Fibroid, sejenis pertumbuhan di dalam rahim yang tidak lagi menjadi perkara asing dalam kalangan wanita. Mari kenali risiko fibroid dengan lebih terperinci!
Untuk makluman, ketumbuhan di dalam rahim ini terdiri daripada otot dan tisu berserat, serta punyai ukuran berbeza-beza. Mempunyai banyak nama, ia kadangkala dikenali sebagai myoma atau leiomyoma.
Pun begitu, kebanyakan wanita tidak menyedari mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Ciri utama yang perlu kalian tahu, fibroid kebanyakannya bersifat bukan kanser. Mari ketahui lebih lanjut mengenainya serta risiko pembedahan fibroid sekiranya anda ingin membuang ketulan ini dari badan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apakah simptom fibroid rahim?
Sebilangan besar fibroid tidak menyebabkan sebarang tanda, ia disebut sebagai fibroid tanpa gejala.
Ketumbuhan yang lebih besar pula boleh menyebabkan anda mengalami pelbagai simptom risiko fibroid, termasuk:
- Pendarahan haid yang berlebihan atau menyakitkan
- Pendarahan antara haid
- Kekembungan
- Kerap membuang air kecil (ini boleh berlaku apabila fibroid memberi tekanan pada pundi kencing)
- Sakit semasa melakukan hubungan seks
- Sakit belakang
- Sembelit
- Keputihan kronik
- Ketidakupayaan untuk membuang air kecil atau mengosongkan pundi kencing sepenuhnya
- Perut kelihatan buncit
Pun begitu, simptom fibroid rahim biasanya bersifat stabil atau hilang dengan sendiri setelah pesakit mengalami menopaus dek tahap hormon yang menurun di dalam badan.
Baca juga:
- Bahaya Jika Wanita Makan Kulit Ayam Goreng, Boleh Sebabkan Sista Ovari?
- Cyst Bukan Hanya Terbentuk Di Ovari, Tiub Fallopio Pun Tak Terkecuali! Kenali Sista Paratubal
Fibroid, apa penyebabnya?
Hingga kini, penyebab fibroid rahim masih tidak diketahui, walaupun kajian menunjukkan mungkin ada komponen genetik yang terlibat.
Ini senarai faktor yang berkemungkinan menjadi punca kepada fibroid rahim:
- Perubahan genetik: Kebanyakan fibroid mengandungi perubahan dalam gen yang berbeza dengan gen otot sel normal.
- Hormon: Estrogen dan progesteron, 2 hormon yang merangsang pembentukan lapisan rahim pada setiap kitaran haid sebagai persiapan untuk kehamilan, nampaknya turut mendorong pertumbuhan fibroid. Fibroid mengandungi lebih banyak reseptor estrogen dan progesteron berbanding sel otot rahim yang normal. Fibroid juga cenderung menyusut selepas menopaus kerana penurunan tahap hormon.
- Faktor pertumbuhan lain: Bahan yang membantu tubuh mengekalkan tisu, seperti insulin, boleh mempengaruhi pertumbuhan fibroid.
- Extracellular matrix (ECM): ECM adalah bahan yang membuatkan sel melekat bersama, seperti mortar di antara batu bata. ECM turut meningkat dalam fibroid dan menjadikannya berserat. ECM juga ‘menyimpan’ faktor pertumbuhan dan menyebabkan perubahan biologi pada sel itu sendiri.
Doktor percaya bahawa fibroid rahim terbentuk dari sel induk pada tisu otot rahim halus (myometrium).
Tambah lagi, corak pertumbuhan fibroid rahim adalah berbeza-beza; mereka mungkin tumbuh dengan perlahan atau cepat.
3 jenis fibroid utama:
- Fibroid subserosal: Ini adalah jenis yang paling kerap terbentuk dan tumbuh di bahagian luar rahim.
- Fibroid intraural: Jenis ini selalu tumbuh di dalam dinding otot rahim.
- Fibroid submucosal: Fibroid jenis ini tumbuh di kawasan terbuka dalam rahim.
Faktor risiko fibroid rahim
Faktor risiko adalah sesuatu yang meningkatkan kemungkinan anda untuk mendapat penyakit atau kondisi kesihatan tertentu.
Adalah mungkin untuk memperoleh fibroid rahim dengan atau tanpa faktor risiko yang bakal penulis senaraikan di bawah.
Walau bagaimanapun, semakin banyak faktor risiko yang anda miliki, semakin besar kemungkinan untuk terkena fibroid.
Sekiranya anda mempunyai sejumlah faktor risiko, segera rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan bersesuaian.
Faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada perkembangan fibroid termasuklah:
- Bangsa: Wanita berkulit hitam lebih cenderung mempunyai fibroid berbanding perempuan daripada kumpulan kaum lain. Selain itu, wanita berkulit hitam cenderung mengalami fibroid pada usia yang lebih muda, dan mereka juga sering mempunyai ketumbuhan yang lebih besar, bersama dengan gejala yang lebih teruk.
- Keturunan: Sekiranya ibu atau saudara perempuan anda mempunyai fibroid, anda juga berisiko untuk menghidapnya.
- Faktor lain: Didatangi haid pada usia muda, kegemukan, kekurangan vitamin D, mengamalkan diet tinggi daging merah dan rendah sayur-sayuran, buah-buahan hijau serta minum alkohol, nampaknya meningkatkan risiko anda terhadap fibroid.
Untuk pengetahuan pembaca, risiko buang fibroid itu wujud sekiranya anda disahkan mempunyai ketumbuhan rahim ini.
Namun, sebelum prosedur tersebut dilakukan, doktor kebiasaannya akan mendiagnosis risiko buang fibroid dengan mengambil kira ukuran, jumlah dan faktor usia pesakit sebelum menentukan sebarang rawatan bersesuaian.
Usah risau jikalau anda disarankan untuk menjalani pembedahan tersebut, kerana risiko buang fibroid kebiasaannya adalah selamat dan jarang alami komplikasi.
Pokok pangkalnya, pastikan untuk merujuk mereka yang lebih pakar terlebih dahulu sekiranya anda mengesyaki mempunyai fibroid.
[embed-health-tool-ovulation]