backup og meta

Masalah Sembelit Selepas Menopaus Itu Normal? Wanita Sila Peka Dengan 3 Solusi Ini!

Masalah Sembelit Selepas Menopaus Itu Normal? Wanita Sila Peka Dengan 3 Solusi Ini!

Para wanita terutamanya pada yang sudah berusia, pernahkah anda mengalami masalah sembelit selepas menopaus?

Kondisi usus ini sebenarnya adalah sangat biasa berlaku kepada kaum Hawa, spesifiknya selepas menopaus atau sekitar fasa perimenopause.

Tambahan pula, perubahan hormon juga menyumbang kepada kondisi ini.

Melalui mekanisme yang kompleks, perubahan hormon boleh memperburukkan lagi masalah sembelit.

Juga, seiring bertambahnya usia, kemungkinan besar kita akan mengalami masalah kesihatan lain yang memerlukan pengambilan ubat.

Justeru, bergantung pada jenis ubat, ia mampu membuatkan usus sukar untuk membuang najis.

Terdapat juga kemungkinan segelintir individu menjadi kurang aktif dengan peningkatan usia, dan boleh menyebabkan beberapa kondisi seperti arthritis dan lain-lain, yang berpotensi menyebabkan sembelit.

Maka, tidak menghairankan apabila masalah sembelit selepas menopaus itu berlaku angkara faktor usia yang meningkat!

Kaitan antara masalah sembelit & menopaus

Menopaus berlaku apabila kitaran haid seseorang wanita telah berakhir sekurang-kurangnya setahun dan ditentukan oleh penurunan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.

Hormon ini mempengaruhi banyak bahagian badan, termasuk saluran pencernaan.

Akibat penurunan hormon ini, sebilangan wanita dalam fasa pasca menopaus boleh mengalami sembelit.

Ini kerana hormon estrogen bertanggungjawab untuk banyak perkara termasuk dalam memastikan tahap kortisol yang rendah.

Kortisol adalah hormon yang berkaitan dengan tekanan. Apabila tahap estrogen menurun, kadar kortisol akan meningkat.

masalah sembelit selepas menopaus

Justeru, ia akan melambatkan proses pencernaan, memakan masa yang lebih lama untuk menghadam makanan, lalu membuatkan najis lebih sukar untuk ‘dilepaskan.’

Selain itu, hormon progesteron yang terlalu rendah boleh menyebabkan kolon menjadi perlahan.

Semakin lama sisa makanan kekal di usus, semakin kering najis anda.

Najis juga cenderung untuk menjadi kering apabila tahap estrogen dan progesteron rendah.

Sebilangan wanita pasca menopaus juga mempunyai otot lantai pinggul yang lemah, yang boleh menyukarkan proses pembuangan najis, lebih-lebih lagi apabila najis menjadi kering dan keras.

Apakah pilihan rawatan untuk sembelit?

Kepada para wanita yang mengalami masalah sembelit selepas menopaus, usah risau kerana terdapat pelbagai cara untuk merawat kondisi ini termasuk:

#1 Perubahan diet

Makan makanan berserat tinggi dan minum air dengan mencukupi mampu membantu mempercepatkan proses pencernaan.

Cuba ganti makanan yang biasanya anda makan dengan pilihan berserat tinggi, dan lihat apa perubahan yang bakal dialami.

Beberapa makanan berserat tinggi yang bagus termasuk:

  • Biji-bijian seperti beras perang
  • Buah-buahan seperti raspberi, pir, dan epal
  • Sayur-sayuran seperti kacang polong dan brokoli
  • Kekacang seperti lentil

masalah sembelit selepas menopaus

#2 Pengambilan ubat

Terdapat sebilangan besar ubat-ubatan over-the-counter (OTC) dan yang dipreskripsi berfungsi untuk mengurangkan masalah sembelit.

Oleh itu, pastikan anda bercakap dengan doktor terlebih dahulu untuk menentukan ubatan mana yang mungkin bersesuaian.

Doktor juga akan memberikan anda panduan mengenai berapa lama masa dan waktu pengambilan yang paling berkesan.

Antara senarai ubatan yang mungkin disarankan adalah:

  • Ubat pelembut najis (laksatif )
  • Osmotic laxatives (polyethylene glycol)
  • Bulk-forming laxatives
  • Makanan tambahan berserat
  • Pelincir seperti glycerin suppositories
  • Ubat preskripsi seperti laktulosa (Enulose, Kristalose), linaclotide (Linzess), dan lubiprostone (Amitiza)
  • Terapi penggantian hormon, tidak secara khusus digunakan sebagai rawatan sembelit, tetapi dapat membantu mengurangkannya dan gejala-gejala lain

Anda boleh bermula dengan mengambil polyethylene glycol dalam jumlah kecil setiap hari, atau seperti yang diperlukan setiap beberapa hari untuk membantu proses pembuangan air besar.

Sekiranya ubat-ubatan di atas masih tidak berkesan, dapatkan khidmat nasihat ahli gastroenterologi untuk membincangkan potensi ubatan lain yang mungkin lebih berkesan.

#3 Perubahan gaya hidup

Melakukan senaman setiap hari dapat membantu mengatur pergerakan usus dan mengurangkan masalah sembelit selepas menopaus.

Justeru, cuba lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal setiap hari. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi:

  • Berjalan
  • Berlari
  • Berenang
  • Menari
  • Berbasikal
  • Mendayung

Di samping itu, anda juga mampu mendapat manfaat daripada latihan lantai pinggul.

Ini kerana senaman sebegini dapat meningkatkan fungsi pundi kencing dan usus.

Bukan itu sahaja, senaman seperti Pilates dan Yoga seperti Malasana juga mampu menguatkan otot lantai pinggul anda.

masalah sembelit selepas menopaus

Bila masanya untuk anda bertemu doktor?

Sekiranya masalah sembelit selepas menopaus anda bertambah kronik atau tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan, berbincanglah dengan doktor.

Dapatkan rawatan perubatan lebih awal sekiranya tidak dapat buang air besar dalam jangka masa satu minggu atau jika sembelit anda disertai dengan simptom-simptom tambahan seperti:

  • Kesakitan
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Sukar melepaskan angin badan
  • Kekembungan

Gejala-gejala di atas mungkin merupakan petanda kepada kondisi kesihatan yang lebih serius seperti bowel obstruction (usus tersumbat).

Masalah sembelit selepas menopaus normal?

Ya, kami boleh kata bahawa masalah sembelit selepas menopaus itu adalah normal!

Ia mungkin disebabkan oleh penurunan kadar hormon seperti estrogen dan progesteron serta bertambah buruk kerana kondisi otot lantai pelvis yang lemah.

Tidak kira apapun penyebabnya, masalah sembelit seringkali dapat diatasi dengan perubahan diet dan senaman.

Beberapa jenis ubat-ubatan, yang kebanyakannya tidak memerlukan sebarang preskripsi juga boleh membantu.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What Will Help You With Constipation After Menopause?, https://health.clevelandclinic.org/what-really-works-for-your-constipation-after-menopause/, Accessed Apr 15 2021.
  2. Constipation and Menopause: Are You a No-Go?, https://www.healthywomen.org/content/article/constipation-and-menopause-are-you-no-go, Accessed Apr 15 2021.
  3. Coming to terms with constipation, https://www.health.harvard.edu/digestive-health/coming-to-terms-with-constipation, Accessed Apr 15 2021.
  4. Menopause and Constipation, https://www.sutterhealth.org/ask-an-expert/answers/menopause-constipation, Accessed Apr 15 2021.
  5. Menopause, https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/m/menopause.html, Accessed Apr 15 2021.

Versi Terbaru

16/05/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ada 3 Tahap Menopaus Wanita, Ketahui Bezanya Agar Anda Lebih Bersedia!

Umur Sudah Masuk 40-an? Wanita, Ini Ciri-ciri Haid Menjelang Menopaus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 16/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan