Mengendalikan Kemurungan Selepas Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Hampir 50% wanita akan mengalami beberapa hari kemurungan ringan selepas melahirkan anak. Ia adalah sesuatu yang normal. Tubuh anda melalui 9 bulan perubahan fizikal dan emosi serta tekanan menjaga bayi yang baru lahir. Perkara penting yang perlu diingat adalah untuk tidak membiarkan keadaan ini mengawal diri anda. Jika ia berlaku, anda mungkin berdepan situasi lebih serius yang dipanggil kemurungan selepas bersalin (post-partum depression, PPD). Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk mengambil nafas sedalamnya dan mencari jalan penyelesaian.

Baby blues vs kemurungan selepas bersalin

Anda mungkin pernah mendengar tentang ‘baby blues’ atau ‘blues’ selepas bersalin. Ia biasanya muncul 2 hari selepas kelahiran bayi kerana hormon kehamilan menurun dan menyebabkan berlakunya banyak perubahan pada tubuh dan emosi. ‘Baby blues’ biasanya memuncak selepas 4 hari kelahiran bayi dan akan kembali pulih selepas perubahan hormon anda kembali normal selepas 2 minggu. Anda juga mungkin mengalami ‘baby blues’ pada sepanjang tahun pertama kelahiran bayi anda tetapi ia hanya pada yang sederhana.

Sekiranya anda masih mengalami kemurungan selepas 2 minggu, anda mungkin alami kemurungan selepas bersalin. Antara simptom dan petanda kemurungan ini adalah seperti:

  • Insomnia
  • Menangis tanpa sebab
  • Ketidakupayaan untuk menguruskan tugasan harian
  • Wujud keinginan untuk mencederakan bayi atau diri
  • Rasa tidak bernilai dan putus asa
  • Kehilangan tenaga dan kelesuan
  • Hilang selera atau penurunan berat badan

Jika anda mengalami simptom seperti ini, pastikan doktor anda mengetahui tentang keadaan anda. Jangan abaikan situasi ini. Artikel ini juga akan membantu anda mengendalikan kemurungan selepas bersalin .

Cara untuk mengendalikan kemurungan selepas bersalin

Hindari perkara yang menakutkan

Wanita yang alami PPD adalah sangat emosional. Mereka melihat segalanya mempunyai kaitan secara langsung dengan mereka. Ini sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri dan melekat dalam imaginasi mereka.

Perkara penting yang perlu dilakukan adalah untuk mendedahkan diri dengan imej positif seberapa banyak yang boleh untuk menghindari fikiran yang negatif. Sudah tentu, anda harus elakkan filem seram, buku yang menakutkan, cerita thriller, dan jangan membaca berita terlalu banyak, terutama berita yang terlalu kompleks dan rumit.

Jangan terlalu bergantung kepada laman web

Maklumat di laman web memberi impak secara langsung kepada minda. Terdapat beberapa laman web untuk ibu yang tidak dapat di sahkan kesahihan kandungannya.

Setiap ahli boleh berkongsi situasi, pengalaman, nasihat, tetapi tidak harus diingatkan situasi yang anda hadapi mungkin tidak dapat difahami dengan jelas oleh individu lain, yang membuatkan mereka tidak dapat memberikan penyelesaian terbaik.

Pelbagai rawatan dan hasil yang terjadi mungkin dikongsikan bersama, bagi sesetengah individu, ia mungkin berkesan untuk menghindari kemurungan dengan tip yang diberikan, tetapi ada juga yang tidak berjaya.

Mendapat terlalu banyak maklumat dan berasa bimbang tentang hasilnya boleh membuatkan anda menjadi obses dan gila.

Jangan terlalu mengatur kehidupan

Kesihatan atau kerjaya, yang mana satu menjadi pilihan anda? Adakah penting untuk menyelesaikan ke semua perkara dalam masa yang singkat? Jika anda letih dan merasa ingin tidur, tugasan rumah boleh di ketepikan. Jangan membiarkan diri anda berada di bawah tekanan yang keterlaluan.

Hindari individu yang tidak menyokong anda

Bukan semua individu akan menyokong anda dan keadaan anda. Daripada membuang masa meluahkan segalanya kepada mereka, luangkan masa dengan mereka yang sedia berada di sisi untuk menyokong dan mendengarnya. Jalan terbaik adalah mencari individu yang turut merupakan seorang ibu, yang boleh berada di belakang anda, atau dia turut mengalami situasi yang sama seperti anda yang membolehkan dia berkongsi pengalaman dengan anda.

Anda boleh mendapatkan bantuan daripada pelbagai individu, namun, perkara paling utama adalah diri anda harus mempunyai kekuatan untuk menangani kemurungan selepas bersalin ini. Jika masalah ini benar-benar serius, dapatkan nasihat dari doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Hubungan seks yang berlaku seharusnya melahirkan rasa kepuasan. Tetapi berlainan pula dengan anda, gangguan emosi yang dialami. Mengapakah ia berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Berlumba Nak Anak Sentiasa Cemerlang & Wajib Skor Straight A, Itu Semua Punca Anak Stres!

    Tekanan ibu bapa untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam akademik merupakan salah satu punca stres anak. Ketahui 5 tip untuk atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 27/05/2020 . 4 minit bacaan

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Meroyan atau kemurungan selepas bersalin, perkara yang boleh berlaku kepada setiap wanita melahirkan anak. Mengendahkannya boleh menyebabkan ia berlanjutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menyanyi dan menari

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    ketenangan diri

    Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    ibu mengandung

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan