backup og meta

Power Di Ranjang Makin Hilang? Lakukan Senaman Ini Bagi Kurangkan Risiko Mati Pucuk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    Power Di Ranjang Makin Hilang? Lakukan Senaman Ini Bagi Kurangkan Risiko Mati Pucuk!

    Kondisi disfungsi erektil atau mati pucuk adalah satu masalah yang paling menakutkan buat mana-mana lelaki. Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis senaman yang boleh kurangkan risiko mati pucuk?

    Manakan tidak, kondisi ini akan menyebabkan ketidakmampuan zakar lelaki untuk mencapai dan mengekalkan ereksi. Ini sudah pasti akan menjejaskan kehidupan seksual mereka!

    Seperti mana yang ramai sedia maklum, antara rawatan yang boleh dilakukan adalah pengambilan ubatan seperti viagra sebelum melakukan hubungan seks.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Mengapa senaman boleh kurangkan risiko mati pucuk?

    Ereksi zakar yang baik adalah sangat bergantung kepada kondisi kesihatan seseorang lelaki. Jika tahap kesihatan mereka baik, maka baiklah kemampuan zakar untuk menegang serta mengeras bagi menjamin kehidupan seks yang sihat dan sejahtera.

    Ini berbeza pula halnya jika kesihatan lelaki itu berada pada tahap yang kurang baik.

    Sebagai contoh, individu yang mempunyai sakit jantung, diabetes, obesiti cenderung untuk mempunyai kadar testosteron yang rendah sekali gus memberi kesan kepada kemampuan zakar untuk berereksi.

    Disebabkan itu, rawatan dan ubatan adalah sangat diperlukan.

    Pun begitu, ada satu lagi cara yang dikatakan boleh membantu lelaki kurangkan risiko mati pucuk.

    Menurut kajian yang pernah diterbitkan oleh Jurnal Sexual Medicine, aktiviti senaman boleh membantu kurangkan risiko mati pucuk ekoran kemampuannya untuk menguatkan otot-otot sekali gus melancarkan aliran darah kepada zakar.

    Senaman jenis apa yang lelaki perlu lakukan?

    Sekarang kita sudah tahu bahawa senaman boleh membantu lelaki mengelakkan masalah disfungsi erektil ini.

    Persoalannya, senaman jenis apa yang wajar dilakukan?

    #1. Kegel

    kurangkan risiko mati pucuk

    Senaman kegel adalah sangat sesuai untuk dilakukan oleh lelaki. Ini kerana ia mampu membantu menguatkan otot-otot di bahagian bawah pinggang khususnya otot pubococcygeus – yang sangat penting dalam fungsi orgasme pada seorang lelaki.

    Sekiranya otot ini lemah, maka aliran darah ke zakar akan terbantut sekali gus menjejaskan kemampuan untuk berereksi. Dengan melakukan senaman ini secara rutin sebanyak 3 kali sehari selama 4 hingga 6 minggu, masalah ini mungkin dapat diatasi.

    Bagaimana untuk melakukannya? Ini panduan yang boleh anda ikuti:

    • Berbaring dengan kedua lutut anda dibengkokkan
    • Rehatkan tapak kaki dan tapak tangan di lantai
    • Tarik dan hembus nafas anda serentak dengan menggerakkan otot bawah pinggang anda ke atas dan ke bawah dan ulanginya beberapa kali

    #2. Pilates

    kurangkan risiko mati pucuk

    Selain kegel, anda juga boleh melakukan pilates untuk mengelakkan disfungsi erektil.

    Ini kerana ia juga merupakan senaman yang mampu menguatkan otot bawah pinggang anda. Bagaimanakah cara untuk melakukannya?

    • Berbaring dengan kedua lutut dibengkokkan
    • Rehatkan tapak kaki dan tapak tangan di lantai
    • Pastikan tulang belakang berada di posisi yang tegak sehingga ada ruang kecil di bahagian belakang tulang rusuk
    • Tarik dan hembus nafas anda serentak dengan menggerakkan otot bawah pinggang anda ke atas dan ke bawah dan ulanginya beberapa kali
    • Perbezaannya dengan kegel adalah pilates dilakukan dengan mengangkat otot bawah pinggang dengan lebih ke atas dan menahannya untuk beberapa detik sebelum menurunkannya kembali

    Selain senaman, apa boleh dilakukan untuk kurangkan risiko mati pucuk?

    Mungkin senaman sebegini boleh dijadikan alternatif untuk kurangkan risiko mati pucuk.

    Namun, kalian sebagai lelaki juga perlu mengambil langkah lain sekiranya kalian sudah mengalami mati pucuk termasuklah:

    • Pengambilan ubatan yang telah disahkan oleh doktor seperti sildenafil, vardenafil, tadalafil, avanafil dan alin-lain. Pun begitu, pastikan anda telah mendapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu ya?
    • Penggantian testosteron yang boleh dijalankan menerusi terapi dengan doktor. Ini kerana sesetengah lelaki mengalami masalah ini akibat kekurangan kadar hormon testosteron dalam badan yang sangat rendah
    • Penggunaan pam zakar untuk menggalakkan ereksi. Caranya, masukkan zakar anda ke dalam tiub ini dan aktifkannya sehingga ia semakin besar dan tegang. Kemudian, gunakan cincin elastik khas untuk mengekalkan darah yang sudah terkumpul di dalam zakar untuk memastikan ereksi yang besar, tegang dan kuat
    • Implan zakar yang boleh dijayakan melalui proses pembedahan. Caranya, ia boleh dilakukan dengan memasukkan alat gantian yang berupa implan ke dalam zakar. Ia boleh terdiri daripada rod yang boleh mengembung dan menegang. Ia mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah mati pucuk yang anda alami

    Kesimpulannya, senaman yang kami senaraikan ini mungkin dapat membantu kalian mengelak atau mengurangkan risiko mati pucuk yang dialami. Pun begitu, sila berjumpa doktor untuk lebih kepastian okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan