Lama-kelamaan, mangsa juga akan alami serangan panik kesan daripada PTSD yang dialami.
3. Kesihatan mula terjejas kesan gangguan seksual
Menurut American Academy of Family Physicians, trauma boleh mencetuskan pelbagai simptom fizikal.
Antaranya ialah sakit badan yang kronik, sindrom rengsa usus, disfungsi seksual, tekanan darah yang tinggi dan pedih ulu hati.
Benar, semua simptom ini datangnya daripada isu psikologikal. Namun, itu tidak bermaksud ia tidak benar.
Kesakitan yang berlaku secara psikologikal boleh mendatangkan simptom secara fizikal.
4. Produktiviti di tempat kerja menurun

Persekitaran yang toksik di tempat kerja boleh menyebabkan penurunan produktiviti.
Sekiranya seorang kakitangan di tempat kerja mengalami gangguan seksual, besar kemungkinan satu jabatan akan terasa kesannya.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan ke atas 262 orang wanita, hampir 75% mengakui insiden gangguan seksual di tempat kerja dapat mempengaruhi produktiviti kerja mereka.
Bukan itu sahaja, mereka juga rasa takut dan tidak selamat di tempat kerja masing-masing.
Selain itu, kes gangguan seksual di tempat kerja juga mungkin akan menyebabkan isu lain menjadi semakin teruk.
Antaranya, pekerja mungkin jadi tidak bersemangat, mula datang lewat, sering ponteng kerja dan tidak boleh fokus.
5. Trauma sekunder sebagai kesan gangguan seksual
Pernahkah anda dengar mengenai trauma sekunder?
Ia merupakan sejenis trauma yang berlaku kepada pendengar atau pihak ke-3 yang terkesan dengan trauma yang dilalui oleh orang lain.
Selain itu, trauma ini juga boleh berlaku kepada individu yang menyaksikan satu-satu kejadian yang traumatik.
Sama seperti trauma biasa, ia juga boleh menyebabkan mangsa menjadi tertekan, menghidap depresi dan mula mengalami pelbagai simptom fizikal.
Baca juga:
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berhadapan dengan gangguan seksual?
Gangguan seksual di tempat kerja bukanlah satu perkara yang patut dianggap remeh. Ia merupakan satu salah laku yang serius.
Sekiranya anda berhadapan dengan gangguan seksual:
- Jangan takut untuk bersuara. Beritahu dengan jelas bahawa tindakan mereka membuatkan anda rasa takut. Cakap ‘tidak’ atau ‘no’ setiap kali mereka melakukan apa-apa tindakan yang membuatkan anda rasa tidak selesa.
- Catat butir kejadian seperti masa, tempat dan bagaimana ia berlaku.
- Cakap dengan seseorang. Anda boleh beritahu HR di tempat kerja atau rakan yang rapat. Minta mereka simpan rekod tentang kejadian tersebut.
- Dapatkan pemeriksaan kesihatan. Kesan gangguan seksual bukan sahaja dari segi mental, ia juga boleh membuatkan anda mengalami pelbagai simptom fizikal.
- Buat laporan polis. Sekiranya anda mempunyai butir yang lengkap mengenai kes gangguan seksual yang dialami, buat laporan polis serta-merta.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen