Kesedihan dan kehilangan adalah satu tindak balas semula jadi apabila individu yang rapat dengan anda dan anak anda meninggal dunia. Adalah sukar sebagai ibu bapa untuk melihat anak bergelut dengan emosi kesakitan. Kenyataannya, anda memang tidak dapat menghilangan kesakitan dan kesedihan yang dihadapi, tetapi anda dapat membantu anak anda mengatasi kesedihan dan kehilangan melalui bercerita.
Kenapa bercerita dapat membantu?
Sebelum penulisan diperkenal dan diperkembangkan, bercerita merupakan salah satu cara komunikasi yang dapat menyatukan komuniti dan menyebarkan berita dalam kalangan komuniti. Melalui bercerita ia dalam menyebarkan budaya, pengajaran hidup dan pendidikan kepada semua etnik dan bangsa. Sudah tentu, minda kita sudah terpupuk untuk mendengar kisah penceritaan yang baik.
Apabila anak mengalami kesedihan dan kehilangan, mereka akan mematikan kesakitan itu. Anak anda mungkin mengalami kesukaran untuk meluahkan apa yang dirasai dan mungkin tidak mengetahui apa yang mereka rasai. Penceritaan dalam menggalakkan mereka untuk lebih terbuka dan secara perlahan dapat membantu mereka menyedari apa yang mereka rasai untuk membantu mereka berdepan dengan perasaan tersebut.
Bagaimana bercerita dapat membantu?
Berikut adalah beberapa sebab mengapa penceritaan dalam membantu anak anda mengatasi kesedihan dan kehilangan:
Bercerita adalah cara meluahkan perasaan
Bercerita dalam menggalakkan anak anda untuk menyatakan rasa marah, sedih, kebencian, rasa bersalah dan malu.
Dengan menggunakan bahasa simbolik, individu atau haiwan sebagai mewakili apa yang dirasai, kebimbangan atau ketakutan, anak anda mungkin akan merasai ia adalah lebih mudah untuk bercakap berbanding meluahkan secara langsung mengenai individu yang meninggal dunia, atau mengenai dirinya.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mungkin tidak dapat bercerita mengenai berada dalam kesedihan selepas kehilangan individu yang disayangi, tetapi kanak-kanak boleh bercerita tentang haiwan yang merasa sangat sedih apabila ibunya meninggal dunia. Melalui cara ini, kanak-kanak boleh meluahkan tentang kesedihan yang dihadapi tanpa merasa malu.
Dapat mengawal apa yang berlaku
Anak anda boleh mengubah apa yang berlaku dalam penceritaan yang sekali gus memberikan mereka peluang untuk mengganti rasa sedih dan duka dengan sesuatu yang lebih memberikan mereka keselesaan dan kebahagiaan. Secara tidak langsung, ia dapat menyembuhkan kesedihan dan kehilangan yang dirasai secara semula jadi.
Anda boleh meminta mereka untuk lebih menjiwai watak dan situasi dalam penceritaan mereka. Kaedah ini dapat membantu mereka untuk berdepan perasaan, ketakutan dan kebimbangan mereka. Sebagai contoh, minta anak anda untuk memberikan lebih maklumat tentang kisah mereka, dapat membantu untuk menjelaskan perasaan mereka tentang situasi tersebut, atau cadangkan kepada mereka untuk memikirkan pengakhiran yang berbeza. Ini dapat membantu anak anda untuk membuat kesimpulan atau melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza dari apa yang mereka rasai.
Bercerita memudahkan anak anda menerima hakikat
Anak anda mungkin merasakan bahawa bercerita dengan individu yang disayangi hanya akan menyakitkan perasaannya. Sedangkan hakikatnya bercerita dalam membantu mengurangkan ketegangan emosi sedih yang wujud kerana kehilangan yang dihadapi. Minda mereka akan mendapati bahawa bercerita adalah cara terbaik untuk menikmati dan mengingati memori serta kenangan yang dimiliki bersama individu yang disayangi, dan dalam masa yang sama, fikiran mereka belajar menerima kehilangan dan kesedihan yang dihadapi.
Penceritaan anak anda boleh bermula dengan sesuatu yang gembira, kelakar dan ringan sehingga ke arah cerita yang serius yang disertakan dengan kenangan mengenai kematian itu sendiri. Ini boleh dianggap sebagai petanda bahawa minda anak anda secara perlahan-lahan dapat menerima hakikat dan kenyataan yang berlaku dan bersedia untuk menghadapinya.