backup og meta

Jika Anda Alami 9 Tanda Ini, Jumpa Doktor Cepat! Ini Kesan Sebab Gula Darah Terlampau Tinggi

Jika Anda Alami 9 Tanda Ini, Jumpa Doktor Cepat! Ini Kesan Sebab Gula Darah Terlampau Tinggi

Tahukah anda, jika paras gula darah tinggi, anda amat berisiko untuk mendapat Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar?

Adakah sindrom akibat gula darah tinggi ini berbahaya? Mari kita lihat apakah kesan gula tinggi dalam darah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Kenali Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar: Sindrom akibat gula darah tinggi

Sindrom hiperosmolar diabetes merupakan sejenis keadaan kesihatan yang berlaku disebabkan paras gula darah yang terlalu tinggi.

Ia merupakan satu keadaan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.

gula darah tinggi
6 Simptom kencing manis.

Sekiranya anda mengalami sindrom ini, tubuh badan anda cuba untuk mengeluarkan atau menyingkirkan lebihan gula darah melalui air kencing.

Jika terus dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan dehidrasi yang melampau sehingga boleh membawa maut.

Keadaan ini merupakan salah satu daripada komplikasi yang biasa berlaku jika anda menghidap diabetes jenis 2. 

Simptom-simptom Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar

Untuk pengetahuan anda, sindrom ini lebih biasa berlaku dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2 yang telah berusia.

Antara simptom atau tanda seseorang itu mengalami Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar adalah:

  • Mempunyai bacaan gula darah lebih daripada 30 mmol/l
  • Berasa dahaga yang melampau
  • Mulut mengalami kekeringan
  • Kerap membuang air kecil
  • Kulit menjadi kering
  • Mengalami demam
  • Mengalami kekeliruan
  • Mengalami halusinasi
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Koma
  • Loya, muntah

Apakah punca gula darah tinggi yang menyebabkan sindrom ini berlaku?

gula darah tinggi
Individu yang mengalami Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar akan menunjukkan simptom demam.

Seperti yang diketahui, penghidap diabetes mempunyai paras gula atau glukosa yang tinggi dalam darah mereka.

Punca gula tinggi dalam darah ini berlaku disebabkan sama ada tubuh badan tidak menghasilkan insulin dengan mencukupi atau mempunyai masalah dengan penggunaan insulin.

Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar pula berlaku apabila paras gula darah ini menjadi terlalu tinggi dalam tempoh yang lama.

Lebihan gula darah ini kemudiannya dikeluarkan melalui air kencing yang menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil.

Kesannya, tubuh badan mengalami kehilangan air yang banyak sehingga menyebabkan dehidrasi yang teruk.

Antara punca sindrom hiperosmolar ini boleh berlaku ialah:

Komplikasi akibat Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar

Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar bukanlah satu keadaan kesihatan yang boleh dipandang ringan.

Ini kerana, sindrom ini merupakan antara keadaan kesihatan yang amat serius.

Sekiranya sindrom ini tidak dirawat dengan baik, ia mungkin boleh menyebabkan beberapa komplikasi lain seperti sawan, koma dan juga pembengkakan dalam otak.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kegagalan organ dan juga kematian. 

Diagnosis Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar

Sekiranya anda dilihat mengalami simptom-simptom sindrom ini, anda akan melalui diagnosis kecemasan oleh doktor yang melibatkan pemeriksaan fizikal dan juga mental.

Anda juga mungkin akan menjalani beberapa ujian makmal seperti ujian darah dan juga ujian air kencing.

Ujian ini bertujuan untuk melihat paras gula darah dan juga fungsi buah pinggang anda.

Selain itu, ia juga digunakan untuk mengesan sebarang jangkitan yang mungkin berlaku. 

Rawatan yang tersedia bagi merawat Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar

gula darah tinggi
Alat untuk memeriksa gula dalam darah.

Sekiranya anda mengalami sindrom ini, anda akan diberikan rawatan kecemasan yang boleh meredakan sindrom dalam masa beberapa jam.

Antara jenis rawatan yang akan diberikan oleh doktor ialah:

  • Kemasukan cecair melalui vena atau urat untuk mengelakkan dehidrasi
  • Insulin akan diberikan melalui vena untuk merendahkan paras gula darah
  • Penggantian potasium dan juga natrium fosfat juga mungkin akan diberikan melalui vena untuk membantu sel tubuh berfungsi dengan baik

Ikuti langkah ini untuk elak gula darah tinggi dan juga Sindrom Hiperglisemik Hiperosmolar

Sememangnya pengawalan masalah diabetes merupakan langkah terbaik untuk mencegah sindrom ini daripada berlaku.

Antara tip atau langkah yang boleh anda ikuti adalah:

  • Kawal paras gula darah setiap hari. Anda perlu memantau paras gula darah anda setiap hari agar anda boleh mengetahui sekiranya bacaan gula darah berada dalam keadaan normal atau sebaliknya 
  • Waspada dengan tanda gula tinggi dalam darah. Pastikan anda sentiasa waspada dengan tanda-tanda paras gula darah tinggi 
  • Minum banyak air. Sekiranya anda tidak sihat atau sakit, minumlah banyak air setiap jam untuk mengelakkan dehidrasi
  • Ikuti pelan pengurusan diabetes anda. Pastikan anda makan mengikut pelan pengurusan diabetes dengan mengambil makanan yang sihat dan ubat-ubatan seperti yang dinasihatkan 
  • Dapatkan vaksin. Dapatkan vaksin flu tahunan dan tanya doktor sekiranya anda memerlukan vaksin pneumokokal untuk melindungi diri daripada jangkitan pneumonia

Kesimpulan


Sekiranya sindrom ini diabaikan, tidak mustahil untuk anda mengalami komplikasi kesihatan yang lebih buruk, bahkan boleh meragut nyawa.
Oleh itu, jika anda menyedari sebarang tanda-tanda paras gula darah tinggi, pergilah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Selain itu, ikuti juga tip bagi mengelakkan sindrom hiperosmolar seperti yang telah dinyatakan di atas. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hyperosmolar – hyperglycemic syndrome. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21147-hyperosmolar-hyperglycemic-syndrome/Accessed Jul 29, 2021
  2. Diabetic hyperosmolar syndrome. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-hyperosmolar-syndrome/symptoms-causes/syc-20371501/ Accessed Jul 29, 2021
  3. Diagnosis and treatment. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-hyperosmolar-syndrome/diagnosis-treatment/drc-20371505/ Accessed Jul 29, 2021
  4. Diabetes https://medlineplus.gov/ency/article/000304.htm/ Accessed Jul 29, 2021
  5. Diabetes. https://www.aafp.org/afp/2017/1201/p729.html/ Accessed Jul 29, 2021

Versi Terbaru

24/01/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

AWAS! Pesakit Diabetes Boleh Makan Telur, Tapi Ada 'Limit' Yang Perlu Diikuti!

Buat Pesakit Diabetes Jenis 1, Ini 9 Kesan Sampingan Boleh Berlaku Selepas Suntikan Insulin!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan