Para penyelidik mendapati bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada minuman keras ini semasa berada di dalam rahim, menunjukkan sambungan otak yang diubah, yang konsisten dengan prestasi kognitif terjejas. Penemuan mereka diperoleh dengan mengukur respons dari teknik pengimejan otak yang dipanggil sebagai magnetoencephalography (MEG) dan kemudian menganalisisnya dengan alat yang dibangunkan dengan menggunakan chaos theory. Ini adalah salah satu bukti yang mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak.
Menurut kajian pada tahun 2017, didapati bahawa pengambilan minuman keras per kapita di Malaysia dikatakan antara yang terendah di Asia, pada kadar 1.7 liter per kapita setahun, tidak jauh berbeza dengan Singapura (2.9) dan Indonesia (0.6). Pun begitu, trend dan ramalan semasa menunjukkan peningkatan dalam penggunaan alkohol per kapita global dalam tempoh 10 tahun akan datang, terutamanya dalam kawasan Asia Tenggara dan Pasifik Barat serta Wilayah Amerika. Tanpa pendidikan dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan minuman keras ini, ia juga bakal menyaksikan peningkatan kesan penyalahgunaan yang tidak diingini.
Pendek kata, langkah yang lebih kreatif dan efektif perlu diambil bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa serta memberikan masa depan yang lebih cerah dan sihat kepada generasi akan datang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen