backup og meta

Period Tapi Hamil, Boleh Ke Terjadi? Ini 5 Punca Wanita Alami Pendarahan

Period Tapi Hamil, Boleh Ke Terjadi? Ini 5 Punca Wanita Alami Pendarahan

Anda mengalami tanda mengandung tapi period, adakah ia boleh terjadi? Bagaimana pula jika period 2 kali sebulan tapi mengandung? Runsing memikirkannya, kan?

Usah risau, dalam perkongsian artikel ini ada penjelasan mengenainya. Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini. 

Tanda mengandung tapi period

Payudara sakit, kerap kencing dan rasa logam dalam mulut boleh menjadi antara simptom awal kehamilan tetapi jika berlaku pendarahan haid, adakah ia boleh terjadi? Bolehkah period tapi mengandung?

Jawapannya adalah tidak. Dari saat anda hamil, badan akan mula menghasilkan hormon kehamilan – human chorionic gonadotrophin (hCG) – dan haid akan terhenti.

Pendarahan semasa awal kehamilan

Adakah wanita hamil akan datang haid?

Pendarahan pada awal kehamilan bukanlah perkara luar biasa. Tetapi ia sering disalah anggap sebagai haid.

Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi dan keadaan tersebut normal serta tidak memerlukan sebarang perubatan.

Selalunya ia berlaku pada masa sama dalam kitaran haid, disebabkan itu ia sering mengelirukan dan dianggap sebagai pendarahan haid awal, lebih-lebih lagi kerana ia boleh berlanjutan selama beberapa hari.

tanda mengandung tapi period
Pendarahan semasa mengandung trimester pertama.

Pendarahan implantasi ini biasanya berwarna merah jambu atau coklat gelap, berbeza dengan darah haid yang lazimnya lebih merah dan pekat.

Tanda mengandung tapi period: Punca lain pendarahan

Selain pendarahan implantasi, berikut adalah beberapa sebab yang boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan ringan atau tompokan semasa hamil:

Selepas seks

Terdapat juga kemungkinan untuk mengalami pendarahan selepas hubungan seksual atau sebarang penembusan faraj.

Ini kerana serviks menjadi lebih sensitif semasa mengandung, meningkatkan kemungkinan rangsangan seperti sentuhan dengan zakar, alat mainan seks atau jari, sehingga menyebabkan pendarahan ringan.

Atas sebab yang sama, anda juga mungkin mengalami sedikit pendarahan selepas pemeriksaan pelvis.

Keguguran 

Keadaan ini biasanya berlaku semasa 12 minggu pertama kehamilan. Keguguran biasanya muncul sebagai pendarahan yang berkaitan dengan kekejangan rahim. Mungkin juga terdapat bekuan darah besar yang keluar daripada faraj.

Jika anda mengalami simptom ini, lakukanlah pemeriksaan doktor segera. 

Tanda mengandung tapi period #Kehamilan ektopik

Pendarahan pada trimester pertama juga boleh menjadi tanda kehamilan luar rahim – apabila janin membesar di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio.

tanda mengandung tapi period
Gejala dan komplikasi hamil luar rahim.

Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat, jadi lakukan pemeriksaan doktor segera jika mengalami pendarahan dengan gejala seperti pening atau sakit secara tiba-tiba.

Komplikasi kehamilan

Sebab lain untuk berlaku pendarahan semasa trimester pertama termasuklah:

  • Pendarahan subchorionic – bekuan darah terbentuk di belakang plasenta yang sedang berkembang
  • Jangkitan serviks
  • Plasenta previa – plasenta berkembang di atas serviks
  • Polip serviks bukan barah

Period 2 kali sebulan tanda mengandung, boleh ke berlaku?

Hanya kerana anda mengalami dua kali pendarahan dalam bulan yang sama, tidak bermakna wujud masalah.

Secara amnya menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) kitaran haid yang normal adalah antara 21 dan 35 hari.

Jika haid berlaku pada awal bulan dan kemudian muncul semula pada penghujung bulan – ia dikira sebagai kitaran normal.

Tetapi boleh ke period 2 kali sebulan tanda mengandung? Kehamilan boleh menjadi salah satu punca potensi pendarahan berlaku dua kali dalam sebulan.

Tanda mengandung tapi period #Simptom kehamilan atau haid?

Jadi persoalan sama ada period 2 kali sebulan tanda mengandung itu normal atau tidak, sudah pun terjawab.

Tetapi bagaimana pula untuk menentukan sama ada diri sedang hamil atau akan mengalami haid?

Ia perkara pelik untuk tanda mengandung tapi period, tetapi tompokan darah yang dialami – disebabkan implantasi embrio – sering dianggap sebagai kedatangan haid.

Gejala kehamilan

Selain tompokan darah, jom kita kenal pasti simptom biasa minggu pertama kehamilan yang dikelirukan dengan haid:

Kesakitan dan payudara sensitif

Payudara menjadi lebih kental dan sensitif. Kadangkala terasa sakit apabila bersentuhan dengan bra. Ia juga boleh menjadi tanda premenstrual (PMS).

Sakit perut

Peningkatan gas cenderung menyebabkan ketidakselesaan perut semasa kehamilan. Keadaan ini boleh mengelirukan antara mengandung atau PMS. 

Amnya, sakit perut ketika hamil adalah lebih kuat pada penghujung hari dan sukar dihilangkan.

Loya dan muntah

tanda mengandung tapi period
Tanda awal kehamilan.

Ketidakselesaan perut boleh diterjemahkan kepada rasa loya, muntah dan bau atau rasa tertentu yang tidak tertanggung.

Sembelit dan kembung perut

Peningkatan progesteron juga dikaitkan dengan pergerakan usus yang perlahan boleh menyebabkan sembelit dan pertambahan angin dalam badan.

Gas boleh memburukkan lagi rasa loya dan sakit perut semasa hamil.

Kerap migrain

Sesetengah wanita yang mengalami migrain juga lebih terjejas semasa peringkat kehamilan ini, terutamanya disebabkan oleh tahap progesteron tinggi beredar dalam badan mereka.

Kesimpulan

Walaupun kehamilan kadangkala disertai dengan pendarahan ringan atau tompokan darah, namun untuk mengalami tanda mengandung tapi period adalah mustahil.

Tompokan darah yang dialami biasanya disebabkan pendarahan implantasi, hasil hubungan seks penetrasi atau ujian serviks dan ada kalanya kerana komplikasi kehamilan.

Jika terdapat sebarang persoalan atau keraguan, mahupun mengalami simptom yang membimbangkan, berundinglah dengan pakar obstetrik/ginekologi (O&G).

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Abnormal Uterine Bleeding. https://www.acog.org/womens-health/faqs/abnormal-uterine-bleeding. Accessed on July 7, 2023
  2. Earliest signs and early symptoms of pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/early-pregnancy/early-signs-and-symptoms-pregnancy. Accessed on July 7, 2023
  3. Is it PMS or Am I Pregnant? https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/getting-pregnant/is-it-pms-or-am-i-pregnant. Accessed on July 7, 2023
  4. Am I Pregnant? https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant. Accessed on July 7, 2023
  5. Symptoms of pregnancy: What happens first. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853. Accessed on July 7, 2023
  6. Am I Pregnant, or Something Else? https://americanpregnancy.org/pregnancy-symptoms/am-i-pregnant-or/.  Accessed on July 7, 2023

Versi Terbaru

21/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Petua Cepat 'Lekat' Kena Bersama Suami Semasa Waktu Subur! Tengok Cara Kira Di Sini!

Tak Sabar Nak Tahu 'Lekat' Ke Tak Bulan Ini? Jom Semak 23 Tanda Hamil 1 Minggu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan