Bacaan glukosa yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menandakan masalah kesihatan yang serius. Sebagai contoh, bacaan gula yang tinggi menandakan diabetes, manakala bacaan gula yang rendah pula menandakan penyakit hipoglisemia yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Definisi
Apakah ujian gula dalam darah?
Ujian gula dalam darah atau ujian glukosa dilakukan bertujuan mengukur kepekatan sejenis gula, yang dinamakan sebagai glukosa, dalam darah anda semasa ujian dijalankan. Ujian ini boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana, menggunakan alat kecil mudah alih yang dinamakan glukometer.
Ujian glukosa juga boleh digunakan untuk memantau kandungan gula dalam darah. Sila berbincang dengan doktor anda tentang kekerapan untuk mengukur gula dalam darah anda.
Kekerapannya bergantung kepada rawatan diabetes, seberapa baik diabetes terkawal dan kesihatan anda secara menyeluruh.
Mereka yang mengambil insulin untuk mengawal diabetes mereka perlu mengukur gula mereka dengan kerap. Mengukur kandungan gula dalam darah sering disebut sebagai pemantauan atau ujian diri gula dalam darah di rumah.
Jika anda jarang atau tidak menggunakan insulin langsung, ujian gula dalam darah boleh menjadi sangat berguna untuk mengetahui bagaimana badan anda bertindakbalas dengan makanan, penyakit, tekanan, senaman, ubat-ubatan dan aktiviti lain. Sila uji sebelum dan selepas makan untuk mengatur makanan anda.
Sebahagian jenis glukometer boleh menyimpan berates bacaan gukosa. Ini membolehkan anda menyemak semula bacan-bacaan yang pernah dibuat dari masa ke semasa untuk menjangkakan kadar glukosa pada waktu tertentu dalam satu hari.
Ia juga membolehkan anda untuk mengenal pasti sebarang perubahan major pada kadar glukosa anda. Sebahagian sistem ini juga membolehkan maklumat disimpan di dalam komputer dimana ia boleh ditukar mejadi graf atau bentuk lain yang memudahkan analisa dibuat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen