Mengapakah jadual pemakanan pesakit kencing manis sangat penting untuk pesakit kencing manis jenis 1?

Pesakit diabetes yang mengambil jenis makanan rendah indeks glisemik (GI) lebih mudah untuk mengatur waktu makan mereka.
Ini kerana, makanan yang rendah GI akan menaikkan paras gula darah secara perlahan-lahan sahaja.
Ini akan memberikan masa kepada insulin yang disuntik dalam tubuh untuk bertindak balas dengan glukosa dalam darah.
Pesakit kencing manis jenis 1 perlu memberikan perhatian kepada jenis makanan serta waktu makan supaya paras gula darah mereka kekal stabil.
Ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain seperti hipoglisemia dan juga hiperglisemia.
Ikut tip jadual pemakanan pesakit kencing manis ini sebagai cara merawat kencing manis

Salah satu cara merawat kencing manis bagi pesakit kencing manis jenis 1 adalah melalui jadual pemakanan yang tepat.
Bagi pesakit kencing manis jenis 1, anda disarankan untuk makan dan mengambil suntikan insulin pada waktu yang sama setiap hari.
Sebagai contoh, jika anda mengambil sarapan pagi dan suntikan insulin pada pukul 9 pagi, maka kekalkan waktu tersebut setiap hari.
Jadual yang tetap setiap hari seperti ini akan membantu anda untuk mengawal paras gula darah dengan lebih stabil.
Antara tip jadual pemakanan pesakit kencing manis yang boleh diikuti ialah:
- Makan makanan dalam tempoh antara 3 hingga 4 jam. Cara ini boleh mengelakkan anda daripada bertindihan (overlap) dengan dos suntikan insulin biasa yang bertindak lebih pantas.
- Jangan tukarkan waktu makan anda lebih daripada dua jam. Sebagai contoh, jika anda kerap bersarapan pagi pada pukul 9 pagi, pastikan anda tidak terlewat untuk mengambil sarapan pagi melebihi tempoh dua jam selepas pukul 9 pagi.
- Ambil snek dalam tempoh 2 atau 3 jam selepas makan dan lihat paras gula darah anda. Ini untuk memastikan agar paras gula darah anda tidak terlalu rendah ketika dos insulin sedang bertindak dengan pantas.
- Ambil suntikan insulin basal anda pada waktu yang sama setiap hari. Jika perlu, tetapkan penggera pada telefon pintar anda agar anda tidak terlepas waktu untuk menyuntik insulin.
Kesimpulan
Memandangkan pesakit kencing manis jenis 1 tidak berupaya lagi untuk menghasilkan insulinnya sendiri, maka waktu makan serta waktu suntikan insulin yang tepat sangat diperlukan.
Ini untuk memastikan agar paras gula darah kekal stabil selain mengelakkan komplikasi hiperglisemia dan juga hipoglisemia.