Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pemeriksaan Pranatal Ketika COVID-19, Teruskan Atau Tunda? Ibu Hamil, Sila Ambil Tahu!

Pemeriksaan Pranatal Ketika COVID-19, Teruskan Atau Tunda? Ibu Hamil, Sila Ambil Tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sepanjang tempoh 9 bulan, ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan pranatal sama ada di klinik mahupun hospital. Tetapi ketika wabak COVID-19, adakah check up perlu berjalan seperti biasa?

Apa itu pemeriksaan pranatal?

Ia adalah 1 pemeriksaan rutin yang dilakukan pada setiap temu janji bagi memastikan keadaan ibu hamil dan bayi dalam kandungan sihat. Jika pemeriksaan dilakukan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA), biasanya jururawat akan bertanyakan soalan asas tentang kesihatan ibu dan pergerakan bayi.

Temu janji pemeriksaan biasanya mengikut jadual seperti:

  • Sekali sebulan hingga minggu ke-28 atau bulan ke-7 kehamilan
  • Dua minggu sekali dalam bulan ke-8 kehamilan
  • Sekali seminggu mulai minggu ke-37 atau bulan ke-9 kehamilan hingga bersalin

Tetapi ketika penularan wabak COVID-19 adakah ibu hamil perlu meneruskan pemeriksaan seperti yang dijadualkan atau menundakannya?

Apatah lagi ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung serta saranan jarak sosial, sudah tentu situasi ini menimbulkan kerungsingan di hati. Teruskan atau tunda?

Di Malaysia, statistik bagi Covid-19 seperti berikut:

Haruskah teruskan temu janji pemeriksaan pranatal?

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), menegaskan usaha dalam mencegah penularan wabak COVID-19 mungkin memberikan kesan yang tidak diingini kepada ibu hamil.

Ini kerana apabila saranan jarak sosial dan perintah kawalan pergerakan (PKP) diisytiharkan, ia akan mengehadkan akses kepada rutin pemeriksaan pranatal serta penjagaannya.

ACOG menggalakkan OB/GYN dan pihak perubatan terlibat untuk memastikan agar wanita mengandung yang berisiko tinggi diberikan penjagaan dan pemeriksaan tertentu apabila diperlukan.

Jika keadaan tidak mengizinkan ibu mengandung untuk hadir secara fizikal bagi melakukan pemeriksaan rutin, ACOG mencadangkan agar pihak perubatan melakukan pemeriksaan pranatal melalui panggilan telefon, video atau emel.

Menurut Sarjana Senior di Johns Hopkins Centre for Health Security, Dr Amesh Adalja, “Soal penjagaan kesihatan individu termasuklah penjagaan pranatal adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.”

Jadi mungkin selepas ini temu janji pranatal anda akan berlangsung secara maya, jangan terkejut, okay? Sekurang-kurangnya anda masih boleh melakukan pemeriksaan rutin dan dalam masa yang sama mencegah sebarang risiko jangkitan coronavirus.

Artikel berkaitan:

Berdepan keadaan kritikal

Sememangnya, sepanjang tempoh penularan wabak jangkitan COVID-19 ini, anda dinasihatkan untuk membataskan segala pergerakan yang tidak mustahak. Begitu juga dengan pemeriksaan bagi ibu hamil, tundakan terlebih dahulu.

Tetapi bagaimana jika ibu yang sedang mengandung berdepan situasi kritikal seperti muntah, pendarahan kontraksi, kesakitan yang teruk pada bahagian perut, air ketuban pecah, tekanan darah tinggi atau tidak berasa pergerakan janin?

Jika keadaan itu dialami, sudah tentu anda perlu segera melakukan pemeriksaan. Sebaiknya, elakkan daripada terus menerjah, hubungi pihak hospital atau klinik terlebih dahulu bagi mengetahui protokol yang perlu anda patuhi.

Elak jangkitan ketika pemeriksaan pranatal

Bagaimana pula kalau ibu hamil tetap perlu hadir ke klinik untuk melakukan pemeriksaan? Tidak bahaya ke? Adakah risiko dijangkiti akan meningkat?

Sebenarnya, risiko untuk dijangkiti ada di mana-mana. Bukan hanya di klinik mahupun di hospital. Malahan jika anda ke stesen minyak juga, risiko untuk dijangkiti tetap wujud. Jadi apakah cara yang harus anda lakukan?

Sudah tentu pada akhirnya, ia berkisarkan aspek penjagaan kebersihan diri. Anda perlu mempraktikkan tabiat mencuci tangan dengan lebih kerap dan mengamalkan jarak sosial selamat ketika bersama individu lain mahupun berada di tempat awam.

Ketika hari pemeriksaan, jika perlu anda boleh menghubungi pihak klinik dan bertanyakan sama ada anda dibenarkan menunggu di ruang menunggu klinik atau menanti di kereta sehingga tiba giliran anda.

ibu hamil

Artikel berkaitan:

Elakkan menyentuh muka

Ketika menantikan giliran anda untuk temu janji pemeriksaan, anda sangat disarankan untuk mengelak daripada menyentuh muka. Ini kerana tindakan tersebut akan menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Ini disebabkan anda tidak tahu sepanjang berada di klinik, anda mungkin menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus COVID-19 atau melakukan kontak dengan individu dijangkiti wabak ini.

Apabila tiba di rumah selepas selesai temu janji pemeriksaan, pastikan anda mencuci tangan menggunakan sabun dan air, untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 saat.

[mc4wp_form id=”115319″]

Penjagaan diri ibu hamil

Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini, berikut adalah beberapa saranan penjagaan kesihatan yang boleh diikuti ibu mengandung:

pemeriksaan-pranatal-ketika-covid-19-teruskan-atau-tunda

  • Sudah tentu, paling utama untuk kerap mencuci tangan dengan sabun dan air. Jika tidak, penggunaan gel pembersih tangan dengan kandungan 60% alkohol turut boleh membantu
  • Mengamalkan pemakanan bernutrisi, seimbang serta tinggi vitamin
  • #StayAtHome. Hindari untuk keluar rumah jika tidak perlu. Sekiranya terpaksa keluar, pastikan memakai topeng muka dan pakaian tertutup. Mandi dengan segera selepas pulang ke rumah
  • Elakkan sebarang kontak dengan individu tidak sihat, walaupun bukan dengan individu kes yang disyaki (PUI)
  • Bersihkan bahagian dalam kediaman serta permukaan barangan di rumah yang sering disentuh dengan kerap

Kalau tidak sihat walaupun tidak membabitkan simptom coronavirus, lakukanlah kuarantin diri di rumah. Ia boleh membantu mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan. Bersama kita mencegah jangkitan COVID-19.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 18/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung