Terdapat risiko untuk pesakit alami disfungsi erektil selepas pembedahan disebabkan wujudnya saraf yang amat sensitif di bahagian kanan dan kiri prostat. Saraf ini amat mudah untuk tercedera sewaktu pembedahan.
Walau bagaimanapun, jika kanser telah merebak pada saraf tersebut, kemungkinan besar ia perlu dibuang untuk elak kanser daripada menjadi semakin teruk.
Oleh sebab itu, tidak mustahil pembedahan boleh menjadi salah satu punca utama mati pucuk.
Punca 5: Mati pucuk disebabkan kecederaan atau luka

Lelaki berisiko untuk mengalami kecederaan pada alat sulit disebabkan kawasan zakar dan skrotum yang tidak dilindungi oleh sebarang tulang.
Selalunya, masalah mati pucuk yang berlaku disebabkan kecederaan kerana:
- Aktiviti sukan dan rekreasi seperti mendaki gunung, berbasikal, bola sepak dan besbol.
- Kemalangan di tempat kerja seperti pendedahan terhadap bahan kimia yang berbahaya.
- Jatuh.
- Aktiviti seksual.
Luka pada kawasan kemaluan selalunya sembuh tanpa sebarang masalah.
Walau bagaimanapun, jika anda rasa sakit yang berpanjangan, bengkak atau muncul ruam pada kawasan kemaluan, pastikan anda berjumpa doktor.
Mati pucuk boleh berlaku jika saluran darah yang membekalkan oksigen pada kawasan zakar terluka.
Oleh sebab itu, lelaki mungkin alami masalah disfungsi erektil disebabkan luka yang mereka alami. Tetapi, ada juga lelaki yang alami masalah sukar untuk menghilangkan ereksi disebabkan kecederaan.
Jika ini yang berlaku, pastikan anda ke hospital dengan segera. Ereksi yang tidak boleh hilang secara semula jadi merupakan satu kecemasan dan perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin.
Kesimpulan
Masalah mati pucuk boleh sembuh jika anda mengambil langkah proaktif dengan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Tolak ketepi dahulu rasa malu dan utamakan kesihatan diri. Jika tidak, anda tidak akan tahu punca sebenar masalah mati pucuk yang dialami.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen