backup og meta

Gurauan Berbau Lucah Pun Satu Gangguan Seksual, Jangan Gurau Berlebihan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/10/2023

    Gurauan Berbau Lucah Pun Satu Gangguan Seksual, Jangan Gurau Berlebihan!

    Jenayah buli dan gangguan seksual adalah subjektif dan ramai masih kabur lagi mengenai konsep gangguan seksual ini. Sebenarnya, mangsa buli dan gangguan seksual ini tidak rela apabila diganggu oleh pihak dominan di tempat kerja. Kebiasaannya mangsa kes ini juga tidak tahu untuk mengambil tindakan lanjut dan lebih memilih untuk berdiam diri sahaja. Namun begitu, tahukah anda mengenai bentuk gangguan seksual yang sebenar? Ikuti artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

    Apakah buli dan bentuk gangguan seksual?

    Seperti kes buli yang lain, gangguan seksual termasuklah sebarang tingkah laku, pertuturan, gerak isyarat atau tindakan yang bertujuan menyinggung perasaan, menghina, menyakiti atau mengugut individu lain.

    Gangguan seksual selalunya memfokuskan ciri-ciri individu seperti penampilan, bahagian badan, aktiviti atau orientasi seksual.

    Bentuk gangguan seksual ini tidak hanya berlaku ke atas satu jantina, ini bermaksud lelaki juga boleh menjadi mangsa gangguan seksual.

    Ia boleh berlaku sama ada lelaki mengganggu lelaki, lelaki menganggu wanita, wanita menganggu wanita dan wanita mengganggu lelaki.

    Gangguan ini juga boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur, yang individu lebih dewasa boleh mengganggu individu lebih muda dan sebaliknya.

    Gangguan seksual dan buli seksual adalah hampir serupa, kerana kedua-duanya terdiri daripada perlakuan yang tidak diingini seperti perhatian, pertuturan, tingkah laku, gerak isyarat atau hubungan fizikal.

    Bagaimana dikatakan gangguan seksual?

    kesan gangguan seksual

    Berikut merupakan contoh gangguan seksual secara fizikal dan oral:

    • Menyebarkan desas-desus seksual tentang seseorang individu.
    • Membuat komen, isyarat atau jenaka yang berunsur seksual kepada atau mengenai seseorang individu.
    • Meminta seseorang individu menghantar foto bogel mereka melalui media sosial.
    • Mengajak seseorang individu keluar walaupun selepas beberapa kali mereka berkata tidak.
    • Menyentuh, meraba, memegang, atau mencubit seseorang secara sengaja dengan cara seksual.
    • Menunjukkan kepada seseorang individu gambar atau video yang mempunyai kandungan seksual.

    Memaksa seseorang individu melakukan sesuatu bertentangan dengan kehendak mereka, seperti mencium, seks oral, hubungan seksual. Semua perlakuan ini adalah satu gangguan seksual atau rogol, dan ia adalah jenayah yang sangat serius.

    Tips mengendalikan gangguan buli dan seksual

    tip tangani gangguan seksual

    Tidak ada cara saintifik untuk mengendalikan gangguan dan pembuli seksual kerana setiap kes yang berlaku adalah unik.

    Walau bagaimanapun, satu cara yang dapat membantu adalah dengan memberitahu kepada individu terbabit bahawa apa yang dilakukan adalah satu bentuk gangguan seksual dan meminta individu tersebut agar berhenti melakukannya.

    Sesetengah individu merasakan bahawa tindakan itu ‘menyeronokkan’ dan ‘bukan satu perkara serius’, atas sebab itu ia adalah satu permulaan yang baik untuk anda menegur dengan bijak dan membiarkan mereka sedar bahawa apa yang dilakukan itu mendatangkan impak negatif dalam kehidupan anda.

    Tetapi, seandainya mereka enggan berhenti, anda boleh meminta dan mendapatkan pertolongan atau campur tangan individu dewasa yang anda percayai, atau kaunselor sekolah, guru, pentadbir dan juga polis.

    Ini adalah membantu sebagai rekod untuk apa yang berlaku. Ia boleh dijadikan bukti jika berlakunya perkara yang melampau batas dan anda mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakunya.

    Apa yang penting adalah untuk tidak membiarkan diri anda untuk terus menjadi mangsa.

    bentuk gangguan seksual

    Gangguan dan buli seksual ini boleh memusnahkan kehidupan ramai individu.

    Pihak yang melakukan mungkin menganggapnya sebagai satu perkara remeh dan melihatnya sebagai ‘keseronokkan’ dan menarik’ untuk dilakukan.

    Namun,bentuk gangguan seksual ini adalah salah dalam apa jua keadaan.

    Jika anda atau rakan anda, atau terdapat individu yang anda kenali menjadi mangsa gangguan dan buli seksual, bersuaralah dan hentikan pelakunya dari terus mengulanginya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan