Sebenarnya, ada banyak komplikasi kondisi diabetes termasuk bengkak kaki. Disebabkan itu pula, ramai yang mungkin mahu tahu petua hilangkan bengkak kaki kencing manis.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Sebenarnya, ada banyak komplikasi kondisi diabetes termasuk bengkak kaki. Disebabkan itu pula, ramai yang mungkin mahu tahu petua hilangkan bengkak kaki kencing manis.
Persoalannya, apa antara petua hilangkan bengkak kaki kencing manis? Adakah ia dalam bentuk klinikal atau tradisional? Jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Pembengkakan pada kaki atau bahagian sekitar seperti buku lali, jari serta tumit itu biasa terjadi akibat edema – apabila cecair di dalam tisu itu terkumpul dan terperangkap.
Selain edema yang juga boleh berlaku kepada semua anggota tubuh badan lain, bengkak kaki juga boleh terjadi apabila individu itu merupakan salah seorang penderita penyakit diabetes.
Kenapa? Ia mungkin bukan angkara diabetes itu sendiri, tetapi faktor risiko yang berkaitan seperti:
Dalam kes jarang berlaku, edema pada kaki juga mungkin terjadi akibat individu mengambil suntikan insulin yang berlebihan sekali gus mengganggu keseimbangan hormon.
Ada kemungkinan bahawa ia mungkin akan kekal lama dan sukar untuk hilang kerana tiada sebarang rawatan, ubatan atau tindakan yang diambil. Jadi, apa anda boleh buat?
Sekiranya kondisi ini terjadi kepada anda, jangan berdiam diri sahaja dan segera berjumpa doktor untuk berbincang tentang segala ubatan, rawatan atau tindakan yang perlu.
Anda juga mungkin mahu cuba beberapa petua hilangkan bengkak kaki kencing manis berikut:
Ada sejenis sarung kaki terapi yang boleh membantu anda untuk mengekalkan tekanan dengan kadar yang tepat pada kaki. Ia penting untuk melancarkan sirkulasi darah di situ.
Anda boleh cari stoking ini di mana-mana farmasi, klinik, hospital atau pasar raya. Ia juga ada banyak jenis dan saiz. Pastikan anda beli yang tepat untuk ia berkesan dengan lebih baik.
Namun jika sarung kaki terapi ini tidak menghilangkan kebengkakan sebaliknya mendatangkan kesakitan atau sebarang ketidakselesaan, segera tanggalkannya dan cari alternatif lain.
Selain itu juga, posisi kaki anda yang bengkak itu sangat penting. Kaki tidak boleh berada terlalu lama di bawah atau ke bawah kerana cecair akan turun pada kaki anda itu.
Sebaliknya, cuba untuk posisikan kaki anda di atas atau ke atas agar cecair tidak turun pada kaki. Posisi yang paling baik untuk kaki bengkak diabetes adalah pada paras dada.
Anda mungkin boleh menggunakan bantuan seperti bantal, tali atau objek lain mengikut kreativiti dalam usaha memastikan kaki anda itu kekal berada pada paras dada anda.
Pernah dengar tentang garam epsom? Jika masih belum, anda perlu tahu garam ini adalah sejenis sebatian magnesium sulfat yang bagus jika tubuh badan bengkak dan sakit.
Cara untuk gunakannya juga amat mudah iaitu campurkan garam ini ke dalam baldi berisi air dengan suhu suam dan rendamkan kaki anda yang bengkak itu selama 15 ke 20 minit.
Mungkin ramai yang akan fikir bahawa perlu kurang minum air kosong agar cecair pada kaki yang bengkak itu turut kurang. Salah, ini kerana ia mungkin adalah sebaliknya.
Untuk pengetahuan anda semua, minum lebih banyak air itu akan buat cecair di dalam tubuh badan individu juga keluar dengan lebih banyak melalui proses perkumuhan.
Lama-kelamaan, pengambilan 8 ke 10 gelas air kosong sehari mungkin mampu membantu mengurangkan bengkak kaki anda itu. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat daripada doktor tentangnya.
Akhir sekali, tiada petua yang lebih penting untuk hilangkan bengkak kaki kencing manis berbanding bergerak. Ini kerana pergerakan itu akan membantu proses penyembuhan edema kaki ini.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa badan yang tidak aktif itu adalah salah satu risiko bengkak kaki akibat diabetes. Jadi, anda mungkin hanya perlu lebih banyak bergerak.
Konklusinya, jangan biar edema atau bengkak kaki angkara diabetes ini berlaku dan berulang. Segera jumpa doktor jika ada yang tidak kena pada kaki dan tubuh badan anda!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen