Rasa gelisah merupaan salah satu perasaan normal bagi manusia. Namun, adakalanya rasa ini boleh menjadi gangguan kegelisahan. Apakah beza antara rasa gelisah biasa dan juga satu gangguan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Rasa gelisah merupaan salah satu perasaan normal bagi manusia. Namun, adakalanya rasa ini boleh menjadi gangguan kegelisahan. Apakah beza antara rasa gelisah biasa dan juga satu gangguan?
Rasa gelisah boleh diterangkan sebagai rasa tidak senang atau ketakutan yang boleh menyebabkan beberapa reaksi fizikal. Antara reaksi fizikal yang boleh berlaku akibat kegelisahan ialah pening kepala, rasa berdebar, berpeluh-peluh dan juga sesak nafas.
Simptom fizikal kegelisahan ini berasal daripada tindak balas sistem saraf autonomi. Rasa gelisah ini berbeza dengan rasa takut, namun ia berkaitan antara satu sama lain.
Kehidupan kita banyak memberi pengalaman kepada kita untuk merasai kegelisahan.
Sebagai contoh, kita gelisah sewaktu ingin naik ke pentas menerima anugerah. Kita juga gelisah apabila ingin memasuki dewan peperiksaan bagi menjawab soalan peperiksaan.
Malah, banyak lagi kejadian atau peristiwa penting dalam hidup yang sering menyebabkan kita gelisah. Namun, rasa gelisah yang anda alami in adalah sesuatu yang normal.
Kadangkala, kegelisahan ini juga memberikan manfaat kepada diri. Sebagai contoh, jika anda gelisah untuk menduduki peperiksaan, anda akan berusaha dan bersedia dengan sebaik mungkin sebelum memasuki peperiksaan.
Begitu juga ketika anda menerima jemputan bagi menghadiri temuduga pekerjaan. Anda pasti akan menjadi gelisah sebelum hadir ke temuduga tersebut.
Namun, kegelisahan tersebut kemudiannya mendorong anda untuk terus bersedia sebelum memasuki temuduga.
Kesemua rasa kegelisahan yang anda alami ini adalah sesuatu yang normal. Malah, ia memberikan manfaat kepada anda untuk menjadi lebih bersedia daripada biasa.
Namun, tidak semua rasa gelisah itu benar-benar memberikan manfaat kepada anda. Pada tahap yang lain, ia boleh menjadi satu gangguan yang kemudiannya menyukarkan kehidupan anda.
Perbezaan antara kegelisahan normal dan gangguan kegelisahan adalah dari aspek punca dan juga kekuatan pengalaman yang dialami itu. Kegelisahan yang normal berlaku sekali sekala. Ia juga boleh dijangka, berdasarkan situasi dan peristiwa tertentu sahaja.
Namun, bagi gangguan kegelisahan, ia lebih kronik dan tidak rasional. Malah, ia boleh memberi kesan negatif kepada fungsi kehidupan anda.
Antara kesan yang mungkin akan anda alami adalah tingkah laku mengelak, keresahan tanpa henti serta masalah berkaitan memori dan penumpuan.
Komponen masalah kegelisahan merangkumi tindak balas fizikal terhadap kegelisahan (seperti berdebar-debar dan sakit perut) serta pemikiran yang menyimpang yang menjadi sumber kebimbangan yang berlebihan.
Selain itu, individu tersebut juga akan mengalami perubahan tingkah laku yang mempengaruhi cara biasa seseorang menjalani kehidupan dan berinteraksi dengan orang lain.
Secara umumnya, berikut adalah ringkasan perbezaan antara kegelisahan normal dan gangguan kegelisahan:
Kegelisahan normal
Gangguan kegelisahan
Sekiranya kegelisahan yang anda alami sudah banyak menjejaskan kualiti kehidupan anda, tiba masanya untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan bantuan.
Ini kerana ia bukan lagi kegelisahan yang normal, tetapi adalah satu gangguan kegelisahan.
Doktor akan melakukan saringan kepada anda untuk memastikan sama ada benar-benar mengalami gangguan ini atau tidak.
Doktor akan membantu anda dengan sebaiknya bagi mengatasi masalah yang sedang anda alami.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen