Takut Nak Makan Nasi Sebab Ada Diabetes? Jangan Risau, 2 Jenis Beras Ini Boleh Kawal Gula Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita selalu melihat penghidap diabetes akan menitikberatkan soal pemilihan makanan. Bagaimana pula dengan beras? Adakah terdapat beras putih untuk diabetes? Atau golongan ini hanya boleh makan beras perang?

Beras makanan ruji

Sebagai makanan ruji, beras sentiasa menjadi hidangan pilihan dan digemari hampir kebanyakan individu di Malaysia. Ia boleh dibuat nasi lemak, nasi tomato dan pelbagai hidangan masakan lain.

Kebanyakan individu memakan nasi sebagai sumber utama karbohidrat dan tenaga.

Bagi sesetengah individu dengan masalah kesihatan, menikmati beras mungkin menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana dikhuatiri memberikan kesan negatif terhadap kesihatan.

Namun sebenarnya, pemilihan beras yang mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah, telah terbukti bukan punca penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Beras, selain berfungsi dalam membekalkan tenaga, ia juga mampu mencegah obesiti kerana ia tidak mengandungi lemak jahat dan kolesterol. Bahkan, kandungan sodium yang rendah membantu mengawal tekanan darah bagi penghidap penyakit darah tinggi.

Di samping itu, beras turut menawarkan fungsi lain seperti dapat memperbaiki pergerakan usus, menstabilkan paras gula dalam darah dan memperlahankan proses penuaan.

Beras juga merupakan antara sumber yang dapat membekalkan vitamin B1 yang penting kepada badan manusia.

penghidap diabetes

Penghidap diabetes

Mempunyai kencing manis pastinya akan membuatkan anda menjadi lebih berhati-hati dan berwaspada dalam aspek pengambilan makanan.

Ini dilakukan bagi memastikan paras gula dalam darah akan sentiasa terkawal sekali gus menghindari risiko diabetes menjadi lebih kronik. Antara jenis makanan yang perlu dikawal pengambilannya adalah beras.

Sesetengah penghidap diabetes akan memilih untuk menghindari beras. Tetapi, tentunya ini perkara yang sukar untuk dilakukan bagi individu yang kerap atau sudah terbiasa mengambil nasi setiap hari. 

Usah bimbang! Sebenarnya, terdapat pilihan beras yang sihat untuk individu yang menghidap kencing manis. Jadi sudah tiada kerisauan lagi untuk anda mengambil beras (nasi) sebagai makanan ruji harian anda, seperti biasa.

Selain beras perang, boleh ke ambil beras putih untuk diabetes?

Jenis beras untuk kencing manis merupakan satu perkara penting yang perlu diambil kira. Ini kerana sesetengah jenis beras mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding jenis beras lain.

Keadaan ini dapat mengelakkan gangguan kepada faktor berat badan serta paras gula dalam darah anda.

Baca juga:

Terdapat dua jenis beras dengan indeks glisemik agak rendah dan selamat untuk diambil oleh individu yang menghidap diabetes, iaitu:

  • Beras Basmati

Beras basmati salah satu jenis beras putih untuk diabetes yang paling sihat buat penghidap masalah kesihatan ini.

Ia kerana beras basmati mempunyai indeks glisemik sekitar 43-60, termasuk dalam kategori indeks glisemik rendah hingga sederhana. Jadi, beras putih jenis ini lebih selamat untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Sekitar 100 gram beras basmati putih dimasak mengandungi 150 kalori, 3 gram protein dan 35 gram karbohidrat.

Sementara itu, 100 gram beras basmati perang mengandungi 162 kalori, 1.5 gram lemak, 3.8 gram protein, 33.8 gram karbohidrat dan 3 gram serat.

Kehadiran serat dalam makanan yang dimakan dapat menjadikan kadar gula darah anda lebih terkawal.

  • Beras perang

Kajian dari Harvard Health Publishing menyatakan beras perang mengandungi indeks glisemik dalam jumlah 50, dikira sebagai kategori rendah. 

beras perang

Oleh itu, beras ini dianggap sebagai sejenis beras untuk kencing manis yang selamat diambil. Bukan sahaja indeks glisemik rendah, kandungan serat dalam beras perang juga agak banyak berbanding beras putih.

Ini menjadikan beras perang sebagai makanan yang tidak akan mempengaruhi paras gula darah. Keadaan ini adalah kerana serat yang terkandung di dalamnya boleh menghalang pembebasan glukosa (gula) ke dalam darah.

Kawal saiz hidangan jika ambil beras putih untuk diabetes

Walaupun beras basmati dan beras perang boleh menjadi pilihan sihat beras untuk kencing manis, anda masih perlu beri perhatian kepada saiz hidangan.

Ini kerana kedua-dua beras ini masih berada dalam kumpulan karbohidrat yang boleh menjejaskan tahap gula darah, walaupun tidak seburuk beras putih.

Pertimbangkan juga bahagian makan makanan lain yang mengandungi karbohidrat, seperti roti, kentang, mi, pasta, dan lain-lain. Sekiranya telah makan nasi, anda harus menyingkirkan makanan lain yang mengandungi karbohidrat.

Pastikan pengambilan beras dalam diet pemakanan harian anda diiringi oleh banyak sumber makanan sayuran dan protein tanpa tepung, seperti ikan, ayam, tofu, tempe, atau daging.

Dalam masa yang sama, pastikan juga anda mengawal pengambilan gula tambahan serta makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

Pilihlah produk makanan bebas kandungan gula atau gantikan pengambilan gula dengan pemanis khas untuk penghidap diabetes yang rendah kalori dan tidak mempunyai kandungan gula.

kawal saiz hidangan

Kesimpulan 

Sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan diabetes, anda tidak perlu menjadikan ia sebagai alasan untuk mengelak daripada menjadikan beras sebagai hidangan ruji harian.

Perkara yang perlu dilakukan adalah untuk mengawal saiz hidangan beras yang diambil, melakukan senaman serta menjaga aspek kesihatan secara keseluruhan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Boleh Periksa Kadar Gula Dalam Darah Sendiri Di Rumah, Tapi Elak 5 Kesilapan Ini Ya!

Mungkin ramai yang buat tapi tidak arif tentang cara periksa kadar gula dalam darah di rumah, jika ada diabetes. Akibatnya, ini 5 kesilapan yang terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

Bagi mereka yang keliru cara suntik insulin atau tempat sesuai untuk suntik insulin, ini 4 lokasi pada tubuh anda! Jangan salah teknik suntikan insulin tau

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit sendi

Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
diabetes jenis 2

Tersilap Diagnosis! Dari Diabetes Jenis 2, Tapi Sebenarnya Menghidap Kencing Manis Jenis 1?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
pesakit diabetes

Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
diabetes anak

GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan