backup og meta

4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Buat, Jika Tidak Nyawa Boleh Terancam!

4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Buat, Jika Tidak Nyawa Boleh Terancam!

Tip kesihatan wanita sering menjadi fokus perbincangan utama menjelang 8 Mac yang merupakan Hari Wanita Sedunia.

Walaupun ia tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai jenis upacara yang diadakan bagi memperakukan peranan wanita dalam kehidupan seharian.

Bagi memastikan kebajikan mereka terjaga secara menyeluruh, penting untuk kita turut memberikan tumpuan kepada prioriti kesejahteraan dengan petua dalaman wanita ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

#1 Galakkan wanita menjalani ujian saringan kanser serviks

Tidak lengkap tip kesihatan wanita jika ia tidak melibatkan ujian saringan kanser serviks.

Ia merupakan kanser ketiga terlazim di Malaysia dan boleh dianggap sebagai barah termudah dalam kalangan kanser wanita. Ia boleh dihindari melalui ujian pap smear, vaksin HPV dan rawatan susulan.

tip kesihatan wanita

Pap smear adalah prosedur yang dijalankan bagi mengenal pasti perubahan pra kanser (perubahan sel serviks). Ia berpotensi untuk menjadi kanser jika tidak dirawat dengan sebaiknya.

Bagi mereka yang berusia di antara 21 hingga 65 tahun, doktor lazimnya akan menyarankan ujian pap smear dibuat setiap 3 tahun.

Namun jika anda mempunyai faktor risiko masalah kesihatan kanser, ia mungkin akan dijadualkan lebih kerap:

  1. Pernah didiagnosis dengan masalah kanser serviks atau pap smear menunjukkan perubahan pra kanser.
  2. Terdedah kepada diethylstilbestrol (DES) semasa di dalam kandungan.
  3. Didiagnosis dengan jangkitan HIV.
  4. Mempunyai sistem imun yang lemah berikutan prosedur pemindahan organ, terapi kemo atau penggunaan ubat steroid secara kronik.
  5. Tabiat merokok atau pernah merokok.

Jadi, salah satu daripada tip kesihatan wanita yang penting adalah dengan mengambil ujian virus papilloma (HPV) bagi mengesan aktiviti virus tersebut.

Ia boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan, mencetus perubahan sel serviks dan menyebabkan masalah kanser serviks.

#2 Jangan lupa pula kanser payudara, buat ujian mamogram

Kanser payudara adalah kanser terlazim yang didiagnosis dalam kalangan wanita di Malaysia. 

Dianggarkan 1 dalam kalangan 19 wanita berisiko mengalami masalah kesihatan ini. Jika mahu dilihat pada konteks yang lebih luas, lebih daripada 1 juta wanita di seluruh dunia didiagnosis dengan masalah ini setiap tahun.

Keadaan kesihatan ini juga merupakan kanser kedua dengan kadar kematian tertinggi selepas kanser paru-paru.

tip kesihatan wanita

Ujian pemeriksaan dan pengesanan awal boleh membantu pesakit wanita untuk mengesan masalah kanser ini lebih awal dan rawatan susulan boleh dijalankan.

Namun, bukan mudah untuk kita menggalakkan mereka yang berisiko untuk turut menjalani ujian saringan mamogram atau ujian lain seperti yang disarankan oleh doktor.

Akibatnya, hampir 40% kes kanser payudara baharu didiagnosis ketika mereka berada pada tahap lewat.

Bagi memperkuatkan tip kesihatan wanita, wajar untuk kita menggalakkan kaum Hawa ini untuk menjalani saringan kanser mengikut apa yang disarankan oleh doktor.

#3 Pastikan wanita ambil semua jenis vaksin yang disarankan

Termasuk dalam tip kesihatan wanita, anda juga perlu peka terhadap jenis vaksin yang disarankan semasa berada di tempat kediaman masing-masing.

Keperluan vaksin boleh berubah jika anda ingin bergerak pergi ke negara lain bagi menghindari jangkitan endemik yang boleh mengancam nyawa.

Jadi, lebih selamat sekiranya anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Bagus jika buat 6 minggu sebelumnya untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan vaksin.

Anda juga boleh membincangkan isu kesihatan lain seperti bekalan air bersih, nyamuk dan langkah pencegahan bagi penyakit seperti cirit-birit sekiranya anda hendak ke lokasi berkaitan.

#4 Senaman dan diet juga sangat penting bagi kaum Hawa

tip kesihatan wanita

Amalan pemakanan sihat dan fokus untuk mencapai berat ideal boleh melindungi anda daripada penyakit kronik. Ia termasuk kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.

Lemak berlebihan terutamanya pada kawasan abdomen boleh menyukarkan kerja jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan dan meningkatkan risiko anda untuk mengalami masalah diabetes.

Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan, tip kesihatan wanita lain adalah dengan penurunan berat sekitar 5 hingga 10% berat badan untuk menyebabkan perubahan ketara pada paras gula dan tekanan darah.

  1. Pastikan anda minum air secukupnya dan bersenam secara berkala.
  2. Mungkin sukar bagi anda untuk mencari masa. Namun demi kesihatan, luangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam.
  3. Ambil makanan berkhasiat. Tambah masuk makanan berserat, bijirin, lemak tidak tepu dan sumber protein yang bagus seperti kekacang, ikan dan sebagainya.
  4. Elakkan makanan berproses, tinggi garam, karbohidrat yang dicerna dengan cepat seperti roti putih, nasi putih dan minuman bergula.
  5. Elakkan daripada mengambil bahan tembakau dan ambil alkohol secara bersederhana.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cervical Cancer Screening, https://www.acog.org/womens-health/faqs/cervical-cancer-screening, Accessed Mar 4 2021.
  2. Breast Cancer Screening & Early Detection, https://www.komen.org/breast-cancer/screening/, Accessed Mar 4 2021.
  3. Gender and immunisation, https://www.gavi.org/our-alliance/strategy/gender-and-immunisation, Accessed Mar 4 2021.
  4. Healthy Eating and Diet Tips for Women, https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/diet-and-nutrition-tips-for-women.htm, Accessed Mar 4 2021.
  5. What Women Should Know at All Ages to Keep Healthy, https://www.loyolamedicine.org/about-us/blog/womens-health-tips-all-ages, Accessed Mar 4 2021.

Versi Terbaru

05/09/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 11 Punca Faraj Selalu Pedih, Ada Yang Disebabkan Jangkitan & Sakit Kelamin!

Ada 6 Punca Kenapa Keputihan Berwarna Coklat, Ia Bukanlah Sebab Hamil Sahaja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 05/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan