
Cirit-birit adalah keadaan kesihatan yang kerap berlaku. Walaupun ia adalah masalah biasa, jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi.
Apabila mengalami cirit-birit, ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang dipreskrip oleh doktor. Selain itu, terdapat banyak remedi rumah yang boleh membantu mengatasi cirit-birit.
Menangani dehidrasi
Masalah yang paling biasa bagi cirit-birit adalah dehidrasi. Untuk menguruskannya, anda boleh megikuti langkah-langkah berikut:
- Selalu mengambil jumlah air yang kecil atau minuman dehidrasi seperti sorbitol.
- Mula makan makanan ringan apabila anda keadaan menjadi semakin baik. Ingat untuk tidak makan makanan pedas atau buah-buahan.
- Elakkan mengambil kafein atau alkohol sekurang-kurangnya 48 jam.
- Elakkan minum susu sekurang-kurangnya 3 hari selepas semua simptom hilang. Keju atau yogurt dengan probiotik boleh diambil.
Mencari ubat non-preskripsi
Terdapat ubat-ubatan non-preskirpsi yang boleh membantu anda melawan cirit-birit. Sila ikut arahan ini dengan berhati-hati:
- Hanya gunakan ubat cirit-birit non-preskripsi jika anda mengalami cirit-birit lebih daripada 6 jam.
- Jangan gunakan ubat ini jika anda mengalami cirit-birit berdarah, suhu badan luar biasa (terlalu rendah atau terlalu tinggi) atau simptom penyakit lain.
- Ikut arahan pada bekas dengan teliti.
- Berhenti menggunakan ubat-ubatan jika najis menunjukkan tanda-tanda penebalan. Anda tidak mahu untuk mengalami sembelit selepas cirit-birit.
Ubat-ubatan tersebut termasuk:
- Campuran penebal. Campuran ini akan menyerap air membuatkan najis menjadi lebih keras.
- Antidiarrheals antispasmodic. Produk-produk ini akan melambatkan kekejangan usus.
- Ini adalah bakteria baik yang secara semula jadi di dalam sistem penghadaman. Apabila cirit-birit berlaku, jumlah bakteria ini berkurangan. Menambah bakteria ini akan menyokong dan meningkatkan penghadaman.
Bila saya perlu dapatkan bantuan perubatan?
Dapatkan bantuan daripada doktor jika:
- Tanda-tanda dehidrasi
- Cirit-birit terlalu teruk apabila pesakit membuang air lebih daripada 10 kali dalam 24 jam.
- Najis hitam atau berdarah.
- Mangsa mengalami demam.
- Simptom-simptom menjadi semakin teruk.
Bagaimana ingin mencegah cirit-birit?
Keracunan makanan adalah punca yang paling biasa bagi cirit-birit. Untuk mengelakkannya, ikuti langkah berikut:
- Sediakan makanan di kawasan bebas bakteria.
- Berhati-hati apabila membeli-belah.
- Masak makanan pada suhu yang selamat untuk membunuh semua bakteria yang boleh menyebabkan cirit-birit.
- Ikut arahan mengenai cara menggunakan makanan di dalam bekas.
- Makan dengan selamat menggunakan segala perkakas bebas daripada faktor-faktor berjangkit.
- Jangan mengambil makanan apabila anda mengesyaki bahawa ia telah rosak.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.