Anda juga boleh mencari kumpulan sokongan berdasarkan usia bayi, tempat tinggal mahupun kumpulan ibu bapa yang berkongsi isu yang sama. Contohnya, kumpulan sokongan untuk ibu tunggal, ibu bapa yang menghadapi anak autisme, kanser, ekzema dan sebagainya. Jika anda tidak gemar menggunakan media sosial, terdapat juga laman web yang menyediakan forum perbincangan yang membolehkan ibu bapa berkongsi tip dan panduan.
3. Hadiri program atau bengkel untuk ibu bapa
Kini terdapat pelbagai program atau bengkel yang dianjurkan pada hujung minggu untuk anda menambah pengetahuan baru tentang dunia keibubapaan. Dengan persekitaran program yang biasanya mesra kanak-kanak, kesempatan menambah pengetahuan ini patut anda manfaatkan juga untuk bersosial. Ambil kesempatan ini untuk mengenali ibu bapa lain yang berkongsi minat yang sama dengan anda.
Selain itu, anda boleh memanfaatkan hujung minggu dengan memberi kelas tambahan secara bergilir-gilir dengan pasangan ibu bapa lain. Selain dapat membahagikan tugas mendidik anak kepada mereka yang lebih berpengetahuan dalam sesuatu subjek, anda juga dapat ‘bercuti’ sekali sekala daripada tugas keibubapaan tiap kali tiba sesi hujung minggu anak anda bersama dengan rakan sebayanya di rumah lain.
4. Tanya mereka yang lebih berpengalaman
Dalam bidang apa pun kerja anda, pasti akan anda mereka yang pernah menjalani alam keibubapaan sebelum anda. Kenalpasti mereka yang berpengalaman di pejabat anda. Sama ada bagaimana mengepam susu, menangani kecemasan di taska dan bagaimana menguruskan tugasan luar jauh daripada si kecil anda.
5. Balas budi orang lain
Berikan sokongan, sama ada nasihat atau sekadar menjadi pendengar kepada ibu baru yang memerlukan di tempat kerja anda. Bagi setiap sokongan yang anda berikan kepada kesejahteraan ibu lain di tempat kerja, anda sebenarnya membantu membentuk persekitaran mesra ibu. Ini cara yang terbaik untuk anda membalas jasa mereka yang membantu anda sewaktu anda mula-mula bekerja selepas pantang.
Berdasarkan kajian Federal Reserve Bank of St. Louis, ibu kepada sekurang-kurangnya dua anak, secara purata lebih produktif dari segi profesional berbanding ibu anak seorang. Oleh itu, dengan sistem sokongan yang berkesan, ibu bapa yang bekerja sebenarnya mampu menyumbang kepada produktiviti negara yang berdaya saing tanpa mengorbankan kesejahteraan keluarga.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen