backup og meta

Anak Ada Diabetes Tapi Teringin Nak Makan Kek, Biskut? Jom Cuba Resipi Sihat Ini

Anak Ada Diabetes Tapi Teringin Nak Makan Kek, Biskut? Jom Cuba Resipi Sihat Ini

Siapa kata anak dengan kencing manis tidak boleh menikmati kek dan biskut? Jom ketahui cara mengolah untuk menjadikan ia resipi sihat buat pesakit diabetes.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

Pesakit diabetes, kek dan biskut

Apabila mempunyai anak dengan diabetes jenis 1, sudah tentu ibu bapa agak runsing memikirkan aspek pemakanan buat mereka.

Namun menghidap diabetes tidak bermakna anak tidak boleh menikmati kesedapan biskut dan kek.

Anda mungkin tidak dapat membelikan mereka biskut atau kek tersedia dijual di pasaran kerana kandungan bahan yang digunakan. Tetapi anda boleh menyediakan hidangan ini menggunakan resipi sihat buat anak.

Mengolah resipi sihat

Jika anda berminat dalam bakeri untuk pesakit diabetes, berikut beberapa panduan olahan bahan yang boleh digunakan:

Tepung 

Cuba tukar tepung putih biasa dengan tepung gandum penuh – ia lebih sihat kerana tinggi kandungan serat yang dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan usus.

Olahan ini boleh digunakan untuk kebanyakan resipi. Tetapi jika anda dapati ia agak berat untuk bakeri seperti kek span, cuba gunakan nisbah 30:70 atau 50:50 tepung gandum kepada tepung biasa.

Anda juga boleh mengurangkan tepung dan menggantikannya dengan bubur oat. Ini akan menambahkan serat larut – membantu menurunkan kolesterol dan mengawal glukosa darah.

resipi sihat

Mentega dalam resipi sihat

Bahan yang boleh menggantikan mentega dalam resipi bakeri adalah minyak – pilihan paling sihat dan murah.

Minyak biji sesawi (rapeseed) sangat baik. Ia tidak mempunyai rasa terlalu kuat dan mengandungi campuran lemak sihat yang baik.

Untuk mengimbangi perbezaan kuantiti, anda boleh menambah air, susu krim, yogurt Greek tanpa gula atau pisang lenyek.

Sebagai contoh, jika resipi itu memerlukan 100 gram mentega, cuba gantikan ia dengan 50 gram minyak biji sesawi dan 50 gram pisang lenyek atau 50 gram yogurt.

Try and error adalah cara terbaik apabila melakukan olahan dalam resipi, khususnya untuk kek span ringan dan mengetahui apakah olahan paling berkesan.

Mengolah penggunaan gula dalam resipi sihat

Anda boleh menggunakan pemanis tiruan dalam bakeri, tetapi mungkin perlu melakukan beberapa penyesuaian resipi.

Pemanis amat mudah digunakan dalam beberapa perkara seperti inti pai, terutamanya untuk memaniskan tart buah-buahan.

Tetapi apabila melibatkan bakeri seperti kek, gula bukan sahaja menjadi pemanis, bahkan ia memainkan peranan penting dalam sains bakeri – memperbaiki tekstur. Jadi pemanis tiruan sahaja tidak selalunya boleh menjadi pengganti yang sesuai.

Cara terbaik adalah untuk cuba memaniskan kek dengan buah-buahan, contohnya seperti buah-buahan kering yang mengandungi serat – baik untuk pesakit diabetes. 

resipi sihat

Anda boleh merendam kismis dalam sedikit air mendidih untuk menggebukannya dan menjadikan ia lebih berair. Air tersebut juga boleh digunakan dalam bakeri.

Buah segar juga ada kalanya sesuai untuk digunakan – cuba tambahkan buah yang dicincang halus atau diparut seperti epal, pir, beri biru, beri hitam atau pic – kesemua pilihan ini dapat menambah rasa dan memberikan kemanisan semula jadi.

Resipi sihat #Tip menghasilkan biskut rendah karbohidrat

Secara amnya, biskut rendah karbohidrat tidak menggunakan tepung gandum dengan gluten, maka ia cenderung untuk hancur jika tidak dibakar dan dikendalikan dengan betul.

Sebaiknya, biskut yang dihasilkan tanpa gluten ini perlu dibiarkan untuk sejuk lebih lama selepas dikeluarkan daripada ketuhar. 

Walaupun perlu menanti lebih lama sebelum dapat menikmatinya, ia adalah penantian yang berbaloi – menjadikan biskut mempunyai tekstur dan rasa lebih baik. Jadi, pasti anak sukakannya!

Baca juga:

Resipi sihat #Semangkuk kek coklat mesra diabetes 

Kek coklat yang mudah dibuat ini gelap, lembap dan enak dinikmati. Ia tidak semudah bancuhan kek segera – yang sering mengandungi lemak trans dan paling penting ia menggunakan resipi yang boleh dinikmati oleh pesakit diabetes.

Bahan-bahan:
  • ¾ cawan ditambah 2 sudu besar tepung pastri gandum 
  • ½ gula pasir
  • ⅓ cawan serbuk koko tanpa gula
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda penaik
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ cawan mentega tanpa lemak
  • ½ cawan gula perang
  • 1 biji telur, dipukul sederhana
  • 2 sudu besar minyak kanola
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • ½ cawan kopi pekat panas 
  • Gula manisan (confectioner sugar) untuk ditabur

resipi sihat

Cara penyediaan:
  1. Panaskan ketuhar hingga 350℉. Salutkan loyang kek bulat dengan semburan masak (cooking spray) dan alas loyang dengan kertas bakeri (baking paper).
  2. Pukul tepung, gula pasir, koko, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan mentega, gula perang, telur, minyak dan vanila. Pukul dengan pengadun elektrik pada kelajuan sederhana selama 2 minit. Masukkan kopi panas dan adunkan sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang.
  3. Bakar antara 30-36 minit, sehingga lidi yang dicucuk dalam kek tidak melekat apa-apa. Sejukkan loyang pada redai kuih (wire rack) selama 10 minit, sebelum kek dikeluarkan. Tanggalkan kertas bakeri dan biarkan sejuk sepenuhnya. Taburkan bahagian atas kek dengan gula manisan dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba dan semoga tip mengolah resipi yang dikongsikan ini memberi manfaat!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baking and diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/cooking-for-people-with-diabetes/home-baking-and-diabetes1, Accessed on Nov 17, 2021
  2. Eating right doesn’t have to be boring. https://www.diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition, Accessed on Nov 17, 2021
  3. The Diabetes Diet. https://www.helpguide.org/articles/diets/the-diabetes-diet.htm, Accessed on Nov 17, 2021
  4. Biscuits. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/diabetes-food-myths/biscuits, Accessed on Nov 17, 2021
  5. 4-Ingredient Peanut Butter Cookies. https://www.diabetesfoodhub.org/recipes/4-ingredient-peanut-butter-cookies.html, Accessed on Nov 17, 2021
  6. Tasty Recipes For People with Diabetes and Their Families. https://www.cdc.gov/diabetes/pdfs/managing/Tasty_Recipes_for_People_with_Diabetes-508.pdf, Accessed on Nov 17, 2021
  7. Cooking for People With Diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/cooking-for-people-with-diabetes, Accessed on Nov 17, 2021
  8. Desserts for People With Diabetes. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2021/diabetes-desserts.html, Accessed on Nov 17, 2021

 

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ikut Panduan Waktu Makan Ini Jika Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Kencing Manis Jenis 1

Otak Lambat Berkembang? Ini Risiko Jika Anak Ada Diabetes!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan