backup og meta

Faraj Boleh Menjadi Haus Dan Longgar? Kenal Pasti Mitos Di Sebalik Vagina Ketat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    Faraj Boleh Menjadi Haus Dan Longgar? Kenal Pasti Mitos Di Sebalik Vagina Ketat!

    Apabila berbicara mengenai faraj, terdapat banyak mitos dan kesalahfahaman yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Misalnya, ada yang percaya, faraj ketat akan hilang keanjalan dan menjadi longgar selamanya.

    Itu sebenarnya tidak benar sama sekali! Faraj wanita bersifat elastik…

    Ini bermaksud, ia dapat meregang untuk memberi ruang kepada zakar, sex toys dan tentunya, kelahiran bayi!

    Usah risau, walaupun faraj ketat anda jadi melebar pada waktu dan situasi tertentu, Miss V tidak akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke bentuk asalnya.

    Teruskan membaca untuk merungkai lebih banyak mitos di sebalik faraj wanita!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

    Faraj ketat, apa ertinya?

    faraj ketat

    Jika kalian mengalami kesakitan atau ketidakselesaan semasa penetrasi seks, anda mungkin berasa risau akan saiz faraj yang terlalu ketat atau kecil untuk melakukan hubungan kelamin, kan?

    Sebenarnya, tidak. Dengan pengecualian kes yang jarang berlaku, isu berkaitan faraj ketat saat bersetubuh hampir tidak wujud.

    Dalam keadaan tidak terangsang, panjang faraj adalah 3 hingga 4 inci. Ia mungkin tidak cukup panjang untuk sesetengah zakar atau alat permainan seks.

    Tetapi apabila anda terangsang, faraj akan menjadi lebih panjang dan lebih lebar, di samping menghasilkan pelincir semula jadi.

    Justeru, sekiranya anda mengalami kesakitan atau kesulitan penetrasi, itu mungkin petanda anda tidak cukup terangsang saat bersama, bukannya sebab terlalu ketat ya!

    Selain itu, kesakitan semasa penetrasi boleh menjadi tanda kondisi tertentu seperti jangkitan, kecederaan, atau keabnormalan kongenital.

    Faraj, bagaimana ia berubah?

    Untuk makluman pembaca, faraj wanita akan melalui perubahan sepanjang hayat. Ia dicipta untuk melakukan hubungan seks dan melahirkan bayi.

    Kedua-dua kejadian tersebut mengubah bentuk dan keketatan faraj. Memahami perubahan ini dapat bantu anda mengenal pasti sebarang risiko masalah perubatan.

    Perubahan semasa bersetubuh

    Faraj akan mengembang dan memanjang saat terangsang. Apabila anda berasa ghairah, bahagian atas faraj bakal memanjang, lantas menolak serviks dan rahim ke dalam badan.

    Dengan cara itu, sex toy atau aktiviti seks tidak akan ‘melanggar’ serviks semasa penetrasi dan memicu ketidakselesaan.

    Faraj turut mengeluarkan pelincir semula jadi apabila penetrasi zakar berlaku, memberikan pengalaman seks yang menyenangkan dan tidak menyakitkan.

    Jika penetrasi zakar bermula terlalu awal sebelum ia sempat dilincirkan, anda berisiko mengalami kesakitan.

    Perubahan semasa bersalin

    Faraj ketat

    Anda mungkin sudah tahu, faraj wanita akan membesar dan mengembang untuk menampung kelahiran bayi. Walaupun begitu, ia akan kembali ke ukuran normal.

    Namun, selepas bersalin secara normal (faraj), faraj mungkin terasa berbeza. Ya, mungkin betul tapi itu bukan bermakna ia tidak lagi ketat.

    Bentuk dan keanjalan semula jadi Miss V bersifat berubah-berubah sepanjang jangka hayat, dan ini bermakna anda harus menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

    Ini mungkin juga menjadi indikasi untuk mencuba posisi seks baharu atau menguatkan otot-otot lantai pelvis dengan senaman Kegel untuk memperoleh kembali kekuatan dan keketatan faraj.

    Baca juga:

    Sekiranya anda takut faraj ketat…

    Beberapa kondisi boleh mempengaruhi faraj ketat. Kebanyakannya bukanlah masalah besar dan mudah dirawat.

    Kondisi-kondisi ini merangkumi:

    #1 Jangkitan menyebabkan faraj ketat

    Jangkitan, termasuk juga penyakit kelamin (STD), tidak mengubah bentuk atau saiz faraj anda.

    Walau bagaimanapun, ia berupaya menyebabkan hubungan seks menjadi lebih menyakitkan.

    #2 Rangsangan atau pelinciran tidak mencukupi

    Rangsangan memberikan tubuh pelinciran semula jadi. Cuba lakukan foreplay lebih lama dan kerap.

    Ingat, kelentit sebenarnya lebih hebat daripada sangkaan anda tau!

    Tetapi jika penetrasi masih terasa sukar walaupun selepas melakukan foreplay, gunakan pelincir yang boleh dibeli di pasar raya untuk bantu atasi isu ini.

    #3 Kecederaan atau trauma

    Kecederaan pada pelvis atau alat kelamin juga boleh menjadikan seks menyakitkan.

    Oleh itu, mohon bersabar dan tunggu sehingga anda sembuh sepenuhnya sebelum melakukan aktiviti seksual.

    Selain itu, sekiranya anda pernah diserang secara seksual, sebarang hubungan intim mungkin sukar dilakukan jika tidak mendapat bantuan terapi yang mencukupi.

    #4 Vaginismus menyebabkan faraj ketat

    faraj ketat

    Vaginismus mampu memicu pengecutan otot lantai pelvis secara tidak sengaja.

    Sebelum penetrasi, keadaan ini menyebabkan otot-otot lantai pelvis mengetat dengan ekstrem sehingga menyekat kemasukan zakar atau alat permainan seks.

    Kondisi ini mungkin disebabkan oleh faktor kegelisahan atau ketakutan yang dialami seseorang wanita.

    Sesetengah individu dengan masalah ini turut alami kesukaran untuk menggunakan tampon atau menjalani ujian pelvis.

    Rawatannya bakal melibatkan gabungan terapi. Sebagai tambahan kepada terapi seks, doktor akan bekerjasama dengan pesakit untuk menggunakan vaginal dilators.

    Peranti berbentuk seakan kon ini membantu pesakit memperoleh kawalan ke atas lantai pelvis dan belajar untuk melepaskan reaksi berotot tanpa sengaja yang dialami sebelum penetrasi.

    Sekiranya vagina terlalu longgar…

    Ura-ura yang berlegaran dalam kalangan wanita yang mengatakan kononnya faraj akan menjadi longgar atau haus, adalah auta!

    Ingin penulis tekankan sekali lagi, faraj wanita akan berubah seiring dengan pertambahan usia.

    Kontraksi dan kelahiran bayi adalah salah satu peristiwa penting yang dapat mengubah keanjalan semula jadi faraj.

    Namun, mitos yang mengatakan faraj melonggar usai bersalin adalah palsu kerana Miss V anda akan kembali seperti keadaannya sebelum kelahiran.

    Benar, ia mungkin terasa berbeza, tapi perkara ini adalah cukup normal dan ini bukan bererti faraj anda tidak seketat dulu ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan