Sekiranya anda mempunyai penyakit kencing manis, berikan perhatian kepada sebarang simptom kencing manis yang berlaku kepada diri anda.
Pastikan anda segera membuat ujian darah kencing manis rawak ini jika mengalami simptom-simptom gula darah rendah.
Ujian gula darah rawak ini juga boleh membantu anda mengenal pasti hiperglisemia selain mengurangkan risiko sebarang komplikasi kronik yang boleh berlaku.
Jika anda membuat ujian darah secara berkala setiap hari, ia boleh membantu anda menguruskan penyakit diabetes yang dialami selain mengurangkan risiko komplikasi diabetes.
Ujian lain selain daripada ujian gula darah rawak
Ujian gula darah rawak ini bukanlah pengganti kepada ujian kencing manis normal seperti yang telah dijadualkan oleh doktor anda.
Bagi yang menghidap diabetes, anda juga perlu menjalani ujian gula darah puasa dan juga ujian selepas waktu makan seperti yang telah ditetapkan oleh doktor yang merawat anda.
Bagi ujian gula darah puasa, ia biasa dilakukan pada waktu pagi selepas anda bangun tidur dan sebelum bersarapan.
Untuk ujian selepas makan pula, ia bertujuan mengukur bacaan gula darah anda dalam tempoh dua jam selepas waktu makan.
Waktu ujian kencing manis yang berbeza akan menunjukkan bacaan yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jenis makanan yang dimakan, keadaan stres, ubat-ubatan yang diambil serta sebarang senaman yang telah anda lakukan.
Senaman boleh mempengaruhi bacaan gula darah rawak?
Aktiviti senaman sememangnya boleh mempengaruhi keputusan bacaan ujian gula darah rawak anda.
Kebiasaannya, senaman akan menurunkan paras glukosa dalam darah.
Malah, bagi penghidap diabetes yang bergantung dengan suntikan insulin, anda mungkin perlu mengubah suai rejimen insulin jika anda bersenam.

Namun, ini tidak bermakna anda tidak perlu bersenam. Ini kerana, senaman merupakan antara kaedah yang paling berkesan dalam mengawal gula darah anda.
Boleh dikatakan kebanyakan penghidap diabetes memperoleh manfaat daripada aktiviti senaman walaupun hanya bersenam secara sederhana.
Kesimpulan
Sesiapa sahaja boleh melakukan ujian diabetes secara rawak ini.
Namun, bagi mereka yang menunjukkan simptom pradiabetes dan juga diabetes, anda disarankan untuk kerap melakukan ujian ini bagi memantau paras gula darah secara berkala.
Ini boleh membantu mengesan penyakit diabetes lebih awal dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen