backup og meta

Nak Alat Sulit Kuat Bila Bersama Isteri, Buat 10 Cara Best Ini, Confirm Padu Cik Abang Punya!

Nak Alat Sulit Kuat Bila Bersama Isteri, Buat 10 Cara Best Ini, Confirm Padu Cik Abang Punya!

Masalah disfungsi erektil atau mati pucuk merupakan sesuatu yang serius untuk kaum Adam. Walaupun masalah ini merupakan sesuatu yang lazim, penghidapnya pasti ingin mencari cara mencegah mati pucuk.

Tidak dinafikan, gaya hidup atau penyakit tertentu merupakan penyebab utama masalah disfungsi erektil.

Masalah mati pucuk boleh meletakkan beban yang berat ke atas hubungan seseorang. Namun, apa yang peliknya, hampir separuh lelaki yang mengalami masalah ereksi akan mengabaikan kondisi ini.

Jika sukar untuk mendapatkan ereksi, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar segera.

10 Cara mencegah mati pucuk

Disfungsi erektil mungkin berpunca daripada masalah fizikal ataupun psikologikal. Di bawah, kami telah mengumpulkan 10 cara yang terbaik untuk mengatasi mati pucuk.

Ingatlah, pencegahan lebih baik daripada merawat. Jika anda mengalami masalah ereksi, cara mencegah mati pucuk yang digariskan mungkin dapat membantu anda kembali pulih.

1. Pastikan berat badan sihat

Dengan memastikan berat badan dalam lingkungan yang sihat, anda dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jika anda perlu menurunkan berat badan, bercakaplah dengan doktor mengenai cara yang terbaik untuk melakukannya. 

Menurunkan berat badan merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah mati pucuk. Walau bagaimanapun, penurunan berat badan haruslah dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya dengan drastik.

Penurunan berat badan bukan sahaja dapat memperbaiki masalah mati pucuk, ia juga boleh meningkatkan tahap testosteron dan membuatkan lelaki menjadi semakin yakin dengan imej diri.

2. Elak mati pucuk dengan diet Mediterranean

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal JAMA Network Open, diet Mediterranean mungkin dapat membantu lelaki untuk mendapatkan semula fungsi seksual mereka.

Manakan tidak, diet ini menggalakkan pengambilan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, lemak sihat dan kekacang.

Amalan makan secara sihat bukan sahaja membuatkan anda lebih bertenaga, ia juga dapat menjauhkan penyakit seperti obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi!

3. Jaga tekanan darah untuk elak mati pucuk

Jangan lupa, perhatikan juga tekanan darah anda setiap hari. Tekanan darah tinggi dan mati pucuk mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Oleh sebab itu, jika anda mempunyai kedua-dua masalah ini, pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

Masalah disfungsi erektil yang anda alami mungkin dapat diatasi jika tekanan darah tinggi anda dirawat secepat mungkin. 

punca zakar bengkak

4. Kurangkan pengambilan kolesterol

Inilah masa yang terbaik untuk memeriksa tahap kolesterol dalam badan anda. Mana tahu, kolesterol tinggi mungkin dalang di sebalik kesukaran untuk mendapatkan ereksi.

Tetapi, bagaimana hendak periksa tahap kolesterol? Mudah sahaja, jika ada farmasi berdekatan dengan rumah anda, mereka mungkin dapat mengambil bacaan kolesterol Bacaan Kolesterol Tinggi? Ini Cara Yang Terbaik Untuk Menurunkannya, Cubalah!dengan harga yang murah.

5. Menghidap diabetes? Kawalnya dengan ubat-ubatan

Salah satu cara mengatasi mati pucuk adalah dengan mengambil ubat-ubatan untuk masalah kesihatan, terutamanya jika anda menghidap diabetes.

Jika anda tidak mengambil ubat-ubatan mengikut jadual, besar kemungkinan anda akan mengalami masalah mati pucuk yang serius pada masa hadapan.

6. Hentikan pengambilan alkohol dan amalan merokok

cara mencegah mati pucuk

Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti. Amalan ini bukan sahaja boleh menyebabkan mati pucuk, ia juga berkait rapat dengan penyakit jantung dan masalah saluran darah.

Selain itu, berhenti mengambil minuman keras. Lelaki yang gemar minum arak pasti tahu kesan sampingan alkohol terhadap prestasi mereka ketika bersenggama.

Oleh sebab itu, berhentilah sebelum kecederaan yang anda alami menjadi semakin teruk.

7. Jangan ambil dadah

Pengambilan dadah boleh membuatkan anda mengalami masalah ereksi. Malah, ada juga ubat yang boleh mengganggu libido anda. 

Dapatkan bantuan jika anda sukar untuk berhenti mengambil dadah. Jangan biarkan amalan ini memakan diri. 

8. Bersenam untuk elak mati pucuk

Cara mencegah mati pucuk yang terbaik adalah dengan bersenam secara kerap. Ada banyak bukti yang menunjukkan bahawa gaya hidup tidak aktif mungkin penyumbang kepada masalah mati pucuk.

Malah, senaman seperti berenang, berlari dan juga aerobik dapat membantu kaum Adam menghalang penyakit disfungsi erektil.

9. Perhatikan tahap testosetron 

Walaupun sihat, tahap testosteron dalam badan mungkin akan berkurang apabila umur mencecah 50 tahun. Selepas umur 40, lelaki akan mengalami penurunan testosteron sebanyak 1.3% setiap tahun.

Selain itu, lelaki juga akan alami simptom lain seperti kurang stamina, libido rendah atau kesukaran untuk membuat keputusan.

Jika anda ingin kepastian tentang cara mencegah mati pucuk, bercakaplah dengan doktor untuk penerangan yang lebih lanjut.

10. Cara mencegah mati pucuk – Kawal stres 

cara mengawal stres

Masalah mental seperti stres dan kegelisahan boleh menyebabkan lelaki mengalami masalah untuk mengekalkan ereksi. Jika anda sedang merana secara mental, berjumpalah doktor untuk rawatan lanjut.

Sama seperti penyakit lain, penyakit mental juga perlu dirawat. Malah, dengan rawatan dan bantuan ubat-ubatan yang betul, tidak mustahil anda dapat mengawal stres dan mencegah mati pucuk.

Cuba lakukan aktiviti seperti meditasi untuk kurangkan stres dan memperbaiki mood anda setiap hari.

Jika anda suka bermain permainan video, luangkan masa untuk melakukan hobi anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Selain itu, luangkan masa bersama insan yang tersayang. Jangan bekerja terlalu kerap hingga anda tidak ada masa untuk diri sendiri.

Cara mencegah mati pucuk, mudah sahaja!

Tidak dinafikan, ada banyak cara mencegah mati pucuk. Untuk mengelakkan kondisi ini pada masa hadapan, pastikan anda kekalkan berat badan yang sihat, sentiasa bersenam dan jangan merokok.

Jika anda mempunyai masalah ereksi, berjumpalah doktor secepat mungkin sebelum terlambat. 

Malah, anda mungkin sebenarnya menghidap penyakit lain seperti diabetes atau sakit jantung yang berkait rapat dengan masalah disfungsi erektil.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Erectile dysfunction.  https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776. Accessed June 24, 2021.
  2. Erectile Dysfunction (ED). https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/e/erectile-dysfunction-(ed). Accessed June 24, 2021.
  3. Erectile Dysfunction. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/erectile-dysfunction. Accessed June 24, 2021.
  4. Erectile Dysfunction. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10035-erectile-dysfunction. Accessed June 24, 2021.
  5. Erectile Dysfunction (ED). https://familydoctor.org/condition/erectile-dysfunction/. Accessed June 24, 2021.

Versi Terbaru

28/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Suami Salahkan Isteri Tak Menarik, Sebab Tu 'Adik' Lembik? Ini Mitos & Fakta Mati Pucuk

5 PUNCA UTAMA Mati Pucuk, Bukan Disebabkan Umur Semata-Mata!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan