home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ibu Mengidam Makanan Manis, Itu Tandanya Hamil Anak Perempuan, Boleh Percaya Ke?

Ibu Mengidam Makanan Manis, Itu Tandanya Hamil Anak Perempuan, Boleh Percaya Ke?

Setiap orang pasti ada melalui fasa mengidam dalam hidup mereka. Ada ketikanya, kita akan rasa ‘teringin’ makan sesuatu jenis makanan.

Walau bagaimanapun, mengidam untuk wanita hamil adalah berbeza. Ada yang sampai menangis atau tiada mood disebabkan tidak mendapat makanan yang diidamkan semasa hamil.

Mengidam sesuatu jenis makanan tertentu juga turut dikaitkan dengan jantina bayi, ini mengikut kepercayaan orang dulu-dulu.

Jika si ibu mengidam makan manis, ini bermakna dia akan mendapat bayi perempuan, sementara jika isteri mengidam makanan masam, ini bermakna dia akan mendapat bayi lelaki.

Mengapa wanita hamil mengidam?

mengidam

Mengidam adalah salah satu tanda-tanda awal kehamilan. Ada ibu hamil yang mengidam semasa awal kehamilan, malah ada juga yang mengidam selepas mendapat tahu akan kehamilan dirinya.

Lazimnya, mengidam dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku kepada tubuh wanita hamil, namun tiada sebarang data yang menyokong teori ini.

Malahan, terdapat pelbagai teori menarik lain yang mengaitkan mengidam dengan wanita hamil.

Teori 1: Perubahan hormon dipercayai dapat mengubah rasa dan bau, menjadikan wanita hamil teringin untuk makan sesetengah jenis makanan, ada kalanya makanan yang tidak biasa dimakan.

Teori 2: Kekurangan nutrisi dalam badan menyebabkan wanita hamil mengidam makanan yang kaya dengan mikronutrien, yang kurang dalam diet mereka seperti zink, vitamin A dan zat besi.

Teori 3: Molekul tertentu dalam makanan membawa kepada mengidam bagi wanita hamil.

Teori 4: Pengaruh kebudayaan dan faktor psikologi memainkan peranan yang menyebabkan isteri mengidam sesuatu jenis makanan.

Bagaimanapun, simptom mengidam makanan semasa hamil adalah normal. Ini juga bergantung kepada individu, kerana ada juga wanita hamil yang tidak berasa mengidam apa-apa sepanjang kehamilan mereka.

Makanan yang lazim isteri mengidam semasa hamil

makanan manis

Biasanya, wanita hamil akan mengidam makanan seperti:

  • Makanan manis: Coklat, gula, kek
  • Makanan karbohidrat berkalori tinggi: Piza, kerepek
  • Protein haiwan: Stik, ayam
  • Buah-buahan
  • Tenusu berkalori tinggi: Keju, krim masam

Antara makanan lain yang wanita mengidam semasa hamil ialah jeruk dan aiskrim.

Anda mungkin berminat:

Nak makan makanan manis

Sesetengah individu percaya bahawa mengidam semasa hamil adalah disebabkan oleh jantina bayi dalam kandungan.

Contohnya, anda akan mengidam makan makanan manis atau produk tenusu jika anda sedang mengandungkan bayi perempuan.

Sementara itu, jika anda mengidam makan makanan masam, masin, pedas atau makanan kaya-protein, anda dikatakan sedang hamil anak lelaki. Pun begitu, tiada sebarang bukti saintifik yang mengaitkan mengidam sesuatu jenis makanan dengan jantina bayi.

Bagi menangani rasa mengidam makan manis, wanita hamil disarankan untuk menukar rasa mengidam mereka dengan menggantikan makanan manis tersebut kepada yang lebih sihat, seperti jika anda mengidam makan aiskrim, carilah yogurt beku rendah-lemak untuk menghilangkan rasa mengidam anda.

isteri mengidam

Mengidam makan manis juga kadangkala disebabkan oleh penurunan gula darah, jadi anda boleh makan dalam kuantiti yang sedikit.

Selain itu, pengambilan hidangan yang kerap juga membantu ‘melawan’ rasa mengidam anda terhadap makanan manis terutamanya pemanis mulut.

Cara lain bagi mengawal mengidam makanan yang tidak sihat adalah:

  • Ambil sarapan pagi setiap hari. Dengan melangkau sarapan pagi boleh membuatkan rasa mengidam anda semakin bertambah teruk.
  • Dapatkan senaman yang cukup.
  • Pastikan anda mendapat pelbagai sokongan emosi.

Jika anda mengidam dan makan keterlaluan sesuatu jenis makanan, dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang rasa mengidam anda ini.

Doktor akan melakukan ujian darah ringkas untuk mengetahui sama ada anda mengalami sebarang kekurangan nutrisi.

Dan, doktor juga akan membantu anda mencari cara untuk menangani simptom mengidam anda, dalam masa yang sama mengamalkan diet sihat.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Orloff, N. C., & Hormes, J. M. (2014). Pickles and ice cream! Food cravings in pregnancy: hypotheses, preliminary evidence, and directions for future research. Frontiers in psychology, 5, 1076.
  2. Weigel, M. M., Coe, K., Castro, N. P., Caiza, M. E., Tello, N., & Reyes, M. (2011). Food aversions and cravings during early pregnancy: association with nausea and vomiting. Ecology of food and nutrition50(3), 197-214.
  3. Weingarten, H. P., & Elston, D. (1990). The phenomenology of food cravings. Appetite, 15(3), 231-246.
  4. ACOG. 2014. Committee opinion 533: Lead screening during pregnancy and lactation. American College of Obstetricians and Gynecologists. http://www.acog.org/-/media/Committee-Opinions/Committee-on-Obstetric-Practice/co533.pdf
  5. March of Dimes. 2012. Cravings during pregnancy. http://www.marchofdimes.org/pregnancy/cravings-during-pregnancy.aspx#
  6. MedlinePlus. 2014. Eating right during pregnancy. U.S. National Library of Medicine. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/patientinstructions/000584.htm
  7. Orloff N, Holmes J. 2014. Pickles and ice cream! Food cravings in pregnancy: hypotheses, preliminary evidence, and directions for future research. Frontiers in Psychology 5:1076. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4172095/
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 27/09/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri