Kegatalan atau kerengsaan yang dirasakan pada mana-mana sahaja bahagian badan sudah tentu akan menyebabkan ketidakselesaan. Apatah lagi jika mengalami faraj gatal, kan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Kegatalan atau kerengsaan yang dirasakan pada mana-mana sahaja bahagian badan sudah tentu akan menyebabkan ketidakselesaan. Apatah lagi jika mengalami faraj gatal, kan?
Rasa gatal di kawasan yang sensitif seperti bibir dan vulva (labia, kelentit, dan pembukaan faraj), boleh jadi sangat menjengkelkan!
Selalunya, rasa gatal dan kerengsaan di alat kelamin atau kawasan sekitarnya tidak begitu menjadi perhatian utama.
Pun begitu, anda perlu rujuk doktor atau pakar sakit puan sekiranya kegatalan yang dihadapi menjadi teruk hingga mengganggu rutin harian!
Simptom dan rawatannya pula bergantung pada pemicu yang spesifik.
Ikuti perkongsian ini untuk merungkai masalah ini dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Untuk makluman pembaca, ada beberapa pemicu faraj gatal, seperti:
Jadi, apakah pilihan rawatan yang ada? Sila teruskan pembacaan, okey?
Sebaik sahaja doktor anda berjaya mengenal pasti penyebab masalah ini yang dihadapi, mereka akan mengesyorkan pilihan rawatan berdasarkan pemicunya.
Kegatalan yang berkaitan dengan menopaus sering kali dirawat dengan krim estrogen, tablet, atau vaginal ring insert.
Jangkitan kulat anda dengan mudahnya boleh dirawat menggunakan ubat antikulat!
Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuk krim, salap, atau pil, dengan preskripsi doktor mahupun dibeli di kaunter (OTC).
Walakin begitu, jika doktor tidak pernah mendiagnosis anda dengan jangkitan kulat, pastikan untuk rujuk doktor/pakar sakit puan sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan ya!
Doktor sering kali merawat BV dengan antibiotik. Rawatan ini boleh diambil dalam bentuk oral dimakan (pil) atau topikal disapu (krim) untuk dimasukkan ke dalam faraj.
Walau apa pun jenis rawatan yang digunakan, pastikan untuk sentiasa mematuhi arahan doktor dan menghabiskan ubat seperti diarahkan.
STD selalunya boleh diubati menggunakan antibiotik, antivirus, atau antiparasit.
Anda juga perlu mengambil ubat secara berkala dan mengelakkan sebarang hubungan seksual sehingga jangkitan atau penyakit dihadapi disahkan sembuh.
Jenis gatal-gatal dan kerengsaan vagina yang lain selalunya menghilang dengan sendiri.
Sementara itu, anda boleh sapukan krim steroid atau losen untuk mengurangkan keradangan dan meredakan ketidakselesaan.
Namun, anda harus mengehadkan jumlah aplikasi yang digunakan kerana khuatir boleh mengakibatkan kerengsaan dan kegatalan kronik jika dipakai secara berlebihan.
Selain rawatan perubatan, kalian juga boleh mencuba beberapa remedi di rumah untuk mencegah dan merawat kerengsaan faraj, antaranya:
Namun, jika wanita masih risau punca kemaluan gatal, lebih baik berjumpa doktor.
Doktor akan dapat bantu mengesahkan sama ada gejala anda perlu dirisaukan atau sebaliknya.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen