backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Keliru! Fibroid Dan Cyst, Dua Kondisi Yang Berbeza, Fahami Masalah Sakit Wanita Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/08/2022

    Jangan Keliru! Fibroid Dan Cyst, Dua Kondisi Yang Berbeza, Fahami Masalah Sakit Wanita Ini

    Topik antara fibroid dan cyst sering mengelirukan golongan wanita.

    Malahan, ada yang beranggapan bahawa kedua-duanya adalah perkara yang sama mungkin kerana gejala yang hampir serupa, seperti sakit pelvis dan pendarahan yang tidak normal.

    Namun, fibroid dan cyst sebenarnya mempengaruhi struktur dan elemen yang berbeza dalam sistem pembiakan wanita.

    Terdapat juga kemungkinan kedua-dua keadaan ini boleh mempengaruhi kesuburan.

    Fibroid berlaku di dalam rahim sementara cyst sering berlaku di ovari.

    Rawatannya pula bergantung pada gejala, perancangan untuk keluarga, dan boleh melibatkan pembedahan.

    Fibroid dan cyst juga biasanya akan didiagnosis menggunakan imbasan ultrasound.

    Kedua-duanya tidak berbahaya dan tidak mengancam nyawa. Selalunya kondisi ini tidak dapat dikesan, dan hanya akan ditemui semasa melakukan pemeriksaan atau imbasan seluruh badan.

    Apa itu fibroid?fibroid dan cyst

    Fibroid adalah pertumbuhan bukan barah di dalam dinding rahim. Saiznya boleh berdiameter hingga beberapa sentimeter, tetapi sering tidak dapat dikesan kerana tidak menimbulkan gejala yang jelas.

    Fibroid adalah ketumbuhan yang sangat biasa terjadi dan sekitar 50% daripada semua wanita akan mengalami fibroid pada usia mereka mencapai 50 tahun.

    Kebanyakan wanita yang mempunyai fibroid dan cyst tidak mempunyai gejala dan biasanya dikesan semasa pemeriksaan ginekologi atau pemeriksaan kesihatan.

    Bagaimana ingin tahu jika anda mempunyai fibroid?

    Haid yang banyak dan menyakitkan, pendarahan rahim yang tidak normal, kekejangan perut dan pelvis, sakit belakang, atau sakit semasa melakukan persetubuhan mungkin menunjukkan simptom kewujudan fibroid pada rahim anda.

    Kerap atau sukar membuang air kecil juga boleh menyumbang kepada gejala-gejalanya.

    Sekiranya ragu-ragu, berjumpa dengan pakar sakit puan anda kerana fibroid boleh merumitkan kehamilan dan boleh menyebabkan keguguran serta kemandulan.

    Sejarah keluarga juga boleh meningkatkan risiko penyakit ini, tetapi mengekalkan gaya hidup dan berat badan yang sihat dapat mengurangkan risiko untuk mengalami fibroid.

    Bagaimanakah fibroid dirawat?

    Rancangan rawatan akan bergantung pada bagaimana gejala mempengaruhi kehidupan seharian anda, dan kemampuan tubuh anda untuk berfungsi dengan normal.

    Pertimbangan utama adalah sama ada anda berhasrat untuk hamil dalam masa terdekat ataupun tidak.

    Pakar sakit puan anda mungkin menggunakan pendekatan berjaga-jaga dengan memberikan ubat-ubatan untuk mengetahui sama ada ubat dapat melegakan gejala anda.

    Ubat hormon juga boleh diberikan untuk mengatur kitaran haid anda, mengurangkan kesakitan dan pendarahan berat.

    Sebagai alternatif, pakar sakit puan akan mengesyorkan prosedur pembedahan yang disebut myomectomy untuk membuang fibroid.

    Pilihan rawatan lain, lebih sesuai untuk pesakit yang tidak berhasrat untuk mempunyai anak ialah embolisasi arteri rahim (UAE).

    Apa itu cyst ovari?

    fibroid dan cyst

    Fibroid dan cyst adalah berbeza, bagi cyst, ovari bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon yang mengatur sistem pembiakan anda.

    Ovari wanita juga melepaskan telur yang sangat penting yang menjadi pusat kitaran ovulasi.

    Dalam kitaran ovulasi bulanan ini juga boleh terbentuk cyst, kantung berisi cecair, pada satu atau kedua-dua belah ovari.

    Ia biasanya berlaku tanpa gejala, apabila salah satu folikel yang bertanggungjawab untuk melepaskan telur gagal dibuka.

    Kebiasaannya ia hilang dengan sendiri dalam masa beberapa bulan tanpa anda sedari.

    Kebanyakan cyst di ovari berlaku semasa kitaran ovulasi, dan kurang terjadi pada wanita yang telah melalui menopaus.

    Bagaimana ingin tahu jika anda terkena cyst dan bukannya fibroid?

    Perbezaan utama adalah cyst kadang-kadang boleh hilang sendiri tanpa menimbulkan gejala.

    Sekiranya anda mengalami kembung perut, tekanan pada perut, sakit pelvis, sakit semasa persetubuhan, segera berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

    Sekiranya anda rasa sakit tiba-tiba dan tajam, terutamanya jika disertai muntah dan demam, dapatkan rawatan perubatan segera di hospital.

    Bagaimana cyst dirawat?

    Sekiranya anda telah didiagnosis dengan cyst, pakar sakit puan anda mungkin mengambil pendekatan untuk tunggu dan berjaga-jaga untuk melihat jika ia dapat hilang sendiri.

    Anda mungkin diberi pil kawalan kelahiran untuk mengelakkan pembentukan cyst pada masa akan datang semasa ovulasi.

    Sekiranya cyst tidak hilang, pakar sakit puan anda boleh menggunakan prosedur invasif minimum yang disebut pembedahan laparoskopi, untuk menyiasat keadaannya.

    Prosedur ini menggunakan kamera kecil yang dimasukkan melalui pembelahan lubang kecil di perut.

    Pakar sakit puan anda mungkin membuang cyst dengan menggunakan prosedur yang sama.

    Walau bagaimanapun, diagnosis dan rawatan awal adalah kunci kejayaan rawatan kedua-dua fibroid dan cyst.

    Buat temu janji bersama pakar sakit puan sekiranya anda mempunyai gejala yang membimbangkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan