Keputihan ada kalanya boleh menimbulkan ketidakselesaan. Tetapi ada ke cara hilangkan keputihan semasa mengandung ya?
Keputihan ada kalanya boleh menimbulkan ketidakselesaan. Tetapi ada ke cara hilangkan keputihan semasa mengandung ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Ya. Keputihan nipis, jernih atau putih dan tidak berbau kuat (kadangkala tidak berbau) adalah normal sepanjang kehamilan anda.
Anda mungkin akan mengalami lebih banyak keputihan berbanding biasa semasa hamil – dipanggil leukorea. Ia disebabkan oleh tahap hormon estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa kehamilan.
Lebih banyak aliran darah merangsang membran mukus badan, membawa kepada peningkatan keputihan semasa hamil trimester pertama dan seterusnya.
Keputihan semasa mengandung mempunyai tujuan penting seperti:
Menjelang akhir kehamilan, jumlah keputihan akan meningkat lagi. Pada minggu terakhir kehamilan, ia mungkin mengandungi campuran lendiran merah jambu yang melekit seperti jeli. Itu adalah petanda badan sudah mula bersedia untuk bersalin.

Kehadiran lendiran faraj yang berlebihan akan menyebabkan kelembapan dan kebasahan. Sudah tentu situasi itu boleh mendatangkan rasa tidak selesa.
Berita baiknya, terdapat cara berkesan untuk menghilangkan keputihan semasa hamil trimester kedua. Berikut adalah beberapa cara hilangkan keputihan cara tradisional yang boleh anda cuba:
Mandi dan menukar pakaian dalam adalah cara hilangkan keputihan cara tradisional yang pertama anda boleh lakukan. Amalan mandi dapat membersihkan kemaluan serta menghilangkan lendiran.
Sebelum lebih banyak tanda keputihan semasa hamil terkumpul pada seluar dalam, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mandi sekali lagi.
Amalan mandi dengan kerap ini juga dapat mengelakkan pengumpulan bakteria dan mengelakkan jangkitan.
Sama ada sedang hamil atau tidak, kualiti pakaian dalam anda boleh menentukan kesihatan alat kelamin anda.
Jika tiada pengudaraan pada pakaian dalam, kemungkinan untuk anda mendapat jangkitan adalah tinggi.
Elakkan seluar dalam yang diperbuat daripada bahan sintetik. Pilihlah seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk membolehkan pengudaraan.

Selain itu, anda juga harus memastikan lapisan pakaian lain seperti jeans atau legging selesa dan tidak terlalu ketat.
Jangan gunakan sebarang produk kosmetik atau pembersih faraj melainkan ia atas nasihat dan saranan pakar obstetrik.
Produk sedemikian boleh memudaratkan lagi bahagian kemaluan atau menyebabkan keradangan.
Elakkan juga mandian buih, tuala wanita atau tisu tandas dengan wangian, semburan kebersihan wanita, sabun wangi atau deodoran. Aroma ini boleh merengsakan bahagian sensitif anda.
Jangan gunakan tampon untuk menyerap keputihan (atau atas alasan lain semasa kehamilan).
Semasa hamil, anda juga akan lebih kerap ke tandas. Pastikan anda mencuci faraj dengan bersih setiap kali selepas membuang air kecil dan sentiasa lap dari depan ke belakang.
Jangan douche atau meruang. Tabiat ini boleh mengganggu keseimbangan normal bakteria dalam faraj dan meningkatkan kemungkinan jangkitan.
Lendir serviks juga boleh dipengaruhi oleh jenis makanan yang anda makan. Jangan makan makanan yang menyebabkan keradangan atau masalah pencernaan.
Walaupun mengidam sesuatu makanan, amat disarankan agar anda mengawal pengambilan gula untuk menghindari keputihan berlebihan.
Lakukan pemeriksaan doktor jika:

Anda mungkin mengalami jangkitan seperti jangkitan yis yang disebabkan oleh kehamilan atau vaginosis bakteria, mahupun disebabkan perubahan dalam keseimbangan yis dan bakteria dalam faraj.
Doktor boleh menetapkan rawatan seperti ubat antikulat atau antibiotik, untuk keseimbangan dalam faraj dan menyingkirkan gejala anda.
Keputihan tidak normal juga mungkin merupakan tanda penyakit kelamin seperti klamidia, gonorea atau trikomoniasis, yang kesemuanya memerlukan diagnosis dan rawatan pantas terhadap anda dan pasangan.
Anda juga perlu berjumpa doktor jika mendapati tanda keputihan semasa hamil seperti cecair berair yang berlebihan – kemungkinan tanda cecair amniotik (air ketuban) bocor.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
02/07/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor