home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Keliru Antara Fibroid Rahim & Cyst, Jom Ambil Tahu Perbezaannya!

Keliru Antara Fibroid Rahim & Cyst, Jom Ambil Tahu Perbezaannya!

Ketumbuhan fibroid dalam rahim dan sista (cyst) merupakan dua masalah yang sering menyerang wanita.

Walaupun kedua-dua masalah ini bukan kanser tetapi tetap menjadi masalah kesihatan yang membimbangkan.

Ikuti artikel ini untuk ketahui bahaya fibroid rahim dan sista kepada golongan wanita, jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Simptom fibroid dalam rahim

Fibroid atau nama lainnya myoma, sering menyebabkan pendarahan haid yang berat dan menyakitkan.

Selain ketidakselesaan, fibroid juga boleh menyebabkan komplikasi kehamilan dan juga kemandulan.

Gejala fibroid rahim termasuk:

  • Perubahan dalam kitaran haid
  • Kekejangan perut dan pelvis
  • Sakit belakang
  • Kesakitan semasa persetubuhan
  • Kerap atau sukar kencing
  • Keguguran berulang
  • Kemandulan

Fibroid, apa puncanya?

Fibroid rahim

Hingga kini, penyebab fibroid rahim masih belum jelas, tetapi beberapa faktor boleh mempengaruhi pembentukannya, merangkumi:

  • Hormon: Estrogen dan progesteron adalah hormon yang dihasilkan oleh ovari. Ia boleh menyebabkan lapisan rahim tumbuh semula pada setiap kitaran haid dan berisiko merangsang pertumbuhan fibroid
  • Sejarah keluarga: Fibroid boleh berlaku dalam keluarga. Sekiranya ibu, kakak atau nenek anda mempunyai sejarah fibroid, anda juga boleh menghidapnya
  • Kehamilan: Kehamilan meningkatkan pengeluaran estrogen dan progesteron di dalam badan dan fibroid boleh berkembang dengan cepat semasa mengandung

Faktor-faktor risiko

Bolehkah myoma dicegah?

Malangnya, fibroid tidak dapat dicegah, tetapi beberapa penyelidikan menunjukkan gaya hidup tertentu boleh mengurangkan risiko terdedah kepada bahaya fibroid rahim.

Satu kajian mendapati, diet tinggi gula dikaitkan dengan risiko fibroid yang lebih tinggi pada sesetengah wanita.

Kajian lain pula menunjukkan, pengamalan buah-buahan segar dan sayur-sayuran seperti arugula, brokoli, kubis bunga dan lobak dapat menurunkan risiko anda.

Tambah lagi, bersenam secara teratur juga menurunkan risiko wanita terhadap ketumbuhan fibroid.

Menguruskan ketumbuhan fibroid

  • Pembedahan

Pembedahan untuk membuang pertumbuhan dikenali sebagai myomectomy.

Myomectomy melibatkan belahan besar di bahagian perut untuk memasuki rahim dan membuang fibroid.

Pembedahan ini boleh dilakukan secara laparoskopi, melibatkan pemotongan yang kecil di mana alat pembedahan dan kamera akan dimasukkan.

Tapi, jika kondisi bertambah parah, doktor mungkin memilih untuk melakukan histerektomi (pembuangan rahim).

  • Rawatan perubatan

Ubat yang bertindak mengatur tahap hormon mungkin dipreskripsikan bagi mengecutkan fibroid.

Gonadotropin-releasing hormone (GnRH) agonists, seperti leuprolide, akan menyebabkan tahap estrogen dan progesteron menurun, yang akhirnya akan menghentikan haid serta mengecutkan fibroid.

Agonists GnRH juga berfungsi menghentikan badan daripada menghasilkan hormon perangsang folikel (FSH) dan luteinizing hormone (LH). Contohnya merangkumi:

  • Ganirelix acetate, ubat suntikan
  • Cetrorelix acetate, ubat suntikan
  • Elagolix, yang terdapat dalam ubat oral elagolix/estradiol/norethindrone acetate

Pilihan lain yang dapat mengawal pendarahan dan kesakitan, tetapi tidak akan mengecilkan atau menghilangkan fibroid, adalah:

Komplikasi kesuburan

masalah kesuburan

Kira-kira 5% hingga 10% wanita yang subur mempunyai fibroid. Faktor ukuran dan lokasi mereka menentukan sama ada fibroid mempengaruhi kesuburan atau tidak.

Antara contoh ketumbuhan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan termasuk:

  • Fibroid yang berada di dalam rongga rahim (submucosal)
  • Berukuran sangat besar (diameter melebihi 6 cm) di dalam dinding rahim

Sejumlah besar wanita dengan fibroid, tidak akan subur. Maka, pesakit dan pasangannya harus dinilai secara menyeluruh untuk mencari masalah kesuburan lain sebelum fibroid dirawat.

Sista tiub fallopio, kenal dengan lebih lanjut!

Beralih kepada sista tiub fallopio, ia adalah kantung berisi cecair yang sering tidak didiagnosis dan berukuran kecil.

Sebilangan besar sista paratubal bersifat jinak (tidak malignan) dan ringkas (1 kompartmen).

Komplikasi mungkin boleh berlaku dalam beberapa kes, seperti:

  • Kebocoran tiub fallopio: Tiub fallopio mungkin bocor jika terdapat sista yang sangat besar atau berpintal
  • Pendarahan: Pendarahan dalaman boleh berlaku sekiranya sista pecah
  • Tekanan pada organ dalaman: Sista ‘raksasa’ (kira-kira 10 hingga 15cm) berisiko menekan pundi kencing, usus, ginjal atau rahim. Tekanan ini boleh menyebabkan hidronephrosis (pembengkakan buah pinggang akibat kencing berlebihan)

Jenis-jenis sista

Terdapat beratus-ratus jenis sista yang berbeza. Ia boleh tumbuh di mana sahaja dalam badan.

Beberapa sista juga berlaku mengikut kondisi seperti sindrom ovari polisistik (PCOS) atau penyakit ginjal polikistik (PKD).

Antara jenis sista yang kerap berlaku termasuk yang berikut:

  • Sista epidermoid
  • Sista sebaceous
  • Sista Ganglion
  • Sista ovari
  • Sista payudara
  • Chalazia
  • Sista Pilonidal
  • Sista Baker
  • Sista jerawat
  • Sista mukus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/uterine-fibroids/symptoms-causes/syc-20354288
  2. https://www.sirweb.org/patient-center/uterine-fibroids/
  3. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/uterine-fibroids
  4. https://www.nwh.org/womens-health-center/center-for-minimally-invasive-gynecologic-surgery/fibroids
  5. https://consultqd.clevelandclinic.org/elagolix-reduces-heavy-menstrual-bleeding-in-women-with-uterine-fibroids
  6. https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/fibroids-and-fertility/#:~:text=Uterine%20fibroids%20are%20common%20and,and%20positioning%20of%20the%20baby.
  7. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ovarian-cysts/symptoms-causes/syc-20353405
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 24/05/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x