimpan lebihan sebagai lemak untuk kegunaan masa depan.

    Salah satu kawasan badan yang paling menyimpan lemak adalah di sekitar ‘bumper‘ anda!

    Dengan mengatur diet untuk memberikan anda tenaga yang diperlukan tanpa makan berlebihan, kalian harus kurangkan jumlah makanan yang disimpan oleh badan sebagai lemak.

    Perkara pertama sebagai cara menaikkan punggung yang jatuh, kurangkan makanan dan minuman manis, masin, berlemak, diproses, dan bergoreng.

    Kemudian barulah anda boleh mengoptimumkan keseimbangan nutrien meliputi; protein, karbohidrat, lemak, dan serat.

    Ini adalah antara nutrisi penting untuk mendapatkan penampilan pinggul montok dan anjal!

    Serat, khususnya, amat bagus untuk membantu badan membuang lebihan sisa, yang mungkin berisiko disimpan sebagai lemak jika tidak disingkirkan.

    Pada masa yang sama, protein tanpa lemak memberikan tubuh sejumlah besar nutrien tanpa banyak lebihan yang perlu disimpan sebagai lemak.

    #2 Bersenam

    cara menaikkan punggung yang jatuh

    Senaman, secara umumnya memang bagus untuk seluruh bahagian badan, termasuk ‘bumper‘ anda!

    Untuk penurunan berat badan dan penguatan otot di seluruh badan, termasuk punggung, lakukan rutin yang konsisten merangkumi senaman kardiovaskular dan senaman kekuatan ke dalam hidup anda.

    Terdapat senaman tertentu yang boleh anda lakukan, untuk fokuskan bahagian punggung secara spesifik.

    Antara senaman khusus yang paling berkesan sebagai cara menaikkan punggung yang jatuh, merangkumi:

    1. Squats: Termasuk squats bola, squat sisi-ke-sisi, dan crab-squats. Untuk hasil terbaik, pandang ke hadapan dengan tegakkan bahagian belakang, jaga keseimbangan antara tumit dan jari kaki dan elakkan garis lutut daripada melepasi aras jari kaki.
    2. Angkat kaki: Ia turut boleh dilakukan sambil berbaring pada bahagian sisi, depan dan belakang. Bagi mendapatkan hasil terbaik, angkat kaki anda dengan lurus, dan sekata, sambil mengekalkan garisan lurus dengan torso, pastikan perut kalian berkontraksi sepanjang aksi mengangkat dan menurunkan kaki. Rasai pengecutan otot punggung semasa anda mengangkat kaki.
    3. Bridge: Turut merangkumi teknik yang melibatkan/ tanpa bola kestabilan dan dengan/ tidak mengangkat kaki. Untuk dapatkan hasil terbaik, tuck in sedikit dagu anda, kemutkan otot-otot punggung dan elakkan daripada mengemut hamstring, kemudian tolak lutut ke arah luar.
    4. Lunges: Sama seperti senaman kicks dan step-ups. Untuk semua kes, pandang ke depan dengan belakang yang tegap, pastikan perut anda berkontraksi. Elak panjangkan lutut depan melebihk jari kaki.

    #3 Gaya Hidup

    Tahukah anda, faktor gaya hidup tertentu juga boleh menyumbang kepada ‘bumper‘ yang menggeleber?

    Gaya hidup yang terlalu pasif, secara khususnya, dapat menjejaskan keanjalan dan otot punggung.

    Sekiranya anda menghabiskan masa berjam-jam dengan duduk setiap hari, lemak lebih cenderung untuk berkumpul di punggung lantas menyekat aliran darah dan nutrien yang sihat, untuk kekal langsing dan kuat.

    Faktor gaya hidup lain pula seperti makan berlebihan berupaya menyumbang kepada pengumpulan lemak di seluruh badan, terutamanya punggung.

    Perkara ini turut merangkumi rutin tidur yang buruk dan tidak teratur, stres yang tinggi, merokok serta pengambilan alkohol.

    Kesemua faktor ini bertanggungjawab memberikan tekanan pada tubuh, lantas mengakibatkan fungsi mencerna dan penyerapan nutrien makanan terjejas.

    Akibatnya, anda cenderung untuk merasa lebih lapar dan alami lebih banyak craving, yang membawa kepada kenaikan berat badan, termasuk di sekitar kawasan pingggul.

    cara menaikkan punggung yang jatuh

    Dengan membetulkan tabiat-tabiat buruk ini dan mendapatkan tidur yang lebih teratur, mengurangkan tahap stres, menjauhi alkohol serta tembakau, kalian akan mampu atasi masalah fizikal yang dialami!

    Secara tidak langsung, pengumpulan lemak di sekitar punggung juga boleh dielakkan!

    #4 Cara menaikkan punggung yang jatuh: Emsculpt

    Jika kita bercakap mengenai cara menaikkan punggung yang jatuh, tiada kaedah yang dapat menandingi prosedur Emsculpt!

    Emsculpt adalah prosedur tidak invasif yang dilakukan oleh pakar dermatologi, untuk membantu anda menghilangkan lemak dan tone otot di sekitar punggung dalam masa beberapa minggu.

    Semasa sesi Emsculpt, anda akan diminta untuk meniarap sambil ahli dermatologi meletakkan paddle pada kawasan punggung.

    Paddle ini kemudian bakal memancarkan 2 jenis denyutan elektromagnetik yang selamat dan tidak menyakitkan secara berterusan, menghasilkan kontraksi otot yang mensimulasikan senaman.

    1 jenis kontraksi bertujuan untuk membakar lemak, dan 1 lagi pula berfungsi untuk menguatkan otot, kedua-dua kombinasi ini akan menghasilkan penampilan punggung yang anjal dan menawan!

    Seperti yang telah ditunjukkan oleh kajian, apabila prosedur Emsculpt dilakukan pada otot gluteal, ia turut menghasilkan hypertrophy dan hyperplasia, yang akan menebalkan otot punggung dan bantu menganjalkan punggung.

    Jika anda lebih gemarkan opsyen semula jadi sebagai cara menaikkan punggung yang jatuh, terdapat banyak senaman yang dapat meningkatkan ukuran, bentuk, dan keanjalan ‘bumper‘ anda, seperti dikongsikan di atas.

    Tapi sudah tentu, proses ini tidak akan berlaku sekelip mata! Ia memerlukan masa dan kesabaran tinggi untuk mendapatkan hasil yang diingini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 23/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan