backup og meta

Period Lambat Lagi? Tenang Wahai Wanita, Ini Tempoh Normal Untuk Haid Lewat!

Terdapat banyak perkara boleh menjadi punca period datang lambat. Tetapi tempoh period paling lewat berapa hari ya untuk dianggap sebagai normal dan bukannya petanda kehamilan?

Period Lambat Lagi? Tenang Wahai Wanita, Ini Tempoh Normal Untuk Haid Lewat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Tempoh haid lewat

Purata kitaran haid berlangsung kira-kira 28 hari. Tetapi ia adalah perkara biasa untuk seorang wanita mengalami kitaran lebih pendek atau lebih lama daripada tempoh ini.

Ini bermakna kitaran haid wanita boleh menjadi antara tempoh 21 hingga 38 hari.

Pendarahan haid boleh berlangsung selama 3 hingga 8 hari dan ia cenderung paling banyak dalam tempoh 2 hari pertama.

Ia boleh mengambil masa beberapa bulan hingga tahun untuk mewujudkan kitaran normal selepas haid pertama.

Sesetengah wanita boleh mengalami kitaran haid tidak teratur, iaitu tempoh haid berbeza dari bulan ke bulan.

Menjejaki haid boleh membantu menentukan tempoh kitaran anda. Mengetahui tempoh jangkaan haid dapat membantu mengenal pasti jika haid lewat. 

Persoalannya tempoh period paling lewat berapa hari boleh dianggap normal?

Biasanya ramai wanita menganggap haid mereka lewat jika ia tidak bermula dalam masa 5 hari atau lebih selepas tarikh jangkaan.

Amnya, sukar untuk menentukan jangka masa tepat tentang apa yang dianggap haid lewat normal kerana perbezaan kitaran dalam kalangan wanita.

Sebagai contoh, jika haid sentiasa tepat pada masanya setiap bulan, maka period yang tidak datang dalam tempoh 2-3 hari dari masa jangkaan, akan dianggap lewat oleh individu tersebut.

Jika haid tidak teratur, selalu 2-3 hari lebih awal atau lambat, maka terlewat beberapa hari bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Period paling lewat berapa hari: Fahami kitaran haid

Tempoh haid lambat tanpa kehamilan adalah bergantung kepada keteraturan period anda.

period paling lewat berapa hari

Umumnya, jika haid lewat 1-2 hari, ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Sekiranya lewat 3 hari dan ia bukanlah keadaan normal, anda mungkin akan mulai berasa bimbang.

Seandainya lewat 5 hari, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan kerana ia boleh boleh menjadi punca period datang lambat.

Jika anda lewat period 7 hari tanpa simptom kehamilan, ia tidak bermakna anda mengandung – walaupun ia boleh berlaku.

Jika anda mengalami haid lambat dengan wujud tanda-tanda awal kehamilan, ia adalah petunjuk paling kukuh. Keadaan mungkin akan lebih berat kepada ‘hamil’ daripada ‘tidak hamil’.

Antara gejala awal yang boleh dikenal pasti termasuklah kekejangan, keletihan, payudara sensitif, kerap kencing, rasa loya dan/atau sakit, perubahan mood, rasa metalik di dalam mulut dan mengidam sesuatu makanan.

Period paling lewat berapa hari: Ini tempoh normal 

Jika haid lewat dan anda ada melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dalam tempoh terdekat, ia boleh menjadi tanda awal kehamilan. Melakukan ujian kehamilan dapat membantu mengesahkannya.

Tempoh period paling lewat berapa hari yang normal, bergantung pada kitaran haid. Hanya anda yang tahu apa yang normal dan tidak untuk diri.

period paling lewat berapa hari

Banyak kit kehamilan yang boleh anda beli di pasaran. Keputusannya cenderung tepat jika anda mengikut arahan pada label dengan betul.

Namun jika dilakukan terlalu awal, hasil keputusannya mungkin tidak boleh dipercayai.

Masa terbaik untuk melakukan ujian kehamilan adalah seminggu selepas terlepas tarikh jangkaan haid.

Ini kerana tubuh mengambil masa seminggu atau lebih untuk membangunkan tahap hCG (Human chorionic gonadotrophin) – hormon yang dihasilkan plasenta semasa kehamilan awal.

Jika hasilnya negatif, tetapi anda berasakan diri hamil, ulang semula ujian kehamilan selepas beberapa hari. Sekiranya keputusan positif, lakukan pemeriksaan doktor untuk mengesahkan kehamilan anda.

Walau bagaimanapun, terdapat punca period datang lambat lain selain kehamilan. Antara penyebab biasa adalah perimenopause dan ketidakseimbangan hormon berpunca daripada keadaan perubatan seperti tiroid, PCOS atau diabetes.

Anda perlu berjumpa doktor jika tidak hamil, ujian kehamilan negatif dan terlepas haid lebih daripada 3 kali berturut-turut. 

Doktor boleh melakukan diagnosis dengan betul untuk mengenal pasti punca dan memberikan pilihan rawatan bersesuaian.

period paling lewat berapa hari

Konklusi 

Walaupun anda mengalami tempoh period paling lewat beberapa hari, cuba untuk tidak terlalu risau. Tekanan berlebihan boleh menjejaskan hormon dan kitaran haid.

Terdapat banyak punca period datang lambat seperti haid tidak teratur, perubahan berat badan, jangkitan, keadaan perubatan dan peralihan fasa perimenopause.

Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan berkaitan haid, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How Late Can A Period Be Before You Should Start To Worry? https://www.chemistclick.co.uk/news/how-late-can-a-period-be-before-you-should-start-to-worry. Accessed on Sept 4, 2023.
  2. 8 Reasons Why Your Period Is Late. https://health.clevelandclinic.org/why-is-my-period-late/. Accessed on Sept 4, 2023.
  3. How Late Can a Period Be? https://unplannedparenthood.org/how-late-can-your-period-be/. Accessed on Sept 4, 2023.
  4. How Late Can a Period Be Without Being Pregnant? https://flo.health/getting-pregnant/trying-to-conceive/signs-of-pregnancy/how-late-can-a-period-be-without-being-pregnant. Accessed on Sept 4, 2023.
  5. Menstrual Period – Missed or Late. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/menstrual-period-missed-or-late/. Accessed on Sept 4, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Wanita Tahu Tak, Ada Cara Nak Bagi Period Datang Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat!

Haid Dua Kali Sebulan? Ini 4 Punca Paling Lazim Berlaku Pada Wanita


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan