backup og meta

Suami Salahkan Isteri Tak Menarik, Sebab Tu 'Adik' Lembik? Ini Mitos & Fakta Mati Pucuk

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/12/2022

    Suami Salahkan Isteri Tak Menarik, Sebab Tu 'Adik' Lembik? Ini Mitos & Fakta Mati Pucuk

    Penyakit zakar, mati pucuk telah menimpa seramai 3 juta lelaki di Malaysia! Pun begitu, masih banyak khabar angin yang salah berlegaran dalam kalangan masyarakat.

    Bahkan, sebahagian besar informasi yang didengar dan dibaca mengenai mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) di dalam talian atau daripada orang sekeliling kebanyakannya auta!

    Untuk memahami penyakit zakar ini dengan lebih mendalam, anda perlu tahu membezakan yang mana fakta, dan mitos.

    Usah risau, kami di Hello Doktor akan sama-sama merungkai kebenaran di sebalik ura-ura yang sering menimbulkan kesalahfahaman tentang masalah ini, jom baca!

    Mitos & fakta penyakit zakar, mati pucuk!

    #1 Mati pucuk & faktor usia

    Salah satu kepercayaan yang sering dikatakan mengenai penyakit zakar ini, ia hanya menyerang golongan lelaki yang lebih tua.

    Untuk makluman, prevalensi ED sememangnya meningkat seiring usia, iaitu 40% lelaki berusia lebih daripada 40 tahun dan 70% pula berumur lebih 70 tahun.

    Statistik kondisi ini menunjukkan bahawa ia boleh menyerang kaum Adam dalam lingkungan umur berapa pun, tidak hanya terhad kepada mereka yang berusia!

    Malah, lebih daripada seperempat lelaki di bawah usia 40 tahun dilaporkan mempunyai pengalaman ED, dan separuh daripada golongan ini mengalami masalah yang serius!

    Ya, ED yang lebih kerap menjejaskan lelaki tua, namun anda masih boleh mengalaminya kerana ternyata kondisi ini menyerang individu tanpa mengira usia atas pelbagai kondisi yang berupaya memicu mati pucuk.

    #2 Penyakit zakar: ED boleh menghilang dengan sendiri

    penyakit zakar

    Disfungsi ereksi merupakan masalah perubatan yang boleh bermula atas pelbagai sebab dan akan terus bertambah parah dari masa ke masa, jika puncanya tidak ditangani.

    Ini membuatkan risiko bahaya untuk tidak diuji dan dirawat, menjadi lebih besar!

    Dengan aterosklerosis (penyakit plak terkumpul di dalam arteri), anda berisiko jauh lebih tinggi untuk serangan jantung, strok, dan juga jangkitan pada luka.

    Pun begitu, arteri yang tersumbat bukanlah satu-satunya penyebab ED. Antara pemicu mati pucuk yang lain termasuk:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Kerosakan saraf.
  • Penyakit Peyronie (zakar membengkok dengan melampau).
  • Obesiti.
  • Diabetes.
  • Kolesterol tinggi.
  • Kecederaan pada zakar.
  • Penurunan testosteron.
  • Estrogen meningkat.
  • Masalah kesihatan yang sedia ada hanyalah sebahagian daripada pemicunya.

    Jika kalian tiada mood atau alami gangguan emosi, ereksi juga akan sukar terjadi.

    Penyumbang ED secara psikologi pula boleh merangkumi:

    • Kemarahan terhadap pasangan
    • Keresahan
    • Kemurungan
    • Terasa bosan dengan pasangan anda
    • Rasa bersalah
    • Kebimbangan dengan prestasi di ranjang
    • Pengalaman trauma seksual yang lalu
    • Tekanan atau stres

    Akhir sekali, pilihan gaya hidup anda juga berupaya menjadi antara penyumbangnya!

    Sekiranya anda seorang perokok, suka minum arak, atau terlibat dalam penyalahgunaan dadah, tidak mustahil untuk anda alami masalah mati pucuk.

    Malah, ubat-ubatan tertentu, baik yang boleh diperoleh di kaunter dan dipreskripsi turut berisiko menyebabkannya.

    #3 Zakar tidak ‘naik’ dek kerana tidak tertarik dengan pasangan

    Betul ke kekurangan tarikan seksual pun boleh buat ‘adik’ susah naik? Sebenarnya, banyak sekali faktor yang boleh menyebabkan masalah ereksi.

    Walaupun kekurangan tarikan seksual terhadap pasangan mungkin salah satunya, namun kemungkinan besar ia menjadi indikasi kepada masalah lain juga tidak mustahil.

    Penyakit zakar ED boleh disebabkan oleh:

    • Masalah jantung, seperti tekanan darah tinggi dan aterosklerosis (pengerasan arteri)
    • Diabetes (antara 35% dan 50% lelaki dengan penyakit diabetes mengalami ED)
    • Beberapa jenis ubat-ubatan untuk tekanan darah, kegelisahan, dan kemurungan
    • Gangguan saraf, seperti penyakit Parkinson dan sklerosis berbilang
    • Masalah hormon
    • Masalah mood seperti tekanan, kegelisahan, dan kemurungan
    • Merokok dan minum alkohol
    • Telah menjalani pembedahan prostat dan pundi kencing tertentu

    #4 Mati pucuk boleh diubati hanya dengan bantuan suplemen herba?

    Untuk makluman, kalian berpotensi menghadapi beberapa risiko apabila anda mengambil suplemen yang kononnya dipasarkan untuk ubati ED.

    1 perkara yang perlu difahami, anda mungkin tidak akan dapat mengenal pasti kandungan sebenar kebanyakan suplemen yang dijual sebagai rawatan ED.

    Tidak mustahil juga ia mengandungi bahan berbahaya yang tidak boleh dicampur dengan ubat-ubatan lain yang anda sedang ambil.

    Juga, jika anda pandai-pandai mengambil suplemen ini tanpa merujuk doktor, ini bermakna kalian tidak diperiksa untuk kemungkinan seperti diabetes dan penyakit jantung yang mungkin mengakibatkan ED.

    #5 ED boleh menjadi gejala penyakit fizikal?

    penyakit zakar

    Fakta! Ereksi melibatkan banyak faktor fizikal dalam badan; saraf, hormon, saluran darah, dan otak.

    Apa-apa perkara yang mengganggu faktor-faktor ini boleh menyebabkan ED, termasuk penyakit yang merosakkan saluran darah dan saraf, serta penyakit yang menurunkan tahap testosteron.

    Penyakit ini turut meliputi diabetes, aterosklerosis, hipogonadisme (kondisi yang menyebabkan tahap testosteron yang lebih rendah), sklerosis berbilang, penyakit Parkinson, dan strok.

    Justeru, menangani penyakit fizikal yang sedia ada dapat bantu mengurangkan penyakit zakar mati pucuk!

    Konklusi

    Penyakit zakar seperti ED, kondisi yang berupaya menjejaskan golongan lelaki daripada semua peringkat umur dan harus ditangani secara terbuka.

    Sekiranya anda mengesyaki menderita disfungsi ereksi, segera lakukan janji temu pada hari ini!

    Ini akan bantu mengenal pasti sebarang risiko penyakit yang berkemungkinan memicu ED dan memberikan kalian peluang untuk mendapatkan rawatan sebelum kondisi bertambah parah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan