backup og meta

Adakah Anak Remaja Anda Melakukan Sexting?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 31/07/2022

    Adakah Anak Remaja Anda Melakukan Sexting?

    Apa itu sexting?

    Sexting merujuk kepada penghantaran, penerimaan atau memanjangkan sebarang kandungan berunsur seksual atau lucah sama ada dalam bentuk gambar, video mahupun mesej.

    Ini beberapa contoh Sexting:

    – Melibatkan swafoto bogel atau gambar separa bogel

    – Video yang mengandungi babak bogel, adegan seks atau simulasi seks

    – Mesej yang berunsur lucah atau mengghairahkan

    Kenapa remaja cenderung untuk melakukannya?

    Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan knapa remaja cenderung untuk melakukan sexting antaranya:

    – Menganggap ianya satu jenaka atau cubaan untuk mendapatkan perhatian

    – Tekanan daripada rakan sebaya

    – Kaedah untuk menggoda

    – Demi menjadi popular

    – Untuk meniru selebriti

    Adakah Sexting ini perkara yang kerap berlaku?

    Kajian menunjukkan sexting secara relatifnya lazim dalam kalangan remaja dengan 1 dalam setiap 5 hingga 10 remaja daripada kedua-dua jantina pernah menghantar atau memanjangkan gambar sensitif dan 1 dalam setiap 3 hingga 8 remaja pernah menerimanya.

    Kesan Sexting

    Risiko mempunyai bahan-bahan ini dalam internet, akau media sosial atau telefon pintar anda adalah potensi untuk bahan-bahan ini dicuri dan dibocorkan kepada umum. Kesan daripada bahan-bahan sensitif anda menjadi bahan tatapan umum adalah:

    – Risiko dimalukan dan menjadi bahan jenaka umum.

    – Buli siber.

    – Kemurungan dan masalah mental yang lain.

    – Dihukum masyarakat atau majikan yang turut mempengaruhi persepsi terhadap diri mereka.

    Apa yang perlu ibu bapa tahu

    Anda perlu faham bahawa remaja belum cukup matang untuk memahami kepentingan data peribadi mereka dan juga keputusan berkaitan hal peribadi. Mereka tidak mampu untuk menjangkakan kesan tindakan mereka dalam masa akan datang. Ibu bapa harus mengambil tanggungjawab untuk mendidik mereka bagaimana untuk mereka lindungi data peribadi mereka.

    Apa yang perlu dipesan kepada anak remaja anda?

    Di saat anda sedang bercakap dengan mereka tentang isu sexting dan data peribadi, pastikan anda tekankan hal-hal ini:

    – Gambar, video, email dan mesej yang kelihatan sementara sebenarnya bersifat kekal apabila ianya ada di alam maya walaupun anda telah menghapuskannya.

    – Gambar yang dihantar kepada kekasih boleh dipanjangkan kepada sesiapa sahaja yang mereka inginkan kerana anda memberi kuasa kepada mereka untuk mengugut anda dengan gambar sensitif.

    – Ejekan dan hinaan daripada umum hampir tidak boleh dielakkan disebabkan bocornya gambar-gambar sensitif yang anda hantar.

    Untuk mengurangkan kesan sexting, perbualan tentang risiko ini perlu berlaku dengan kerap sepanjang usia remaja mereka. Anda boleh juga tetapkan hukuman sekiranya mereka tertangkap sedang texting.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan