backup og meta

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!

Gangguan seksual di tempat kerja merupakan isu yang sangat serius tidak kira lelaki atau wanita!

Walaupun isu ini lebih kerap dibincangkan dalam konteks pekerja wanita, hakikatnya ramai pekerja lelaki turut menjadi mangsa pelecehan seksual di pejabat

Gangguan seksual terhadap pekerja lelaki boleh melibatkan pelbagai bentuk, termasuklah gangguan secara verbal, sentuhan yang tidak diingini atau menerima sebarang komen yang menjatuhkan maruah

Bagi mereka yang mengalami diskriminasi gender dalam dunia pekerjaan, ia boleh menjejaskan produktiviti dan memberi kesan mendalam kepada kesihatan mental dan emosi mangsa

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai gangguan seksual dalam dunia pekerjaan bagi kaum Adam serta langkah untuk menanganinya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.

Gangguan seksual di tempat kerja bagi kaum lelaki

gangguan seksual di tempat kerja
Masalah gangguan seksual di tempat kerja.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah mangsa gangguan seksual meningkat tahun demi tahun. Pada tahun 2023, sebanyak 135 mangsa gangguan seksual adalah lelaki dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,361. 

Dalam pada itu, seramai 9.8 peratus lelaki dan 20.9 peratus wanita melaporkan mengalami gangguan seksual secara dalam talian.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Economic Times, 29 hingga 43 peratus lelaki mendedahkan mereka pernah diganggu secara seksual oleh rakan sekerja wanita. 

Bagaimanapun, pakar mempercayai jumlah kes gangguan seksual di tempat kerja yang berlaku terhadap kaum Adam sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan. 

Malah, kebanyakan lelaki tidak melaporkan isu diskriminasi gender di tempat kerja kerana tidak faham atau memilih untuk tidak mengendahkannya. 

Mereka beranggapan, gangguan seksual di tempat kerja hanya akan dipandang serius sekiranya wanita merupakan mangsa

Antara contoh gangguan seksual dalam dunia pekerjaan


  • Menerima komen tidak sopan atau seksual dari orang
  • Disentuh tanpa izin
  • Ternampak atau terlihat bahasa badan atau sebarang isyarat berunsur seksual
  • Kerap dihantar melakukan aktiviti seksual walaupun telah ditolak
  • Menerima gambar, video atau mesej berunsur seksual
  • Difitnah mengenai perkara tertentu walaupun ia tidak benar

Langkah elakkan gangguan seksual di tempat kerja

Sebagai langkah berjaga-jaga, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh lelaki untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Antaranya:

1. Jaga batas diri

Pastikan ada jarak dengan rakan sekerja. Bercakaplah dengan mereka secara profesional dan elakkan bercerita mengenai hal-hal peribadi. 

Sikap tegas dalam menjaga batasan diri boleh membantu kaum Adam menghindari situasi yang boleh disalah tafsir oleh pihak lain.

2. Elak berdua-duaan di tempat tertutup

Elakkan berada di tempat yang tertutup atau berdua-duaan dengan rakan sekerja, terutamanya jika pertemuan itu tidak perlu sekiranya menghadapi pelecehan seksual di pejabat.

Sebaliknya, lakukan perbincangan di tempat terbuka atau kawasan yang lebih selamat seperti bilik mesyuarat dengan pintu terbuka.

3. Bertindak segera jika rasa tidak selesa

Jangan berdiam diri sekiranya menjadi mangsa
Jangan berdiam diri sekiranya menjadi mangsa.

Jika ada perlakuan atau sebarang percakapan yang berbaur lucah atau dirasakan tidak perlu, cepat-cepatlah laporkan tentangnya kepada pihak berkuasa.  

Jangan takut untuk bersuara. Nyatakan secara tegas bahawa tingkah laku tersebut membuatkan anda rasa tidak selesa. 

Jika anda diganggu dengan kerap, simpan bukti seperti mesej atau e-mel yang berkaitan. 

Sekiranya keadaan semakin serius, rujuk kepada pihak pengurusan atau jabatan sumber manusia untuk mendapatkan bantuan. 

Prosedur ini penting agar tindakan lanjut dapat diambil terhadap pemangsa.

4. Waspada terhadap gangguan seksual di tempat kerja

Tidak kiralah sama ada anda lelaki atau wanita, berwaspadalah ketika berada di tempat kerja. Sekiranya ada rakan yang alami situasi serupa, berilah sokongan supaya mereka terus kuat. 

Dengan menjaga batasan, bertindak tegas dan bersikap waspada, lelaki dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

gangguan seksual di tempat kerja
Fetish pelik yang memerlukan rawatan lanjutan dari pakar.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, lelaki dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual dengan menjaga batasan peribadi dan elak berdua-duaan di tempat tertutup. 

Jangan lupa, bertindaklah segera apabila merasa tidak selesa dan laporkan sebarang insiden gangguan yang berlaku kepada pihak yang berkaitan.

Berwaspadalah dengan keadaan sekeliling. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa pelecehan seksual di pejabat, tidak kiralah lelaki atau wanita. 

Langkah-langkah ini dapat membantu mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan profesional bagi semua sekaligus menjada kebajikan pekerja lelaki.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sexual Assault of Men and Boys. https://rainn.org/articles/sexual-assault-men-and-boys. Diakses pada 12 November, 2024.
  2. Are men sexually harassed? If so, by whom? https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9487791/. Diakses pada 12 November, 2024.
  3. Intimate Partner Violence, Sexual Violence, and Stalking Among Men. https://www.cdc.gov/intimate-partner-violence/about/intimate-partner-violence-sexual-violence-and-stalking-among-men.html. Diakses pada 12 November, 2024.
  4. Sexual Harassment. https://www.equalrights.org/issue/economic-workplace-equality/sexual-harassment/. Diakses pada 12 November, 2024. 
  5. Sexual Harassment at Work. https://legalvoice.org/sexual-harassment-at-work/. Diakses pada 12 November, 2024. 

Laws Related to Sexual Harassment. https://www.wccpenang.org/sexual-harassment-laws-in-malaysia/. Diakses pada 12 November, 2024.

Versi Terbaru

15/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Bukan Memberi Impak Terhadap Mental Sahaja!

Gurauan Berbau Lucah Pun Satu Gangguan Seksual, Jangan Gurau Berlebihan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan