backup og meta

Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik. Jom Belajar!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik. Jom Belajar!

    Epidemiologi ialah salah satu dari cabang yang terpenting dalam bidang kesihatan awam.

    Ia mengkaji tentang distribusi (kekerapan, pola) dan penentu (punca, faktor risiko) keadaan berkaitan dengan kesihatan dalam populasi tertentu (sekolah, bandar, negara, global).

    Epidemiologi penting dalam mencari punca sesuatu penyakit (terutamanya penyakit berjangkit) serta langkah pengawalannya dalam komuniti di mana individu dan komuniti dilihat secara kolektif.

    Maksud epidemiologi – endemik, epidemik, dan pandemik adalah antara istilah utama yang sering digunakan dalam bidang ini.

    Mari lihat apakah yang dimaksudkan dengan setiap istilah tersebut.

    Endemik – kehadiran sesuatu penyakit atau agen pembawa penyakit secara kekal di satu tempat

    denggi

    Contohnya di Malaysia, demam denggi merupakan penyakit endemik di negara ini termasuk negara-negara lain yang beriklim tropikal seperti Indonesia, Brazil, dan Pakistan.

    Apabila sesuatu penyakit endemik di kawasan tersebut, ia bermakna bahawa penyakit tersebut wujud sepanjang tahun kerana terdapat agen, pembawa agen, serta faktor lain yang mengundang penyebaran penyakit tersebut.

    Selain demam denggi, penyakit endemik lain di Malaysia ialah demam malaria, hepatitis A, dan demam typhoid.

    Epidemik – pertambahan bilangan kes di sesuatu kawasan secara tiba-tiba

    Selain epidemik, istilah wabak (outbreak) juga digunakan tetapi kebiasaannya lebih merujuk kepada satu populasi atau kawasan yang lebih kecil.

    Contohnya, wabak demam campak di sebuah sekolah tertentu.

    Antara epidemik paling besar berlaku di Malaysia ialah penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) pada pertengahan tahun ini.

    epidemik

    Lebih 50,000 kes telah dilaporkan dan banyak premis awam terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan penyakit.

    Epidemik sesuatu penyakit berlaku atas beberapa faktor seperti peningkatan bilangan atau kekuatan agen penyebab (virus, bakteria, parasit), penularan penyakit di satu kawasan buat kali pertama, dan peningkatan risiko populasi berkenaan.

    Pandemik – epidemik melibatkan kawasan lebih luas

    Jika epidemik berlaku dalam sebuah kawasan atau negara, pandemik pula lebih luas melibatkan beberapa negara, benua atau di seluruh dunia.

    HIV/AIDS ialah contoh penyakit pandemik paling bahaya melanda dunia.

    HIV

    Selain penyakit berjangkit, pandemik paling kritikal sedang dihadapi oleh dunia hari ini ialah penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, strok, dan kencing manis.

    Jadi, jika anda berjumpa dengan istilah yang disebutkan di atas selepas ini, sudah tentu ia akan lebih mudah untuk difahami oleh kita semua kerana sudah tahu maksud epidemiologi yang sebenar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan