backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sakit Faraj Jangan Dibiarkan! Boleh Jadi Tanda Penyakit, Ini 5 Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/11/2022

    Sakit Faraj Jangan Dibiarkan! Boleh Jadi Tanda Penyakit, Ini 5 Puncanya!

    Apabila alami vagina sakit, rutin harian kita juga secara tidak langsung akan terjejas!

    Malangnya, masalah ini boleh menimpa mana-mana wanita tanpa sebarang pengecualian.

    Pun begitu, apa sebenarnya pemicu di sebalik Miss V sakit? Apa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya?

    Ingin tahu dengan lebih lanjut? Mari ikuti kupasan ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Vagina sakit

    Kesakitan pada faraj atau organ kelamin luaran wanita (vulva; yang merangkumi labia, klitoris dan saluran ke faraj) paling kerap berpunca daripada jangkitan.

    Vaginitis pula adalah istilah lain untuk jangkitan pada faraj.

    Jangkitan kulat (Candida) adalah sejenis bentuk vaginitis yang juga acap kali menimpa kaum Hawa.

    Selain itu, kesakitan pada faraj boleh diakibatkan kecederaan atau trauma pada vagina atau vulva.

    Kesakitan Miss V ketika bersama pula digelar dispareunia dan istilah perubatan untuk vagina sakit adalah vulvodynia.

    Sakit pada faraj, apa simptom-simptomnya?

    vagina sakit

    Gejala spesifik berkaitan kesakitan dan ketidakselesaan faraj adalah berbeza-beza, bergantung juga pada penyebabnya.

    Contohnya, vulvar vestibulitis adalah kondisi yang mengakibatkan kesakitan hanya apabila berlakunya tekanan pada faraj.

    Sebaliknya, vulvodynia adalah kondisi yang menyebabkan kesakitan faraj yang kronik secara berterusan!

    Bergantung pada masalah dialami, anda mungkin melalui 1 atau lebih daripada gejala berikut:

    Sekiranya rasa sakit faraj disebabkan oleh jangkitan, anda mungkin bakal mengalami keputihan yang abnormal.

    Keputihan dialami mungkin kelihatan atau mengeluarkan bau yang berbeza daripada kebiasaan. Ia turut boleh menjadi indikasi kepada jangkitan yis atau bakteria.

    Punca-punca Miss V sakit

    vagina sakit

    Kesakitan pada faraj yang dialami mungkin hanya terhad pada kawasan vagina.

    Namun, ia juga boleh diakibatkan oleh masalah dari pelvis atau serviks anda.

    #1 Masalah lantai pelvis

    Ketidakselesaan pelvis boleh menjadikan hubungan seksual menyakitkan, disfungsi kencing serta usus.

    Apa yang boleh dibuat? Banyak faktor yang berupaya memicu kesakitan lantai pelvis, justeru dapatkan khidmat nasihat doktor untuk menentukan punca sebenar.

    Antara penyebab yang kerap terjadi merangkumi disfungsi lantai pelvis atau kekejangan levator, di mana otot-otot lantai pelvis menjadi kejang sebagai tindak balas terhadap jenis kesakitan yang lain.

    Di samping itu, pelvic congestion syndrome dan kerengsaan saraf pudendal (salah satu saraf utama di pelvis) juga boleh mengakibatkan sakit bahagian pelvis.

    Secara asasnya, dengan mengenal pasti corak kesakitan dan simptom dialami, ia dapat bantu doktor merawat anda dengan lebih baik!

    Baca juga:

  • Apakah yang Anda Perlu Tahu tentang Gangguan Lantai Pelvis
  • Pernah Jalani Pembedahan? Cuba Senaman Kuatkan Otot Pelvis, Baik Untuk Lelaki & Perempuan
  • #2 Vulvodynia

    Mana-mana wanita yang mengalami kondisi ini pasti akan berasa cukup sengsara!

    Doktor mungkin mendiagnosis vulvodynia jika anda mengalami kesakitan vulvar yang berlangsung sekurang-kurangnya 3 bulan.

    Bagaimana masalah vagina sakit ini berlaku? Malangnya, punca di sebalik kondisi ini masih menjadi tanda tanya.

    Kondisi itu turut menyebabkan hubungan seksual yang menyakitkan, berdenyut, sensasi terbakar, menyengat dan gatal-gatal.

    Menurut Dr. Ob-Gyn Jessica Strasburg, Pengarah Perubatan Program Sakit Pelvis Kronik Cleveland Clinic, Vulvodynia juga boleh menjejaskan hidup pesakit kerana mereka sering elak persetubuhan dan punyai pilihan terhad untuk memakai seluar tertentu,

    Untuk meringankan simptom dialami, kalian boleh memakai pakaian yang lebih longgar dan seluar diperbuat daripada kapas tanpa jahitan.

    Pastikan juga untuk sentiasa menukar pakaian selepas bersenam serta gunakan lidocaine topikal untuk redakan kesakitan semasa bersama.

    #3 Sista Bartholin

    Sista-sista sering terbentuk apabila kelenjar Bartholin, yang bertanggungjawab untuk pelinciran faraj tersumbat.

    Benjolan pada bukaan faraj ini boleh mengandungi nanah dan jadi menyakitkan dengan jangkitan.

    Anda juga mungkin bakal merasai kesakitan ketika melakukan perbuatan berikut; duduk, berjalan atau melakukan hubungan seks.

    Jadi, apa yang boleh kalian lakukan untuk melegakan vagina sakit?

    Cuba berendam di dalam mandian air suam untuk meredakan ketidakselesaan dialami.

    Juga, pastikan untuk menemui doktor sekiranya alami rasa sakit yang berterusan!

    Menurut Dr Strasburg lagi, pembedahan untuk pengeringan atau antibiotik mungkin diperlukan.

    #4 Jangkitan

    vagina sakit

    Kedua-dua jangkitan kulat/yis dan herpes genital merupakan kondisi vulva, yang boleh menyebabkan vagina sakit.

    Jangkitan yis turut berpotensi memicu pembengkakan, gatal-gatal dan kesakitan, terutamanya semasa berhubungan seks atau membuang air kecil.

    Jangkitan herpes pula mampu menyebabkan luka yang parah dan sakit. Ia boleh bertambah teruk apabila berlaku kontak dengan air kencing!

    Penyakit kelamin (STD) lain, termasuk gonorea, klamidia dan trikomoniasis juga boleh mengakibatkan vagina sakit, gatal dan sensasi terbakar.

    Syukurlah, dalam kebanyakan kes, jangkitan yis mudah dirawat dengan ubat antikulat di kaunter. Namun, temui doktor sekiranya masalah itu berlanjutan.

    Berbeza bagi penyakit kelamin, ia mungkin memerlukan ubat preskripsi.

    Jika anda didiagnosis menghidap STD, pasangan juga harus melakukan ujian dan menjalani rawatan untuk mencegah jangkitan berulang.

    #5 Endometriosis

    Kondisi ini didiagnosis apabila lapisan rahim (endometrium) pesakit tumbuh di luar rahim.

    Kondisi ini bukan sahaja menyebabkan haid yang menyakitkan, malah hubungan seks juga boleh jadi menyeksakan!

    Lebih parah, endometriosis berisiko mengakibatkan kemandulan. Gejala-gejala lain turut merangkumi:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan