backup og meta

Jangan Ambil Remeh Kesihatan Otak! Ini 6 Cara Tingkatkan Kecerdasan Otak Anda

Jangan Ambil Remeh Kesihatan Otak! Ini 6 Cara Tingkatkan Kecerdasan Otak Anda

Kesihatan fizikal tubuh badan sememangnya amat penting kerana ia boleh menurunkan kualiti hidup kita jika terganggu. Namun, otak juga merupakan anggota atau bahagian badan yang perlu diberikan perhatian serius. Bukan itu sahaja, kita juga perlu tahu cara meningkatkan kecerdasan otak setiap hari. Mengapa? Lihat penerangan lanjut di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Otak, anda boleh klik di sini.

Kenapa otak sangat penting untuk manusia?

cara meningkatkan kecerdasan otak
Kesihatan otak yang terabai memberi kesan kepada tubuh badan.

Apabila bercakap mengenai penjagaan kesihatan diri, pasti kita akan terlintas tentang penjagaan fizikal badan dan sebagainya. 

Namun, jarang sekali kita memperkatakan tentang penjagaan otak. Betul kan? 

Tahukah anda bahawa otak boleh diibaratkan sebagai pusat kawalan atau arahan utama bagi segala fungsi kognitif dan badan.

Tanpa otak, anda mungkin tidak mampu menggerakkan tubuh badan seperti biasa. Ini kerana, otak akan memberikan arahan menerusi saraf dalam badan untuk segala fungsi badan. 

Secara umumnya, otak adalah bahagian yang bertanggungjawab untuk mengawasi keseluruhan kehidupan kita. 

Bermula daripada tindak balas kognitif, reseptor deria rasa sehinggalah kepada mengingati memori seperti hari ulang tahun ahli keluarga anda, kesemuanya menggunakan kuasa dan kemampuan otak.

Tahap kesihatan otak adalah penting apabila melibatkan kemampuan untuk berfikir, bertindak dan meneruskan kehidupan dengan baik.

Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk kita mengurangkan faktor risiko yang boleh menyebabkan tekanan kepada otak, dengan memastikan ia kekal aktif seiring peningkatan usia

Jadi, apakah cara meningkatkan kecerdasan otak yang boleh anda lakukan?

6 cara meningkatkan kecerdasan otak dan elakkan perkembangan penyakit berkaitan

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh berfungsi sebagai cara meningkatkan kecerdasan otak manusia. 

Menurut Pakar Neurologi di Sunway Medical Center Velocity (SMCV), Dr Kok Chin Yong, kita boleh mengikuti kaedah SEMMMS bagi mencegah perkembangan penyakit otak dan memastikan keseimbangannya.

SEMMMS merupakan kependekan bagi Sleep, Exercise, Medical, Medication, diet MIND & Social.

Berikut adalah cara meningkatkan kecerdasan otak dengan lebih terperinci:

#1. Tidur yang mencukupi sebagai cara meningkatkan kognitif otak

Tidur memainkan peranan penting bagi mengekalkan fungsi asas dalam kehidupan. 

Banyak kajian menunjukkan bahawa kualiti tidur yang buruk boleh menyebabkan atau mempercepatkan penurunan fungsi kognitif otak 1.

cara meningkatkan kecerdasan otak
Jumlah waktu tidur mengikut umur.

Tahap kebersihan tidur juga adalah kunci bagi mendapatkan tidur malam yang baik

Ia merujuk kepada kepelbagaian amalan yang dilakukan untuk mendapatkan waktu tidur malam yang berkualiti. 

Antaranya:

#2. Senaman secara berkala juga cara meningkatkan kognitif otak

Mahukan badan sihat otak cerdas? Tentunya menerusi senaman. 

Mengamalkan gaya hidup sihat terbukti sebagai salah satu cara meningkatkan kecerdasan otak serta tahap kesihatannya. 

Kajian menyatakan bahawa manfaat gaya hidup aktif dilihat mampu mengurangkan risiko perkembangan demensia atau nyanyuk 2

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala juga dapat mengurangkan risiko strok 3.

Oleh sebab itu, setiap individu amat disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 40 minit pada satu sesi senaman, dengan kekerapan sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan badan sihat otak cerdas

#3. Pengambilan ubatan 

Masalah tekanan darah tinggi adalah faktor risiko paling tinggi yang menyebabkan penyakit strok. Oleh itu, anda perlu mengawal tekanan darah setiap masa. 

Hipertensi tidak terkawal boleh menyebabkan perubahan pada saluran darah kecil otak manusia, dan ini menyebabkan anda terdedah kepada risiko mengalami strok serta demensia.

Jadi, mereka dengan masalah kesihatan diabetes, hipertensi atau tekanan darah tinggi perlu mengambil ubat mengikut waktu yang ditentukan.

#4. Cara meningkatkan kecerdasan otak: Amalan meditasi 

Melakukan meditasi dipercayai dapat mengurangkan masalah berkaitan kemurungan dan ketagihan. 

Sekiranya dilakukan secara berkala, meditasi seperti yoga dapat membantu memberikan ketenangan pada minda dan menurunkan tekanan dalam diri 4.

#5. Diet harian antara cara meningkatkan kecerdasan otak

Apa lagi cara meningkatkan kognitif otak? Semestinya menerusi diet yang tepat. Ini kerana diet yang tepat memberikan vitamin untuk kecerdasan otak

Terdapat pelbagai jenis pelan diet yang kita ketahui. Namun untuk kesihatan otak secara khusus, anda disarankan untuk mengamalkan rutin diet MIND. 

Diet MIND adalah diet Mediterranean-DASH for Neurodegenerative delay – gabungan Mediterranean dan juga DASH.

Ia terdiri daripada sayuran hijau dan berdaun hijau, bijirin penuh, buah beri, minyak zaitun dan ikan yang kaya vitamin untuk kecerdasan otak

Berdasarkan kajian, diet ini mampu memperlambatkan penuaan otak manusia sekitar 7.5 tahun dan mengurangkan risiko Alzheimer 5.

Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan dan minuman yang kaya dengan asid amino L-Histidine. 

Asid amino ini membantu melegakan keletihan mental dan memberikan sensasi pemikiran yang jelas dan penuh perhatian. Ia juga membantu memendekkan masa tindak balas kognitif 6 7.

Amalan pemakanan yang tidak sihat seperti garam berlebihan dan kurang pengambilan buah-buahan dan sayuran pula boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.

#6. Aktif secara sosial juga antara cara meningkatkan kognitif otak

Ramai yang tidak tahu, individu yang aktif secara sosial boleh menurunkan risiko untuk mengalami demensia 8. Ia merupakan antara cara meningkatkan kecerdasan otak yang mudah.

Interaksi sosial tidak hanya terhad kepada perbualan secara bersemuka.

Namun ia juga boleh dilakukan menggunakan kemajuan teknologi masa kini seperti panggilan video, panggilan telefon, emel mahupun media sosial lain.

Membentuk satu rangkaian sokongan baik secara sosial dapat membantu meningkatkan kebersamaan dan perhubungan sesama manusia. 

Minum sari pati ayam BRAND’S sebagai cara meningkatkan kognitif otak

cara meningkatkan kecerdasan otak
Sari pati ayam BRAND’S®

Mengakhiri hari dengan produktiviti yang tinggi adalah impian setiap individu, tidak kira untuk golongan berkerjaya mahupun mereka yang mementingkan kesihatan otak dan tubuh. 

Sari pati ayam BRAND’S® menawarkan cara meningkatkan kecerdasan otak untuk membantu anda mencapai kecerdasan yang lebih baik. 

Dengan kandungan L-Histidine, sari pati ayam terkenal ini membantu mengurangkan keletihan otak, memberikan sensasi pemikiran yang jelas dan kepekaan, serta mempercepatkan masa reaksi kognitif 6 7

Dalam erti kata lain, ia menjadikan pemikiran kita lebih jelas bersama-sama tindak balas yang pantas! 

Kajian klinikal ada menunjukkan bahawa dengan meminum satu botol sari pati ayam BRAND’S® secara berterusan selama 10 hari, anda akan mengalami peningkatan dalam tumpuan dan kejelasan fikiran 7 9

Jadi, apabila keletihan melanda, fikirkan tentang otak dahulu dan tingkatkan tenaga otak anda dengan sari pati ayam BRAND’S®. 

Kesihatan otak sama penting dengan kesihatan badan


Penting bagi kita untuk memahami betapa pentingnya menjaga kesihatan dan meningkatkan kecerdasan otak dalam kehidupan seharian yang sibuk. 

Sari pati ayam BRAND’S® menawarkan penyelesaian yang terbukti secara klinikal untuk membantu mengurangkan keletihan otak dan meningkatkan fungsi kognitif otak. 

Jadi, apabila anda berasa letih dan memerlukan lonjakan tenaga otak, carilah inisiatif seperti mengamalkan produk BRAND’S®. Ini antara cara meningkatkan kognitif otak kerana ia membantu mencapai prestasi otak yang optimum. 

Pilihlah BRAND’S® untuk kecerdasan dan ketajaman minda yang lebih baik!

Ketahui lebih lanjut tentang sari pati ayam BRAND’S® dan L-Histidine di sini!

#BRANDSEssenceOfChicken #BRANDSStaySharp

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Javaheripour, N., Shahdipour, N., Noori, K., Zarei, M., Camilleri, J., Laird, A., Fox, P., Eickhoff, S., Eickhoff, C., Rosenzweig, I., Khazaie, H., & Tahmasian, M. (2019). Functional brain alterations in acute sleep deprivation: An activation likelihood estimation meta-analysis.. Sleep medicine reviews, 46, 64-73 . https://doi.org/10.1016/j.smrv.2019.03.008. Diakses pada Julai 30, 2024. 
  2. Küster, O., Fissler, P., Laptinskaya, D., Thurm, F., Scharpf, A., Woll, A., Kolassa, S., Kramer, A., Elbert, T., Arnim, C., & Kolassa, I. (2016). Cognitive change is more positively associated with an active lifestyle than with training interventions in older adults at risk of dementia: a controlled interventional clinical trial. BMC Psychiatry, 16. https://doi.org/10.1186/s12888-016-1018-z. Diakses pada Julai 30, 2024.
  3. Hu, G., Sarti, C., Jousilahti, P., Silventoinen, K., Barengo, N., & Tuomilehto, J. (2005). Leisure Time, Occupational, and Commuting Physical Activity and the Risk of Stroke. Stroke, 36, 1994-1999. https://doi.org/10.1161/01.STR.0000177868.89946.0c. Diakses pada Julai 30, 2024.
  4. Kumara, M. (2022). Yoga for Stress Relief in Our Body Life. International Journal of Advanced Research in Science, Communication and Technology. https://doi.org/10.48175/ijarsct-7195. Diakses pada Julai 30, 2024.
  5. van den Brink, A., Brouwer-Brolsma, E., Berendsen, A., & van de Rest, O. (2019). The Mediterranean, Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH), and Mediterranean-DASH Intervention for Neurodegenerative Delay (MIND) Diets Are Associated with Less Cognitive Decline and a Lower Risk of Alzheimer’s Disease—A Review. Advances in Nutrition, 10, 1040 – 1065. https://doi.org/10.1093/advances/nmz054. Diakses pada Julai 30, 2024.
  6. Sasahara, I., Fujimura, N., Nozawa, Y., Furuhata, Y., & Sato, H. (2015). The effect of histidine on mental fatigue and cognitive performance in subjects with high fatigue and sleep disruption scores. Physiology & behavior, 147, 238–244. https://doi.org/10.1016/j.physbeh.2015.04.042. Diakses pada Julai 30, 2024.
  7. Benton D., Young H.A. The effect of chicken essence on cognition and mood: A randomized controlled trial. Curr. Top. Nutraceuticals Res. 2015;13:61–70. https://www.researchgate.net/profile/Hayley-Young-2/publication/292375431_The_effect_of_chicken_essence_on_cognition_and_mood_A_randomized_controlled_trial/links/5808dc3d08ae1c98c2523ac1/The-effect-of-chicken-essence-on-cognition-and-mood-A-randomized-controlled-trial.pdf. Diakses pada Julai 30, 2024.
  8. Su, S., Shi, L., Zheng, Y., Sun, Y., Huang, X., Zhang, A., Que, J., Sun, X., Shi, J., Bao, Y., Deng, J., & Lu, L. (2022). Leisure Activities and the Risk of Dementia. Neurology, 99, e1651 – e1663. https://doi.org/10.1212/WNL.0000000000200929. Diakses pada Julai 30, 2024.
  9. Young, H., Benton, D., & Carter, N. (2015). The effect of chicken extract on mood, cognition and heart rate variability. Nutrients, 7(2), 887–904. https://doi.org/10.3390/nu7020887. Diakses pada Julai 30, 2024.

Versi Terbaru

15/08/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini 9 Jenis Makanan Penambah Tenaga!

Jangan Terkejut, 6 Tabiat Ini Punca Anda Selalu Cepat Penat Dan Lesu, Sila Elakkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan