backup og meta

Wanita Rahim Tinggi Susah Mengandung? Ini Senarai Mitos Tentang Kedudukan Uterus!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/10/2022

    Wanita Rahim Tinggi Susah Mengandung? Ini Senarai Mitos Tentang Kedudukan Uterus!

    Pernahkah anda dengar mengenai kedudukan rahim tinggi atau rahim senget? Benarkah wanita yang mempunyai rahim tinggi susah mengandung, atau ia merupakan satu mitos semata-mata?

    Tahukah anda, kedudukan rahim wanita boleh berubah-ubah sepanjang kitaran haid? Malah, serviks juga akan terbuka sedikit ketika anda mengalami haid, supaya darah boleh keluar secara normal.

    Pergerakan inilah yang menyebabkan wanita rasa kejang di kawasan perut ketika haid. Ketinggian serviks yang berubah-ubah merupakan sesuatu yang normal. Malah, perubahan ini juga unik mengikut individu.

    Bagaimana pula dengan rahim senget? Rahim senget sedikit berbeza dengan wanita yang mempunyai uterus tinggi. 

    Dalam kalangan wanita, hampir 75% mempunyai rahim yang senget ke hadapan. Kondisi ini dikenali sebagai anteverted uterus.

    Ingin tahu lebih lanjut mengenai rahim atau uterus tinggi dan senget? Jom ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Kedudukan rahim tinggi atau rendah? Macam mana nak tahu?

    kedudukan rahim tinggi

    Menurut Dr. Nicole Sparks dari POPSUGAR – posisi, anatomi dan tekstur serviks akan berubah mengikut kitaran haid masing-masing. Pergerakan ini penting untuk mengelakkan sperma daripada ‘terbocor’ dan juga memudahkan proses haid.

    Ketika wanita datang haid, rahim akan berada dalam posisi yang rendah. Bukaan rahim juga sedikit besar untuk membolehkan darah keluar secara normal.

    Namun, ketika wanita menghampiri ovulasi, kedudukan rahim tinggi sedikit dan bergerak mendekati vagina. Bukan itu sahaja, rahim juga akan menjadi lebih lembut dan lembap untuk memudahkan proses ovulasi.

    Pertama sekali, basuh tangan terlebih dahulu. Kemudian, masukkan jari tengah atau jari telunjuk ke dalam vagina. Cari kawasan serviks. Sepatutnya, ia rasa lembut dan bulat seperti hujung hidung.

    Setelah jari anda menyentuh hujung rahim, keluarkan jari dan cuba ukur menggunakan pembaris.

    Anda dikatakan mempunyai rahim tinggi jika ukurannya 55 milimeter. Rahim rendah pula adalah sekitar 44 milimeter atau lebih rendah.

    Kedudukan rahim tinggi atau rendah bukanlah tanda wanita tidak boleh mengandung. Malah, pergerakan ini juga merupakan sesuatu yang normal dan berlaku kepada wanita setiap bulan.

    Bagaimana pula dengan rahim senget?

    Selain mitos rahim tinggi susah mengandung, terdapat satu lagi mitos mengenai rahim senget. Rahim senget atau retroflexed uterus berlaku kepada hampir 25% orang wanita.

    Namun, rahim senget bukanlah tanda kecacatan. Ia hanyalah satu kelainan dari segi anatomi. Walau bagaimanapun, semua fungsi reproduktif wanita adalah normal. Wanita juga boleh mengandung seperti biasa walaupun mempunyai rahim senget.

    Walau bagaimanapun, jika wanita mengalami sebarang masalah, ia selalunya disebabkan penyakit lain seperti endometriosis.

    Endometriosis boleh menyebabkan rahim wanta menjadi senget. Selain itu, endometriosis juga selalunya akan menyebabkan simptom seperti:

    1. Sakit ketika melakukan hubungan seks.
    2. Posisi wanita di atas selalunya menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
    3. Sakit ketika datang haid (period pain).

    kedudukan rahim tinggi

    Selain kedudukan rahim tinggi, rahim senget juga jarang sekali menyebabkan masalah reproduktif.

    Pernahkah anda dengar mengenai kedudukan rahim menghalang pergerakan sperma? Jika ya, itu hanyalah mitos semata-mata.

    Tidak kisahlah apa yang anda dengar sebelum ini, rahim senget tidak akan menyebabkan masalah untuk hamil.

    Ketika melahirkan anak, kedudukan rahim tinggi atau senget tidak akan menyebabkan pengalaman ini lebih berbahaya atau menyakitkan.

    Walau bagaimanapun, rahim senget merupakan salah satu tanda endometriosis, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai simptom seperti yang diterangkan di atas.

    Baca juga:

    Bakal mendapat cahaya mata?

    kedudukan rahim tinggi

    Anda bakal menimang cahaya mata? Tahniah! Ini merupakan berita yang sangat menggembirakan untuk suami isteri. Kehamilan merupakan satu tempoh masa yang sangat membahagiakan.

    Anda boleh mengalami kehamilan yang sihat walaupun mempunyai masalah rahim senget atau kedudukan rahim tinggi. 

    Namun, untuk pastikan tempoh kehamilan yang dilalui normal, penting untuk anda:

    1. Berjumpa doktor dengan kerap. Rawatan pranatal amat penting untuk ibu yang mengandung. Jika ada sebarang masalah kesihatan, doktor boleh mengesan masalah tersebut melalui temu janji ini.
    2. Makan dengan sihat dan minum air dengan mencukupi. Jangan lupa, tambahkan pelbagai buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, daging pejal dan produk tenusu ke dalam diet harian anda.
    3. Berhati-hati ketika makan ubat. Pastikan anda periksa dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan. Ini termasuklah ubat yang dibeli secara over-the-counter di farmasi.
    4. Ambil vitamin pranatal. Wanita yang sedang hamil memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral seperti zat besi dan asid folik.
    5. Kekal aktif walaupun hamil. Aktiviti fizikal dapat membantu ibu kekal sihat, kuat dan bertenaga ketika hamil.
    6. Berhenti merokok. Bahan yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan