Terdapat beberapa faktor risiko dan juga penyebab kencing manis yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini. Ia bukan hanya berpunca daripada pengambilan makanan manis semata-mata.Â
Faktor kencing manis ini juga terbahagi kepada dua iaitu faktor risiko yang boleh diubah serta faktor risiko yang tidak boleh anda ubah.Â
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Faktor risiko kencing manis yang boleh anda ubah
Terdapat beberapa faktor risiko penyebab kencing manis yang anda sebenarnya boleh ubah.Â
Faktor-faktor risiko ini boleh diubah dan mengelakkan anda daripada mendapat kencing manis. Antara faktor yang boleh diubah ialah:
#1. Penyebab kencing manis utama: Gaya hidup
Kebanyakan mereka yang dikesan mempunyai diabetes jenis 2 adalah mereka yang berlebihan berat badan.Â
Karbohidrat yang berlebihan serta kekurangan sumber serat menjadi antara punca utama seseorang itu memiliki berat badan berlebihan serta diabetes.Â
Semakin tinggi paras berat badan yang dimiliki, maka semakin tinggi juga risiko untuk anda mengalami kerintangan insulin memandangkan lemak akan mengganggu kemampuan tubuh badan bagi menggunakan insulin dengan lebih berkesan.Â
Baca juga:
Untuk mengelakkan faktor risiko seperti ini, semestinya diet yang lebih sihat dan terkawal diperlukan.Â
Anda digalakkan untuk mengambil sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, sumber serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan serta sumber protein tanpa lemak.Â
Selain itu, anda juga perlulah mengambil jenis lemak sihat seperti buah avokado, kekacang dan bijian agar dapat mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.Â
Selain itu, gaya hidup yang tidak aktif juga menjadi antara punca diabetes jenis 2 berisiko dialami oleh seseorang.
Gaya hidup tidak aktif bukan hanya melibatkan soal kurang melakukan senaman, namun juga tentang gaya hidup yang pasif dan kurang bergerak.
Gaya hidup seperti ini sememangnya hanya membuatkan anda lebih cenderung untuk mengalami obesiti.Â
Sel otot mempunyai reseptor yang lebih banyak berbanding sel lemak. Oleh itu, seseorang individu boleh mengurangkan kerintangan insulin dengan cara bersenam dan juga bersukan.Â
Selain itu juga, apabila anda kekal aktif, ia juga boleh membantu mengurangkan paras gula darah dengan membuatkan penggunaan insulin menjadi lebih berkesan.Â
#2. Diabetes gestasi dan pradiabetes
Diabetes gestasi adalah keadaan di mana paras gula darah anda meningkat naik hanya sewaktu anda hamil, bukannya disebabkan anda pernah mengalami diabetes. Namun, ia juga merupakan antara faktor risiko penyebab kencing manis jenis 2.Â
Sewaktu anda hamil, hormon plasenta akan menyebabkan paras gula meningkat.Â
Jika penghasilan insulin tidak dapat menampung paras gula darah, maka anda berpotensi untuk mendapat diabetes jenis 2 selepas tempoh hamil.Â
Pradiabetes juga merupakan salah satu daripada faktor kencing manis atau diabetes jenis 2.Â
Pradiabetes adalah satu keadaan di mana paras gula darah anda berada dalam keadaan yang tinggi daripada bacaan yang normal.Â
Namun, tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai penyakit kencing manis atau diabetes jenis 2.Â
Anda boleh mempunyai pradiabetes selama beberapa tahun tanpa sebarang simptom, justeru kebanyakan daripada kita tidak sedar sedang mempunyai pradiabetes.Â
Perubahan gaya hidup seperti pemakanan yang lebih sihat dan terkawal, serta bersenam boleh membantu anda untuk ‘reverse’ kembali pradiabetes yang dialami.
Faktor risiko kencing manis yang tidak boleh diubah
Selain itu, terdapat juga beberapa faktor risiko yang tidak boleh anda ubah berbanding faktor risiko sebelum ini.
Antara faktor risiko yang tidak boleh diubah ialah:
#1. Penyebab kencing manis: Sejarah keluarga
Adakah diabetes penyakit keturunan?Â
Berdasarkan banyak kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini, diabetes jenis 2 adalah antara penyakit yang boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik keluarga.Â
Jika terdapat salah seorang daripada ahli keluarga yang pernah menghidap diabetes, maka risiko anda untuk mengalami penyakit yang sama adalah agak tinggi.
Jadi, untuk menjawab persoalan apakah diabetes penyakit keturunan, secara mudahnya ia adalah diabetes yang disebabkan genetik atau warisan sejarah penghidapnya dalam susur galur keluarga anda.Â
#2. Umur
Umur juga memainkan peranan sebagai antara penyebab kencing manis.Â
Mereka yang sudah tua adalah kelompok yang paling berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2. Oleh sebab itu, ia juga disebut sebagai penyakit diabetes orang dewasa (adult-onset).Â
Penyakit kencing manis jenis 2 amat kerap berlaku dalam kalangan warga emas, namun kini ia juga lazim berlaku dalam kalangan mereka yang lebih muda seperti kanak-kanak dan remaja disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.Â
#3. Bangsa
Etnik atau bangsa juga boleh memberikan kesan terhadap risiko punca kencing manis anda.Â
Mereka yang berketurunan Afrika Amerika, Hispanik, India Amerika, sesetengah mereka daripada Kepulauan Pasifik dan Asia Amerika berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2.Â
Orang Asia pula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2 berbanding orang Amerika.Â
#4. Sindrom ovari polikistik (PCOS)
Sindrom ovari polikistik atau disebut PCOS adalah penyakit yang menjadi punca ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Wanita yang mempunyai PCOS seringkali mempunyai kerintangan terhadap insulin.Â
Ini bermakna, tubuh badan mereka berkemampuan untuk menghasilkan insulin namun tidak dapat digunakan secara efektif.Â
Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan risiko bagi seseorang wanita itu untuk mengalami diabetes jenis 2.
#5. Penyebab kencing manis: Kerintangan insulin
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kerintangan insulin iaitu genetik, faktor penuaan dan juga bangsa. Namun, ada juga perkara-perkara lain yang menyebabkan ia lebih mudah untuk berlaku.Â
Ini termasuklah mempunyai berat badan yang berlebihan, mempunyai lemak perut yang terlalu banyak, kurang bersenam, terlibat dengan aktiviti merokok dan tidak cukup tidur.Â
Apabila kerintangan insulin berlaku, tubuh badan anda tidak lagi dapat menghasilkan insulin yang mencukupi.Â
Kesimpulan
7 perkara yang disenaraikan ini merupakan antara faktor risiko penyebab kencing manis yang paling kerap berlaku.
Bagi faktor risiko yang boleh diubah, lakukan sahaja cadangan yang telah dinyatakan agar anda tidak memiliki faktor risiko berikut.Â
Manakala bagi faktor risiko yang tidak boleh diubah, anda perlu sentiasa memantau kesihatan agar ia tidak menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan anda menghidap penyakit diabetes jenis 2.Â
[embed-health-tool-bmi]