backup og meta

Isteri Menolak Untuk Bersama? Cik Abang, Kenal Pasti 5 Tanda 'Orang Rumah' Mati Putik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/06/2023

    Isteri Menolak Untuk Bersama? Cik Abang, Kenal Pasti 5 Tanda 'Orang Rumah' Mati Putik!

    “Keinginan saya untuk melakukan seks telah berkurangan sejak anak lahir. Saya pernah membaca mengenai mati putik wanita di laman sosial. Adakah ia sesuatu yang normal atau ini adalah tanda2 perempuan mati putik?”

    Bagi wanita yang mempunyai persoalan seperti di atas, mungkin benar, anda sedang mengalami simptom mati putik wanita.

    Namun, apakah maksud mati putik? Mati putik merupakan satu kondisi yang membuatkan wanita tidak ingin melakukan hubungan seks dan rasa lesu sepanjang masa selepas melahirkan anak.

    Manakan tidak, wanita yang baru sahaja bersalin bukan sahaja perlu menjaga bayi baru lahir, tetapi hormon dalam badan mereka juga sedang melalui perubahan yang besar.

    Jangan lupa, ibu yang baru bersalin juga perlukan masa untuk betul-betul sembuh sebelum kembali melakukan hubungan seks dengan suami. Proses penyembuhan ini juga boleh mengambil masa selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.

    Jadi, tidak peliklah jika wanita enggan disentuh selepas bersalin. Ada juga wanita yang perlu menahan sakit selepas bersalin hinggakan mereka tidak mampu atau tidak bersedia untuk melakukan hubungan seks.

    Walau bagaimanapun, jangan risau. Bagi wanita yang mempunyai tanda-tanda mati putik, keinginan anda untuk kembali bermesra dengan suami pasti akan menjadi normal setelah anda benar-benar sembuh. Jangan lupa untuk jaga diri sendiri dan lakukan ‘self-care’!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apakah tanda2 perempuan mati putik?

    tanda2 perempuan mati putik

    Sebenarnya, masalah mati putik dalam kalangan wanita selepas bersalin merupakan satu perkara yang normal. Selalunya, tanda2 perempuan mati putik ialah:

    1. Kurangnya keinginan seksual.
    2. Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
    3. Tidak mempunyai nafsu untuk melakukan seks.
    4. Vagina rasa kering, terlalu ketat atau terlalu longgar.
    5. Masalah untuk mencapai orgasme.

    Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam BJOG: An International Journal of Obstetrics & Gynaecology, 83% ibu yang baru pertama kali melahirkan anak mengalami masalah seksual pada 3 bulan pertama. Malah, 2/3 daripadanya masih lagi mengalami masalah yang sama 6 bulan kemudian.

    Selalunya, kekerapan seks akan berkurangan apabila wanita semakin sarat mengandung. Bagi kebanyakan wanita, keinginan untuk melakukan seks akan datang secara perlahan-lahan selepas setahun melahirkan anak.

    Baca juga:

    Punca wanita alami masalah mati putik

    tanda2 perempuan mati putik

    Selalunya, ada banyak lagi punca yang menyebabkan mati putik wanita. Malah, untuk memastikan hubungan antara suami isteri sentiasa intim, ada banyak faktor yang memainkan peranan.

    Jika anda mempunyai masalah ini atau sedang menunjukkan tanda2 perempuan mati putik, ketahuilah bukan kehamilan dan proses melahirkan anak sahaja yang menjadi punca.

    Antara punca lain libido menjadi rendah selepas kelahiran anak ialah:

    1. Mengalami kesakitan fizikal

    Penyakit, perubahan fizikal dan pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan libido wanita menjadi rendah.

    Malah, wanita juga boleh menjadi penat ketika menjaga anak-anak. Semua ini memainkan peranan dalam memupuk keinginan seks wanita.

    Bukan itu sahaja, kehamilan dan proses penyusuan boleh menyebabkan hormon dalam badan wanita berubah.

    Mereka akan rasa sangat penat dan mungkin tertekan dengan tanggungjawab baharu yang digalas. Jadi, melakukan hubungan seks mungkin merupakan perkara yang terakhir bermain di fikiran ibu mengandung.

    2. Mempunyai masalah psikologikal

    Kesihatan minda kita juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh:

  • Masalah mental seperti gelisah dan depresi
  • Stres disebabkan masalah di tempat kerja atau masalah kewangan
  • Perubahan pada badan selepas bersalin menyebabkan wanita rasa tertekan dan rendah diri
  • Ada masalah atau kenangan pahit apabila melakukan hubungan seks dengan suami
  • Jika anda mempunyai tanda2 perempuan mati putik, cuba kenali apa punca masalah tersebut. Masalah kesihatan mental boleh diselesaikan dengan terapi atau pengambilan ubat-ubatan tertentu.

    3. Masalah rumah tangga

    tanda2 perempuan mati putik

    Untuk kebanyakan wanita, mereka perlu rasa dekat dan intim dengan suami masing-masing sebelum mampu melakukan hubungan seks yang hangat.

    Jadi, jika isteri nampak dingin dan tidak mahu melakukan seks, mungkin dalangnya adalah masalah hubungan yang anda alami. Cuba perhatikan sama ada:

    1. Timbul rasa jemu dan ‘tawar hati’ dengan pasangan.
    2. Sering bergaduh dan berbalah.
    3. Komunikasi yang teruk dan keinginan seksual yang tidak setara.
    4. Tidak mempercayai pasangan.

    Atasi tanda2 perempuan mati putik

    Sebagai pasangan suami dan isteri, apa yang boleh dilakukan jika isteri mula menunjukkan tanda2 perempuan mati putik?

    Jangan lupa, ada banyak lagi cara untuk menjadi intim antara suami dan isteri selain melakukan hubungan seks.

    Malah, anda dan pasangan juga boleh cuba ‘explorecara lain untuk menguatkan ikatan fizikal dan emosi masing-masing.

    Sebagai permulaan, pasangan ibu bapa boleh:

    1. Bersatu sebagai satu kumpulan. Lagipun, bukankah anda sudah berjanji akan sehidup semati? Jadi, cuba jadi satu ‘team’ dan jaga anak bersama-sama supaya isteri tidak terlalu letih dan terbeban.
    2. Berbincang dengan pasangan. Apa yang lebih penting, tidur atau hubungan seks?
    3. Cuba bercinta semula. Pelan janji temu atau percutian romantik hanya untuk anda berdua untuk rancakkan semula hubungan anda.
    4. Jangan lupa sentuhan manja. Wanita amat sukakan sentuhan yang manja. Jadi, jangan lupa peluk dan cium isteri setiap hari!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan