Selamat ke jika ada ibu hamil yang mengambil pil atau ubat gugurkan kandungan? Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasannya.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Selamat ke jika ada ibu hamil yang mengambil pil atau ubat gugurkan kandungan? Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Pil pengguguran atau ubat yang boleh gugurkan kandungan biasa digunakan adalah daripada gabungan mifepristone dan misoprostol. Anda juga boleh menggunakan misoprostol sahaja untuk menggugurkan kandungan.
Ubatan jenis ini biasanya akan diberikan doktor di pusat kesihatan bersama dengan arahan terperinci mengenai masa, tempoh, cara pengambilan ubat yang betul serta kesannya.
Pertama, anda akan diberikan pil yang dipanggil mifepristone. Kehamilan memerlukan hormon progesteron untuk membesar secara normal.
Mifepristone pula berfungsi untuk menyekat progesteron badan dan menghentikan kehamilan daripada berkembang.
Kemudian anda mengambil ubat kedua, misoprostol, sama ada serta-merta atau dalam tempoh 48 jam.
Selepas mengambil ubat kedua, anda akan berasa sangat sakit dan kekejangan. Anda akan mengalami pendarahan yang banyak dan melihat bekuan darah serta tisu keluar dari faraj.
Tempoh ini akan berlanjutan antara 3 hingga 5 jam dengan pendarahan yang lebih banyak berbanding semasa haid. Ini adalah tanda ubat-ubatan tersebut berkesan.
Anda juga mungkin mengalami loya dan muntah, demam, menggigil, cirit-birit, dan sakit kepala.
Untuk mengurangkan kesakitan yang dialami, anda boleh mengambil ubat penahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen. Jangan ambil aspirin!
Jangkakan untuk mengalami pendarahan ringan sehingga 4 minggu selepas mengambil pil pengguguran. Untuk sepanjang tempoh ini, pakailah tuala wanita.
Elakkan juga sebarang hubungan seks melibatkan penetrasi faraj dalam tempoh seminggu selepas pengguguran perubatan. Pastikan anda menggunakan kontraseptif sebelum melakukan sebarang aktiviti seksual selepas itu.
Anda akan kembali mengalami pendarahan haid seperti biasa dalam tempoh 4 hingga 8 minggu.
Jika anda tidak mengalami sebarang pendarahan dalam masa 24 jam selepas mengambil misoprostol, lakukan pemeriksaan dengan doktor.
Anda tidak sepatutnya mengambil pil pengguguran jika:
Secara amnya, pengambilan ubat gugurkan kandungan adalah sangat berkesan untuk menamatkan kehamilan.
Jika anda mengambil mifepristone dan misoprostol, ia bergantung pada tempoh kehamilan dan berapa banyak dos ubat yang diambil:
Secara umumnya, pengambilan mifepristone bersama misoprostol adalah berfungsi lebih baik daripada mengambil misoprostol sahaja.
Baca juga:
Walaupun pengambilan ubat yang boleh gugurkan kandungan adalah selamat, tetapi terdapat beberapa risiko yang boleh terjadi, namun boleh dirawat dengan mudah:
Dalam kebanyakan kes, ia tidak menjejaskan peluang kembali hamil melainkan anda mengalami komplikasi yang serius.
Masalah serius mesti dirawat dengan segera untuk keselamatan diri. Lakukan pemeriksaan doktor segera jika:
Anda juga harus berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda jangkitan:
Sebaiknya sebelum mengambil ubat gugurkan kandungan, berundinglah dengan doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini daripada berlaku.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen