home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Makanan dan Tabiat yang Mencemarkan Gigi

Makanan dan Tabiat yang Mencemarkan Gigi

Anda berus gigi dengan kerap, namun masih tidak dapat melihat kesan gigi bersinar dan putih? Adakah anda tertanya-tanya apa kesilapan yang anda lakukan yang membuatkan gigi anda tercemar. Bukan faktor luaran sahaja yang boleh mengubah gigi anda, tetapi apa yang anda makan boleh menentukan warna gigi anda. Artikel ini akan menyenaraikan perkara yang boleh menjejaskan kecantikan gigi anda.

Kenali punca

Enamel gigi, yang menyelaputi permukaan luar gigi, berubah mengikut usia anda. Kotoran boleh mengambil kesempatan terhadap penuaan enamel gigi anda dengan berpaut pada keretakan kecil pada permukaan. Faktor-faktor utama ialah:

  • Kromogen; sebatian dengan pigmen kuat,
  • Tanin; sebatian berasaskan tumbuhan yang membolehkan kotoran berpaut pada gigi
  • Asid, yang membuat enamel gigi lebih lembut dan kasar, sekali gus mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk kotoran menetap

Apa yang menyebabkan gigi anda tercemar?

Kopi dan teh

Kebanyakan orang menganggap kopi adalah musuh gigi putih yang paling teruk kerana warna mereka. Walaupun ia memberi kesan kepada warna gigi anda, kopi bukanlah penyebab paling teruk. Sebaliknya teh lebih mengancam keputihan gigi anda. Ia mengandungi bukan sahaja asid tetapi juga tanin, yang membolehkan kotoran melekat pada gigi anda. Satu perkara yang perlu diingat ialah bukanlah minuman itu sendiri yang berbahaya, tetapi kekerapan meminum minuman seperti ini.

Wain

Wain merah adalah minuman berasid yang mengandungi kromogen dan tanin. Ia mungkin baik untuk kesihatan anda tetapi pasti berbahaya untuk senyuman anda. Selain itu, wain putih, walaupun mempunyai warna yang sangat ringan, juga tidak baik untuk gigi anda. Ia mengandungi tanin dan asid yang menjadikan gigi anda mudah menarik kotoran. Akibatnya, gigi anda akan menjadi lebih mudah terdedah kepada kesan yang disebabkan oleh tomato, strawberi atau beri biru.

Pewarna makanan

Sos kari, sos tomato, ais krim, gula-gula atau sebarang makanan yang mengandungi pewarna makanan boleh mengotorkan gigi anda. Minuman dengan pewarna makanan juga tidak baik untuk gigi anda. Fikirkan gigi anda sebagai kanvas kosong, lebih berwarna-warni makanan, lebih berwarna-warni gigi anda mungkin terjadi.

Minuman ringan

Seperti disebutkan di atas, minuman ringan sangat buruk terhadap keputihan gigi anda. Soda mengandungi banyak asid, dan kola gelap juga mengandungi kromogen. Sama seperti wain, soda putih, berbanding dengan minuman gelap, lebih mudah untuk menyebabkan kotoran melekat pada gigi. Jadi, secara kesimpulan, semua jenis soda (sama ada gelap atau cerah atau diet) semuanya adalah musuh gigi anda.

Beri

Seperti warnanya, semua jenis beri (Beri biru, strawberi, raspberi, beri hitam, dan lain-lain) mengandungi kromogen, yang juga boleh didapati dalam ceri dan tomato. Anggur dan delima juga turut mempunyainya, di samping tanin. Secara umumnya, buah-buahan yang boleh mengotorkan baju dan seluar anda boleh melakukan perkara yang sama terhadap gigi anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Foods and Habits That Stain Your Teeth. https://www.practo.com/healthfeed/foods-and-habits-that-stain-your-teeth-4146/post/ Accessed April 15, 2017

Foods and Habits That Stain Your Teeth. http://www.webmd.com/oral-health/features/foods-stain-teeth-feature#1/ Accessed April 15, 2017

 

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 06/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x